Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 8 January 2012

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah, bersyukurlah, bertahmidlah, bertakbirlah, bertalbiilah, bertasbihlah, mintalah pertolongan, mintalah keampunan kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah NYA kita dapat menikmati limpahan nikmat yang tidak berhenti mencurah-curah yang menyirami kehidupan manusia sama ada mereka muda, tua, kaya mahupun miskin... manusia sentiasa berada dalam kesempurnaan nikmat supaya mereka berfikir akan kebesaran dan kemuliaan ALLAH SWT. ALLAH SWT telah mencipta nikmat di dunia sebagai ujian kepada umat manusia sebagai kayu ukur untuk menilai tahap manakah keimanan seseorang hamba kepada tuhan nya.


وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ
أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Moga dengan nikmat Allah ini dapatlah saya berkongsi ilmu2 yang saya pelajari moga2 ianya bermanfaat bagi kita semua.. Ana Zakiran bin Ab Razak, pemilik blog ini ingin meminta maaf jika blog ini mempunyai kelemahan dan kedhaifan kerana kesempurnaan itu hanyalah milik ALLAH SWT..

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : "إن الدنيا حلوة خضرة. وإن الله مستخلفكم فيها، فينظر كيف تعملون، فاتقوا الدنيا، واتقوا النساء؛ فإن أول فتنة بني     
إسرائيل كانت في النساء" رواه مسلم.

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates