Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 30 April 2012

Sedikit perkongsian

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

Jadi....Alhamdulillahi Rabbil A'lamin..... Wassolatu wassalamu a'la sayyidil anbiya wal mursalin nabiyyil umiyyil habib....


1. إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Para Sahabat-sahabat yang saya kasihi Allah SWT sekalian... 

Sekadar perkongsian...

Kata ibrahim : "Manusia yang meninggi diri itu umpama tanah yang berada di atas bukit, Walaupun tinggi tempatnya namun sedikit sekali tumbuhan yang boleh hidup kerana tanahnya yang tidak subur. Manusia yang merendah diri pula seperti tanah di hilir bukit, Walaupun kedudukannya di bawah bukit, namun begitu banyak sekali tumbuhan yg boleh hidup kerana tanahnya yang subur."

Sebagai seorang manusia kita semestinya mengukir rasa rendah diri dalam hati sanubari supaya kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Dengan rahmat Allah SWT sahajalah kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki daripada-Nya..

Maka jauhilah daripada sifat meninggi diri kerana ia boleh menjadi sebab kepada terputusnya rahmat Allah SWT kepada kita, Yang boleh menyebabkan Kemurkaan dan kehilangan keberkatan rezeki daripada-Nya...

Ana ingin ambil satu contoh sifat meninggi diri yang sering manusia sekarang terlepas pandang...

Iaitu seorang yang yakin bahawa dirinya dekat dengan Allah SWT, percaya bahawa Allah menerima segala rayuannya dan mendengar luahan perasaan daripada hati nuraninya, sedangkan dia tidak menatijahkan keyakinannya dengan amalan-amalan soleh..

Hal ini seperti seorang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak melaksanakan tuntutan kalimah tersebut dan kalimah itu hanyalah menjadi permainan di mulutnya sahaja.

Ketahuilah bahawa keyakinan tidak akan membawa kita untuk menjadi seorang yang kuat iman. Keyakinan yang dinatijahkan dengan amalan-amalan yang soleh sahaja yang dapat menguatkan iman kita. Apa gunanya kita setia jika kita tidak membuktikan kesetiaan kita??

Contohnya, mereka yang tidak istiqamah dalam solat malam dan tidak melazimkan diri dengan puasa dan Al Quran...

Kesimpulannya, Janganlah persia-siakan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya..


Thursday 19 April 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 11-16


11. 
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
12. فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
13. ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
14. وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
15. عَلَىٰ سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16. مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


Ayat 11 : Perkataan  أُولَٰئِكَ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang mempunyai sifat mulia yang telah diceritakan dalam ayat sebelumnya iaitu as-sabiqun. Perkataan itu di gunakan untuk menunjukkan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah SWT

Ayat 12 : Golongan as-sabiqun akan menetap dalam syurga yang dengan kenikmatan yang tidak  pernah dilihat mata manusia, tidak pernah didengar oleh telinga dan di luar khayalan manusia.

Ayat 13 - Ayat 14 : Golongan as-sabiqun banyak jumlahnya dari kalangan umat yang terdahulu, Dikisahkan tatkala turun ayat ini, para sahabat merasa risau dan susah hati, lantas  Rasulullah SAW  bersabda : "Aku berharap kalian menjadi seperempat penghuni syurga, sepertiga, bahkan sepenuhnya atau sebahagian ahli syurga." Ertinya kamu memenuhi separuh dan umat lain memenuhi separuh.

Kesimpulannya, Bilangan umat Nabi Muhammad SAW yang akan masuk syurga lebih ramai berbanding umat silam. Namun, Golongan As- Sabiqun umat terdahulu ramai kerana ia dicampurkan dengan bersama mereka umat para nabi silam. Jadi, logiklah mengapa kuantiti mereka jauh lebih ramai berbanding umat Nabi Muhammad SAW yang tidak dicampurkan kaum nabi lain.

Ayat 15 - Ayat 16 : Ayat ini menyatakan tentang nikmat-nikmat penghuni syurga dalam kalangan As-Sabiqun.

Mufarokah cinta

Cinta ialah satu perkara yang indah bagi manusia. Selalunya manusia akan diperkenalkan kepada cinta pada usia remaja. Namun, cinta kadang-kadang bukan seindah yang kita rasa kerana cinta itu boleh menjadikan kita lalai dan leka terhadap Allah SWT. Sedangkan Allah SWT lah yang telah memberikan nikmat cinta kepada kita, tapi kenapa kita salah gunakan satu-satu anugerahnya yang amat bernilai dan boleh kita bawa hingga ke syurga??


Manusia itu sememangnya sejenis makhluk yang tidak mengerti rasa syukur. Mereka begitu rakus dan sombong kepada Allah SWT. Bagaikan orang yang terjun ke dalam lautan yang dalam untuk mengorek emas yang berada di dasarnya sedangkan mereka berada dalam keadaan bahaya dalam lautan. Mereka tetap sombong di atas daratan yang mempunyai emas yang sedikit kuantitinya walaupun hakikatnya mereka lebih selamat berada atas daratan.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
 



Sedarlah bahawa Allah SWT telah mencipta segala-galanya dengan kesempurnaan dan lengkap. Kita sebagai salah satu daripada ciptaan-Nya hendaklah taat dan janganlah kita sanggup mengorbankan hubungan kita dengan Allah SWT semata-mata kerana cintanya kita kepada dunia.. 



Sunday 15 April 2012

Permaidani hidup

Di atas pentas
Terbentang luas
Detiknya seimbas
Sekali laluan jejantas

Hidup bagaikan ruas
Tak puas-puas
Hingga lalaikan tugas
Sesal sudah kena tempias

Permaidani senipis kertas
Umpama sehembus nafas
Arusnya deras
Beratnya tertindas

Maka lekas
Jangan rimas
Sebaik-baik tuntas
Ialah berfikiran waras

PENULIS = Zakiran Razak

Rangkap 1 : Hidup itu luas namun sungguh sebentar.. Apabila hidupnya seseorang manusia maka dia berada dalam keluasan dunia.. Namun keluasan dunia itu hanyalah sementara kerana maut mampu datang menerpa pada bila-bila masa sahaja. Allah hanya memberi peluang kepada manusia untuk hidup sebagai hamba-Nya hanya untuk sekali sahaja. Setelah manusia mati maka dia sudah tidak boleh undur untuk hidup kembali.

Rangkap 2 : Masa hidup manusia amatlah terhad seumpama ruas-ruas antara jari. Manusia tidak akan dapat puas dengan nikmat hidup di dunia kerana pada mata mereka terdapat pelbagai kegembiraan dan kebahagiaan hidup berada atas dunia. Ada Manusia yang asyik menikmati dunia hinggakan lalaikan tugasnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan sebagai khalifah di muka bumi. Mereka inilah yang akan di adili oleh Allah, Tuhan Yang Maha Adil. Jika baik amalannya maka baiklah akibatnya. Jika buruk amalannya maka buruklah akibatnya.

Rangkap 3 : Hidup umpama permaidani senipis kertas. Walaupun nipis, manusia tetap mahu meniarap atas permaidani itu walaupun ianya tidak selesa. Hidup itu nikmat yang menyebabkan manusia tamak dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya seperti sehembus nafas. Sehembus nafas tidak akan dapat membekalkan cukup udara oksigen kepada seluruh sel-sel pada tubuh badan seseorang manusia.

Ketahuilah, Bahawa arus dunia itu amatlah deras. Maka manusia yang tidak kuat dalam menongkah arus itu maka hanyutlah dia. Adapun  hidup juga beratnya umpama ditindas. Maka beruntunglah orang yang kuat, iaitu orang-orang yang kuat bersabar dan meminta pertolongan daripada Allah SWT

Rangkap 4 : Wahai sekalian manusia!! lekaslah lakukan anjakan paradigma untuk berubah. Janganlah merasai bahawa perubahan ke arah yang baik itu amat merimaskan kerana mendapat jemuhan dan cacian daripada orang lain kerana Allah SWT akan sentiasa menyayangi kita. Buatlah keputusan dengan bijak dengan melakukan perubahan ke arah yang baik. Kerana mereka yang berfikir untuk berubah ke arah yang baik itulah mereka yang berfikiran waras.




Thursday 12 April 2012

Fikir-fikirkanlah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wamaghfiratun waridhwan =)

pada suatu hari...
zakiran sedang termenung..
akulah tu..
asyik termenung...
ketiadaan sahabat untuk berbual-bual
apakan daya aku malas nak bersiar-siar..hu4
lagipon aku masih tidak sihat..
doktor kata aku mengalami allergi seduang...
setiap kali makan ikan pari mesti rasa xselesa...
pastu xboleh makan bnyak2 makanan brminyak dan bersantan...

aku termenung memikirkan nasib..
Alahai... penyakit2 ni memang menyusahkan betul..
menyebabkan aku rasa kecewa..
tak henti-henti aku caci maki penyakit tu..
segala jenis carutan dan tomahan aku guna..
kerana sungguh tidak selesa...
aku pon mandi.. huhuhu

Selepas itu aku terfikir...
MasyaAllah begitu adilnya Allah SWT kepadaku..
Aku rasa bersalah pula kerana tidak bersyukur..
apalah aku ni kan..
selalu terlupa akan Allah SWT sedangkan Allah sentiasa ingatkan aku...

