Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 24 June 2014

Memori

 makan dgn member di cafe 
 sy tumpang ambik gambar je..org lain sbnarnye dpt hadiah..
 ni tengah nak cari dewan kuliah..tak tau kat ne..baru first time kat fakuliti..huhu
 first lecture bersama dr nahrizul adib kadri


mai aihh..mengantuk betul lecture ni..huhu



 ni beratur interview utk msuk mpd..sbb nak stay kolej


sy : sy sangat suka stay up malam
interviewer : awk buat apa stay malam, study?
sy : xlah on9 fb..kalau xpn tengok manga je


hari ni kakak kesayangan sy belanja kenny rodgers..haha seronok bhai =) XD

tq kakti..muahh ;3



naik gunung datuk dgn bulat..happy time =)


puncak gunung datuk..bnyk budak sekolah..haihhh


bulat yg hensem..haha..


sy di puncak gunung datuk..pakai selipar je hiking naa~


jalan2 dgn kwn2 kosmate..kami suka derak


seronok dpt mkn pizza di sunway pyramid..nk skating gak sbnarnya..hehe


ni sebelum masuk kuliah ECA dari Dr Khairi lecturer kesayangan sem 1..haha..tp sdih ECA dpt rendah =')


ni cerita yg sy xdpt lupakan..tp sy tetap happy =) 


di masjid bulat..first time usrah buat program besar..tq syuaib =')


rumah ustaz..sdap mkn..masyukk


sem 1 meninggalkan banyak kenangan manis =)


dah sem 2..ni waktu jm..jalinan masyarakat..sangat sibuk

 sembang dgn makcik ni..best


sebelum perform manifestasi puisi..hehe..sy pelakon je bkn pemuisi


ni di pd..ada banyak benda belajar di sini..n bnyk juga berlaku


tp sy tetap happy =)


sy suka di pd..sngt seronok kem ni..haha



program ni sy suka..bnyk bnda dpt blaja n berseronok sama2






sy budak baik..sy join usrah..hehe


hensem x sy? ambik gambar melalui cermin motor..ni tempat lepak time nak makan kat luar..mapley..yg kat belakang tu member sy yg akn gi korea tahun dpn..huhu


ni jm lagi..ni pergi zoo negara..huhu


haha..keje selfie je aku ni =='''


eksiden time berjalan di fbl..haha..nasib baik ada van kk9


sakit..huhu,, =='''


belanja kawan kosmate..nandos =) 



makan nandos ni pedas..huhu





testing jubah..haha



habis sem 2..ad banyak lagi tapi ini sahaja yg sempat di kongsi..nnti ada lagi memori yg akn menyusul..yg paling penting pahatlah memori itu dalam jiwa agar dikenang selamanya..terima kasih kawan-kawan.. =)

Burung hantu

Aku burung hantu
di atas dahan
di waktu malam
gelisah memerhati alam
sambil kepala dipusing-pusingkan
mahu menikmati juadah
setelah suntuk siang
bermadah dalam lubang dahan
kayu pokok dahan nibung

Kicauku berbunyi
waktu gelap gelita dan sunyi
bukan utk perhatian
bahkan jua nyanyian
tidaklah irama utk tarian
lagi latar bagi lakonan
cakar yg memaut ini
aku hayunkan demi rezeki
untuk mengisi kekosongan
yg menyeksakan mengelakkan mati

Aku burung hantu
haiwan sunyi sepi
pendiam bersendiri
di atas dahan di waktu malam

pandanganku beralih
menoleh tepian sisi kiri dan kanan
memerhatikan damai sebalik kelam
sedang meratah daging pemangsa kecil bertulang
rezeki limpahan tuhan
tidak kira masa sentiasa kehadiran
syukur atas nikmat
kurniaan dari rahmat

Aku burung hantu
di atas dahan di waktu malam
memikirkan kejadian penciptaan
kerana bukan diriku seorang
yg di ciptakan sedemikian

end of semester 2 di um

Alhamdulillah sudah habis semester 2 di um..xtahulah kenapa tetapi rasa masih tergerak utk menulis di sini..banyak yg baik mahupun yg buruk berlaku sepanjang saya bergelar penuntut di universiti malaya ni. rasa gembira apabila sudah habis menjawab exam paper last iaitu anatomy dan physiology dekat fakuliti di blok u.  namun, rasa sedih turut mengikuti saat melihat kawan-kawan yg tidak akan bersama lagi semester depan. sangat suka bermesra dengan mereka. kebanyakan dari mereka mahu tinggal di rumah sewa. Syuaib dan zulhairi walaupun diorang senyap tapi saya tetap menyukai mereka kerana dengan pemerhatian saya dapat belajar banyak dari mereka. mereka berdualah yang banyak menyumbangkan semangat untuk saya menguatkan diri saya yang lemah iman ini supaya menguatkan diri dengan ilmu yang ada di dada, biarpun sudah beberapa kali jatuh di tempat yang sama.

