Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 30 January 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 1-6

1. إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu,
2. لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3. خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).
4. إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5. وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
6. فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,



Ayat 1 : Ibn Abbas menjelaskan bahawa Al Waaqiah merupakan antara nama yang digunakan dalam Al Quran untuk menyebut hari kiamat. Perkataan Al Waaqiah makna asalnya bermaksud suatu peristiwa atau kejadian yang pasti akan berlaku. Ayat ini membuktikan suatu malapetaka besar yakni hari kiamat, pasti akan terjadi apabila tiba masanya

Ayat 2 : Menurut Ibn Kathir, ayat ini menegaskan bahawa tidak ada orang yang dapat memindahkan (masa berlakunya) atau menolaknya bila Allah menghendakinya terjadi. Menurut Muhammad bin Ka'ab makna perkataan "كاذبة" bermaksud "pasti terjadi". Menurut Qatadah pula " terjadinya hari kiamat itu tidak dapat diubah atau diundur".

Ayat 3 : Menurut Ibn Kathir, ayat ini menjelaskan bahawa hari kiamat merendahkan banyak kaum hingga sampai ke dasar neraka, sekalipun ketika di dunia mereka ialah orang yang mulia dan meninggikan kaum yang lainnya hingga sampai ke tempat yang tertinggi dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan sedangkan mereka adalah orang-orang yang berkedudukan rendah. Al suddi pula mengakatakan bahawa hari kiamat adalah hari di mana orang-orang yang angkuh direndahkan dan orang-orang yang rendah diri ditinggikan dan dimuliakan.

Ayat 4 : Menurut Ibn Kathir katanya, bumi bergoncang dengan goncangan yang dahsyat mengakibatkan gempa yang amat hebat melanda seluruh kawasan bumi. Al Rabi' bin Anas mengatakan bahawa gempa itu menggoncangkan semua di  bumi.

Ayat 5 : Menurut Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain, ayat ini bermaksud bahawa gunung-ganang akan dihancurkan dengan sehancur-hancurnya. Ibn Zaid mengatakan bahawa hari itu gunung-ganang menjadi pasir yang berterbangan.

Ayat 6 : Abu Ishaq telah meriwayatkan dari Al Harith sumber daripada Ali r.a. bahawa semua gunung pada hari itu akan menjadi debu yang berterbangan. Ikrimah pula mengatakan bahawa perkataan al-Munbath bererti (debu yang diterbangkan angin).

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates