Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 23 February 2016

Pendapat

Personaliti tercermin pada diri melalui kisah hidup yang dilalui. Ada beberapa aspek penting dalam pemikiran yang menyumbang kepada ilmu dan pendapat seseorang individu. Persoalan yang perlu kita tanya pada diri ialah  bagaimana boleh menyatukan hati yang tidak sama merasai manisnya kehidupan berada di jalan yang benar? Pendapat itu diproses melalui janaan minda. Keterbukaan untuk menerima pendapat orang lain pula datangnya dari hati yang mudah berlapang dada. Jika kita seorang yang suka melontarkan pendapat, adakah pendapat kita cukup bernas untuk kawan-kawan ataupun masyarakat menerimanya dengan hati terbuka?

Lontaran pendapat adalah satu medan dakwah. Brainstorming merupakan satu langkah yg sentiasa digunakan pada mulanya untuk merangka strategi supaya target yang disasarkan tercapai. Demikian pula apabila kawan yg mempunyai masalah kesempitan. Mereka mungkin memerlukan semangat dari buah fikiran sahabat handai. Seperti seorang murid yang melihat guru menulis jawapan kpd soalan exam. Jika murid itu tidak menjawab sepertimana yg ditunjuk guru tersebut, maka sudah tentu mereka akan mengambil pengalaman itu sebagai satu teladan dan tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.

Jangan malu untuk melontarkan pendapat, tetapi hendaklah kena pada masanya. Selalunya pendapat datangnya dari inspirasi. Maka, itulah manifestasi kepada apa yang kita percayai. Masalahnya, jika kita memendam hasrat tetapi mengamalkannya dengan gerak hati sendiri bagaimana mungkin kita tahu sejauh mana kesahihan pendapat itu? Walaubagaimanapun, untuk menerima teguran mental perlu ada rasa rendah diri dan jauhi dari sikap takabbur. Kerana kita pencari ilmu bukan seorang raja.

Pendapat itu menyebabkan kita mempunyai keunikan tersendiri. Kesedaran pada diri berbentuk kewajaran idea menyebabkan kita terikut-ikut dengan arah tersebut. Minat dan keperibadian diri pula memainkan peranan masing-masing dalam membentuk penilaian berterusan terhadap apa yang mereka pelajari. Percambahan idea pula selalunya terhalang apabila seorang individu dikuasai sikap buruk seperti malas, takabbur, panjang angan-angan dan sebagainya. Hati yg keras menyebabkan susah untuk mereka menerima kestabilan penularan ilmu dari semasa ke semasa.


Oleh itu, peranan seorang pemikir ialah memahami inti pada kesulitan seseorang yang ditarbiah dan menyelesaikan pada dasarnya. Kita tidak boleh mencampuri keseluruhan masalah kerana ia akan menimbulkan perasaan lain. Tapi kita boleh membantu supaya mereka merasai yang masih belum terlambat untuk beralih langkah. Belum terlambat untuk berhijrah. Belum terlambat untuk berpindah randah.

Sunday 14 February 2016

Berat dan tak tenang jiwa

Seorang pemuda memikul batu yang berat, namun kerana tidak mampu menahan bebanan batu dia memilih untuk melontarkannya. Tetapi setelah melontar, terkena pada kaki sendiri. Itulah apa yang berlaku kepada orang yang mempunyai jiwa yang berat dan tidak tenang. Mungkin kerana kesempitan harta menyebabkan mereka tidak dapat mengelak dari tersiksa dengan ancaman kemiskinan dan kepapaan. Hal ini juga boleh terjadi kepada mereka yang mendapat harta melalui kerja-kerja yang dilakukan secara terpaksa dan dengan perasaan terganggu kerana takut digugurkan daripada jawatan yang dipegang.

Segelintir dari kita mempunyai maruah. Maruah dijadikan sebagai titik tolak kepada perkembangan motivasi setiap insan. Perjuangan maruah menjadi pendorong utama kepada golongan muda untuk mencari sumber pengalaman demi mencapai strategi yang terbaik untuk mengapai impian tersebut. Tidak mungkin bagi seseorang pemuda tidak mempunyai apa-apa untuk diperjuangkan dalam kehidupan. sekurang-kurangnya kita tentu akan memperjuangkan maruah diri.

Apa itu maruah? apa kaitan maruah dengan kesempitan jiwa?

Seseorang yang mempunyai maruah tidak semestinya memperjuangkan yang baik. mungkin mereka memperjuangkan maruah keluarga daripada tiada sumber rezeki dengan melakukan kerja-kerja haram. Ada juga yang menzahirkan diri sebagai pejuang yang mempertahankan maruah institusi namun sebenarnya mereka ingin memelihara maruah diri dengan jawatan-jawatan kehormatan yang tinggi. 

Hakikatnya, dalam islam kita perlu mempunyai maruah. tetapi maruah dalam islam perlu mengikut fitrah. Iman dan takwa perlu dilandaskan dengan amal soleh, bergitu juga dengan maruah. Untuk memperjuangkan sesuatu hak, kita perlu memuaskan hak Yang Maha Mengetahui. Setiap individu mempunyai hak terhadap diri masing-masing dan orang disekelilingnya. hak terhadap diri seperti mencari ilmu, menjaga aib, mencari rezeki dan sebagainya. hak terhadap orang lain seperti menjaga akhlak, menolong yang memerlukan dan sebagainya. isolasi terhadap maruah merupakan satu perkara yang boleh menyebabkan hati menjadi tidak tenang. Hal ini boleh berlaku apabila seorang individu terlalu mementingkan hak terhadap diri sendiri melebihi hak terhadap yang lain. 

Jika masyarakat tidak lagi menjadi intitusi yang sentiasa menjaga hak masing-masing, maka jenazah akan dibiarkan tanpa pengurus, Suami isteri akan membiarkan anak membesar tanpa identiti diri dan masjid yang dihuni oleh mereka yang mengiginkan wang ringgit. 

Penting untuk difahami disini objektif menjadi satu masyarakat yang menjaga hak masing-masing tidak bermaksud kita membiarkan mereka atau berlepas tangan. Malah dalam Al Quran ada diceritakan bagaimana kaum yang terdahulu terkena laknat daripada Allah kerana tidak mencegah kemungkaran yang bermaharajalela dalam negara. Menjaga hak adalah misi yang perlu dirangka melalui persahabatan, penyampaian ilmu, muhasabah dan lain2. Sepertimana seorang suami perlu menjaga hak isteri dan anaknya, bergitulah juga tanggungjawab kita memelihara keharmonian institusi masyarakat.



 
Blogger Templates