Di universiti malaya semester 2 ni sy mengalami pengalaman yang sangat berbeza dari semester 1. kalau semester 1 sy hanya ambil 6 subjek, tetapi untuk semester 2 sy ambil 9 subjek. 6 daripadanya ada exam dan 3 lagi melalui penilaian berterusan. sangat sibuk dan padat dengan larian untuk meneguk sebanyak mungkin ilmu yang di curahkan oleh pensyarah. saya juga terpaksa berhadapan dengan masalah yg sama ketika saya sekolah menengah dulu. namun alhamdulillah saya yakin yang nanti tahun dua saya berada di sini benda itu tentu akan tiada.

Biarpun semester 2 ni lebih teruk pengalaman dan masalahnya dari semester 1, sekurang-kurangnya saya berjaya mencari solusi dan ada percubaan untuk keluar. saya akan istiqamah dan alhamdulillah saya rasa masalah saya semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini. kepada kawan saya semenjak tahun satu lagi di sini, nik, alif, amirul, hariz, faiz, irfan, nazir, asyraf nordin, azizi, hazim, hasmizan, syarafi, syazwan amir jauhari, syafiq ibrahim, akhi nazmi, akhi atif, saiful romzi, wan dan lain-lain terima kasih. mohon maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan. sy tetap akan berada di tempat sy berada jika antum semua memerlukan saya. doa sy sentiasa mengiringi kamu semua.

Kepada Izzudin. biarlah anta tidak mengetahui apa yang saya tulis untukmu di sini tetapi sy ingin menulisnya juga. anta mengingatkan sy kepada sahabat sy yg paling rapat di sekolah menengah dulu. sy ingin sekali berkawan rapat dengan anta. tetapi masa mencemburui.

Mendayu-dayu bertiup bayu
tasik cina selatan
terenjis embun sejuk damai
dari pepohon hijau pandan
yg bergerak-gerak
diusik merpati berkejaran
bersiul-siul riang terus
terbang ke awangan
sedang tubuh ini berehat memerhati
alam ciptaan tuhan Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyanyang

Terkial-kial atas ranting kayu
kumpulan kerengga memungut sagu
seekor melihatku lantas digigit
sakit juga rasa di gigitnya
lantas ku beralih
mencari tempat lain
untuk bersinggah sahaja

sampai di hilir bukit
aku ambil nafas
lega tanpa anasir yg menyengat
kerengga tadi pun telah mati ku buang

Tiba terkenang
Sahabat manis pengubat lara
Saat sama berlari mengejar mimpi
menuju hala pergi mendatang

Sahabat manis
Persis pembantu nakhoda
Berlayar di bahtera yang sama
Sekumpulan yg mengembara
Di atas medan lautan dunia

Aku terpana
Siapakah aku pada
Sekumpulan sahabat manis
Bisakah kudrat ini membantu
Jika mereka perlu kerna kekuatanku
Bukanlah sekuat badang pemakan muntah hantu

Hai sahabat manis
Saatku duka kita berkongsi cerita
Tiba waktumu sayu
Aku menumpang sama
Makan belanja kongsi ilmu bersama
Melawak melepak berjimba semua
Kamu sungguh istimewa
Sahabat manisku buat selamanya

Moga hidupmu bahagia
Berjumpa lagi di balik masa
Biar sudah terhenti detiknya
Kerana aku sentiasa berdoa
Agar dipertemukan dalam sihat sejukurnya
Di keabadian nikmat setelah sekian lama
Kita tidak berjumpa

Mohon jaga iman
Hai sahabat manis
Kerana Allah Maha Kuasa
Dan aku menyayangimu
Kerana-Nya