Betul2.. Penyakit2 yang melanda manusia merupakan peringatan daripada Allah SWT supaya kita sentiasa mengingati-Nya kerana bagi Allahlah kuasa untuk menawarkan segala jenis penyakit..

Allah mengurniakan kepada kita penyakit supaya kita memperbanyakkan istighfar dan zikir kepada-Nya

Alhamdulillah... lega rasanya...
nasib baik Allah SWT masih menyayangiku..
sedangkan aku lalai dan leka..
Dia tetap mengingatiku..
Akulah hamba yang tak berguna kerana selalu lupa kepadamu..
Engkaulah segala-galanya bagi ku... Ya Allah ingatkanlah aku selalu..
Janganlah engkau membiarkan aku lalai...
Amin.. Ya rabbal a'lamin...

Saturday 7 April 2012

Keperibadian Rasulullah

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. 

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Tuesday 3 April 2012

Hati Yang Satu

Hati itu satu bahagian daripada bahagian-bahagian manusia. Tanpa hati maka manusia itu tidak layak bergelar manusia. Ibarat kata hati itu umpama raja segala bahagian-bahagian dalam diri manusia. Hati mempunyai sifat-sifat yang tersendiri dan mereka seringkali menjadi tumpuan kepada musuh-musuh manusia kerana hati boleh mengubah personaliti manusia itu sendiri.

Jika manusia mengabaikan hati, maka hati akan memberontak dengan meminta bantuan daripada musuh yang bersembunyi dalam selimut. Tanpa kekuatan dan kecekalan, kita mungkin akan tersesar daripada jalan yang benar dan lurus.

Untuk memperincikan lagi tentang hati ini imam ghazali pernah menyebut bahawa manusia itu ialah umpama sebuah kerajaan yang ditadbir oleh seketul raja yang bergelar hati. Anggota-anggota badan lain merupakan hambanya yang menurut perintah hati. Nafsu, iman dan akal pula ialah penasihat raja. . Nafsu ialah penasihat yang jahat dan pembelot kekal pada kerajaan manusia. Nafsu akan melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk merosakkan raja dan manusia itu. Manakala Iman pula ialah penasihat yang taat dan patuh kepada raja. Iman juga akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kesejahteraan raja dan menyelamatkan manusia itu daripada tersasar daripada jalan yang benar.

Manakala Akal pula ialah penasihat yang mudah terikut-ikut dan ketaatannya berbelah-bahagi. Ada ketika jika penasihat nafsu itu kuat maka dia (Akal) akan berpihak kepada nafsu. Ada ketika jika penasihat iman itu kuat maka dia (Akal) akan berpihak kepada iman. Maka disinilah bermainnya peranan kekuatan iman dan nafsu seseorang itu. Apabila kuat imannya maka lemahlah nafsu dan Apabila lemah imannya maka kuatlah nafsu. Jika Raja hati mengikut nasihat iman maka sejahteralah manusia itu. Namun, jika Raja hati mengikut nasihat nafsu maka binasalah manusia itu.





23. 
 أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
  Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
AL-JATHIYA 45:23


Ketinggian darjat dan kemuliaan seseorang manusia yang membezakannya dari seluruh makhluk adalah terletak pada kesediaannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh perbuatannya manakala jika rosak hatinya, maka buruklah segala perbuatannya.

Sebagai seorang mukmin kita hendaklah meningkatkan iman kita untuk memperbetulkan hati supaya kita mampu untuk menuju kepada keredhaan Allah SWT. Apalah gunanya kita sebagai hamba jika Allah tidak meredhai kewujudan kita di dunia ini... Hati yang baik mempermudahkan kita untuk melahirkan rasa khusyuk, tawadhuk, ikhlas dan dahagakan rahmat dalam ibadah. Hati yang baik juga boleh mempermudahkan tarbiah seseorang individu itu. Namun, musuh-musuh manusia tidak akan pernah berputus asa untuk menyuntikkan racun dan bisa yang boleh memberi penyakit kepada hati kita.

Banyak jenis suntikan daripada musuh-musuh Allah ini contohnya suntikan munafik, fasik, kufur, panjang angan-angan, sum'ah, riya' , takabur dan lain-lain lagi. Setiap kali hati kita menghidap penyakit-penyakit kronik ini maka kita hendaklah bertindak segera sebelum hati kita mati akibat penyakit itu. Penawar yang mujarab tidak lain tidak bukan ialah mengingati Allah SWT dan mengingati mati.