Friday 20 June 2014

Sudah lama tidak mengisi blog..banyak perkara yg melanda diri sampai xsempat nak meluangkan masa utk posting perkongsian yg baik dengan antum semua. tambah-tambah lagi ni minggu exam dan saya masih ada 2 paper lagi utk dihabiskan. namun ada juga rasa sedih kerana keputusan salah satu paper sy sudah diketahui dan markahnya hanya cukup2 makan sahaja..tp pass..huhu

sy adalah seorang yg sangat pendiam sepertimana ayah saya. dari kecil saya suka mengasingkan diri sendiri dari semua orang kecuali orang-orang tua kerana sy sukakan mereka. selalunya sy akan memuji datuk dan nenek sy sambil berbual-bual. merekalah orang yang paling peramah dalam hidup saya waktu sy kecil-kecil dulu. ilmu pun banyak juga sy dapat dari datuk saya kerana jika tidak mestilah sy xkan pandai mengaji Al Quran sehingga hari ini..

zaman kecik dan zaman dewasa ni sangat berbeza. lain yang di idamkan lain juga yang kita dapat. waktu kecik dulu selalu saja boleh nak berimaginasi mahu menjadi apa sahaja sekalipun. tetapi waktu dewasa ni barulah dapat sedar yang semua itu hanyalah bayangan semata-mata. waktu kecil dulu rasa seronok walau duduk berseorangan dan tidak ditegur orang lain. waktu kecil dulu tak peduli langsung pasal keluarga, kawan-kawan dan yang lain sebab diorang jarang beramah mesra dengan saya. kalau ada pun mereka bergaduh, bertekik dan bertengkar antara satu sama lain dan sy amat membenci suara-suara mereka yg tak kenal erti kedamaian. waktu kecil dulu suka duduk sorang-sorang membayangkan masa depan yg cerah dan cemerlang. kadang-kadang nak jadi ustaz, nak jadi doktor, nak jadi penafsir Al Quran, nak jadi Hafiz..walhal semua itu tak tercapai pun saat melangkah ke alam dewasa.

zaman itu umpama satu peredaran, bukannya dua kali peredaran kerana perkara yg sama tak akan berulang lagi. peredaran yang amat panjang di atas paksi kehidupan akan berkekalan selagi nyawa dikandung badan dan roh belum berpisah dari jasad serta belum ditarik mencapai paras halkum oleh izrail. kita diberi pilihan untuk beredar dengan gaya masing-masing namun tetap tidak akan lari dari paksi kehidupan. namun, bukan semua paksi kehidupan itu berbentuk bulat dan mereka hanya perlu mengelilingi paksi itu dengan sekali putaran yg amat mudah. selalunya jalan paksi kehidupan adalah amat berliku dan bermasalah. ada yg terpaksa meredah paksi yg berpusing ibarat spring yang sangat banyak pusingannya sehingga dia tidak dapat menerima keadaan itu.

mungkin ini adalah post terakhir sy utk blog ini..sy bkn seorang yg sesuai utk menyebarkan ilmu kerana diri sendiri pun sy xdapat menjaga..harap kita dapat ketemu lagi lain masa.. Assalamualaikum..

Monday 2 June 2014

...


1  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0441.
Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw. Tanya mereka, "Dapatkah kami melihat Tuhan kita nanti di hari kiamat?" Jawab Nabi, "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat bulan purnama pada malam empat belas yang tidak berawan?" Jawab mereka, "Tidak! Ya, Rasulullah!" Tanya Nabi saw., "Masih sangsikah kamu untuk dapat melihat matahari di tengah hari yang tidak berawan? Jawab mereka, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kamu akan melihat Allah (Tuhanmu) seperti itu. Pada hari kiamat itu akan dikumpulkan seluruh manusia. Lalu Allah berfirman, "Siapa yang menyembah sesuatu (selain aku), maka hendaklah dia mengikut sembahannya itu." Di antara mereka itu ada yang mengikut matahari, ada yang mengikut bulan dan ada yang mengikut bermacam-macam thaghut (berhala). Maka tinggallah umat Islam ini, termasuk di dalamnya orang-orang munafik. Allah akan datang kepada mereka dan berfirman, "Aku adalah Tuhanmu!" Jawab mereka, "Kami akan tetap di sini hingga Tuhan kami datang. Apabila Tuhan kami datang, kami akan mengenalNya." Maka datanglah Allah kepada mereka, lalu berfirman: "Aku Tuhanmu!" Jawab mereka, "Ya, Engkaulah Tuhan kami." Allah akan memanggil mereka, dan sebuah jambatan dibentangkan melintasineraka jahannam. Aku (Muhammad saw.) adalah orang pertama di antara para Rasul beserta umatnya yang pertama-tama melintasinya. Tak seorang pun di kala itu yang berkata-kata kecuali doa para Rasul. Doa mereka ketika itu ialah: "Ya, Allah! Selamatkan, selamatkan!" Di dalam neraka jahannam itu terdapat kaitan-kaitan seperti duri kayu Saadan. Tahukah anda duri kayu Saadan itu?" Jawab orang banyak, "Tahu." Sabda Nabi saw., "Rupanya seperti duri kayu Saadan, tetapi besarnya hanya Allah swt. yang tahu, manusia akan terkait kerana amalnya. Di antaranya ada yang jatuh berkait sesuai dengan amalnya, tetapi ada pula yang terkait sedikit saja, kemudian lepas." Apabila Allah swt. menghendaki akan memberi rahmat kepada penduduk neraka, maka disuruhNya malaikat mengeluarkan orang-orang yang pernah menyembah Allah. Mereka segera mengeluarkannya, yang masing-masing dikenalnya dengan tanda bekas sujud. Allah swt. mengharamkan api memakan tanda bekas sujud. Maka keluarlah mereka dari neraka. Seluruh tubuh anak Adam akan dimakan api kecuali bekas sujud. Para malaikat mengeluarkan mereka dari neraka dalam keadaan hangus. Lalu dituangkan kepada mereka air kehidupan. Maka tumbuhlah badan mereka sebagai tumbuhnya bibit di tanah bekas banjir. Setelah Allah swt. mengadili mereka, masih ada ketinggalan seseorang antara syurga dan neraka. Dialah orang terakhir dari isi neraka yang akan masuk ke dalam syurga. Dikala mukanya dihadapkannya ke neraka, dia mendoa: "Wahai, Tuhan ku! Palingkanlah muka ku dari neraka ini. Baunya sungguh amat menyakitkan kepada ku, dan panasnya membakar ku." Allah akan menanyainya, "Sekiranya permintaanmu Aku kabulkan, apakah engkau hendak meminta lagi yang lain?" Jawabnya, "Demi kebesaran Engkau, tidak akan kuminta lagi." Maka diperkenankan oleh Allah permintaannya (tersebut di atas) , dengan perjanjian seperti tersebut. Lalu dipalingkan Allah mukanya dari neraka. Tetapi setelah mukanya dihadapkan ke Syurga, dan dilihatnya keindahan syurga, diamlah ia seketika. Kemudian ia mendoa pula: "Ya, Tuhan ku, bawalah aku ke dekat pintu syurga!" Allah bertanya, "Bukankah engkau telah mengikat janji dengan ku, yang engkau tidak akan memajukan permintaan yang lain lagi?" Jawab orang itu, "Wahai, Tuhan ku! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang!" Jawab Allah, Sekiranya Aku kabulkan permintaanmu, apakah engkau masih hendak meminta yang lain lagi?" Jawabnya, "Tidak! Demi kebesaran Mu, aku tidak akan meminta yang lain lagi!" Lalu diperkenankan Allah permintaannya dengan perjanjian, dan dia dibawa ke pintu syurga. Setelah sampai di pintu syurga, kelihatan olehnya keindahan syurga, kegemilangan, dan kegembiraan yang ada di dalam syurga. Dia terdiam pula seketika. Kemudian ia memohon pula, "Wahai, Tuhan ku! Masukkanlah kiranya aku ke dalam syurga!" Kata Allah, "Kasihan kamu, hai anak Adam! Alangkah penipunya kamu! Bukankah kamu sudah berjanji tidak akan meminta lagi selain yang telah kamu peroleh?" Jawabnya, "Ya, Tuhan! Janganlah kiranya aku dijadikan makhluk yang paling malang. " Allah 'Azza wa Jalla tertawa mendengarkan ucapannya itu. Kemudian dia mengizinkannya masuk ke syurga. Berkata Allah, "Mintalah segala yang kamu inginkan." Lalu dia memohon segala yang diinginkannya sehingga ia puas. Kemudian Allah berkata pula, "Mintalah tambahannya ini dan itu." Diingatkan oleh Allah kepadanya berbagai macam keinginannya sampai ia puas. Kata Allah pula, "Semua ini untukmu, dan ada lagi tambahannya sebanyak itu pula."


 
Blogger Templates