When you feel sad Allah give you pleasure,
When you feel depressed Allah give you calmness,
when you feel despair Allah give you good friends and families,
When you feel weak Allah give you strength,
When you feel guilty Allah give you forgiveness,
When you feel pain Allah give you medicine,
When you feel glory Allah give you pride,
When you feel loss Allah provide you a way,

So, is it so hard for us to buy more time to praise Allah???
Remember Allah Always...
La Tansaa Abadan Zikrullah =)


Maka perbanyakkanlah Zikrullah dan Zikrulmaut untuk kesejahteraan hati serta jangan lupa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan tuntutan kita sebagai seorang manusia...

Moga2 kita sentiasa dalam rahmat-Nya... InsyaAllah Amin =)

Monday 2 April 2012

Diri ini

Assalamualaikum wahai sahabat2ku, sudah lama kita tak bertemu, sungguh aku menabur rindu, kerana kamu insan mulia, tiada tolok bandingnya.

Dalam merintangi cabaran hidup ada kalanya kita perlukan sahabat untuk berkongsi susah senang kehidupan ini. Alhamdulillah setakat ini ana masih sihat dan tidak dilanda penyakit2 yang serius.

Ana ingin berkongsi dengan anta sahabat2 sekalian moga2 dengan perkongsian ini kita dapat ambil yang jernih dan buang yang keruh...

Setiap hari kita perlu menghitung detik-detik untuk menghitung diri sendiri. Apalah kita sebagai seorang hamba kepada tuan kita Allah SWT jika kita sentiasa rasa bahawa kita mempunyai kesempurnaan sedangkan kita sebenarnya serba kekurangan. Maka sebagai seorang hamba kita hendaklah memperbaharui sikap, iman, perkataan dan personaliti ke arah yang lebih baik supaya kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya

Sahabatku, Betapa hebatnya nikmat Allah SWT ini... pernahkah kita terfikir bahawa sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan mampu untuk membalas balik segala nikmat yang Allah beri kepada kita walaupun pada sebiji mata sahaja. Fikirkanlah!! Mata itu merupakan organ yang dapat melihat apabila cahaya memasuki mata dan mengenakan retina mata. Sedangkan kelajuan cahaya memasuki retina seseorang manusia itu selaju cahaya. Maka kita sentiasa dapat melihat dengan penglihatan yang jelas. Setiap hembusan nafas mengandungi kapasiti udara yang seimbang.

Sahabat... Bermain di benak fikiranku pelbagai persoalan-persoalan yang kian menyebabkan aku terasa amat kosong... orang kata jangan cakap "Allah, aku ada masalah." namun katakanlah "masalah, aku ada Allah." Ya Allah, Jagalah hambamu yang lemah ini daripada kelemahan yang menzalimi diri sendiri ini. Kuatkanlah imanku lindungilah daku daripada kekejaman musuh2ku. Janganlah Engkau biarkan aku tersesat dalam kegelapan yang menyelimutiku....

Apakah aku akan berjaya?? Moga2 Allah sentiasa bersamaku...InsyaAllah aku akan berjaya... Amin =)

Keadaan ana sekarang ini baik-baik je. Tapi ana rasa kosong sebab tiada apa yang dapat ana lakukan sekarang, maklumlah lepasan spm, hehehe.... Ketiadaan aktiviti ni menyebabkan ana rasa macam bersalah sebab ana xwat ape2 yang boleh mentarbiahkan diri ini... terasa sangat lemah peribadi yang tiada tarbiah ni... Kekuatan pun semakin merosot semenjak dua menjak ni... kenelah struggle jugak kalau tidak habislah ana dalam kelalaian... Jadi janganlah sia2kan masa lapang....HUHUHU

Diri ini,
Sungguh banyak berdusta,
Sering dihujani,
Jenuh perit bisa,
Daripada diri sendiri,
Yang buas melata,

Belum terlambat untuk berubah... Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berhijrah... Maka janganlah sia2kan peluang itu sebelum maut datang... sebelum segala-galanya hilang dalam kerugian...

Sahabat, Aku ingin mengundur diri... Sebelum mengundur diri ana harap antum maafkan ana jika ada kesilapan pada perkataan ana ni.. Ana asif...

I'M A HUMAN.... I MAKE MISTAKES.... SO FORGIVE ME IF I DO ONE....
 
Blogger Templates