Hakikat sebenarnya manusia itu tidak bahagia berada di dunia kerana asalnya manusia itu berasal dari syurga, jadi mereka akan mencari benda-benda di dunia yang boleh memberi kebahagiaan kepadanya sesuai dengan fitrah mereka yang suka kepada kebahagiaan. Nafsu manusia pula sentiasa berada dalam keadaan dahaga dan tidak berhenti mencari-cari kebahagiaan untuk memuaskan diri.
83. | قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ | |
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. |
Manusia seringkali tidak terfikir akan kesan apabila kita memakbulkan hasrat nafsu yang sentiasa berteriak dan menggoda manusia untuk memuaskan kehendaknya dengan melakukan maksiat. Contohnya, jika kita tidak menegur atau mencegah isteri yang mempunyai tabiat buruk maka isteri itu akan memburukkan diri kita juga. Seperti isteri yang suka membazirkan wang, jika suami memanjakan isteri dengan tidak melarangnya daripada membazirkan wang maka isteri itu akan menikmati wang yang diberikan suaminya di pasar-pasar untuk shopping.
Akhirnya, suaminya juga akan rugi kerana dia dayus dan tidak mampu untuk mengawal isteri mereka. Sepertimana nafsu juga, nafsu itu pandai membodek kita jadi berhati-hatilah. Nafsu akan memujuk kita untuk merasa nikmat dunia supaya kita ketagih dengan nikmat dunia dan meninggalkan tuntutan kita sebagai seorang yang memegang amanah Allah.
Satu kisah sewaktu Allah menciptakan Syurga, Neraka dan jalan-jalannya. Setelah Allah mencipta Syurga maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat tempat ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat semua nikmat dan kebahagiaan dalam syurga, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan syurga maka berduyun-duyunlah manusia berebut untuk memasukinya." Setelah Allah mencipta Neraka maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat tempat ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat semua azab dan kesengsaraan dalam neraka, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan neraka maka tiadalah seorangpun manusia yang mahu memasukinya."
Setelah Allah mencipta jalan-jalan menuju Syurga maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat keadaan jalan-jalan ke syurga, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan jalan-jalan menuju syurga maka amat sedikitlah manusia yang akan berjaya memasuki syurga." Setelah Allah mencipta jalan-jalan menuju neraka maka Allah berfirman kepada para malaikat : " Pergilah kamu melihat ini dan apakah pendapatmu jika manusia mengetahui akan adanya tempat sebegini". Maka para Malaikat melihat semua nikmat dan kebahagiaan dalam syurga, maka para Malaikat pun berkata : " jika beginilah keadaan jalan-jalan menuju neraka maka ramailah manusia yang akan memasuki neraka."
Ketagihan kepada nikmat dunia itu dadah neraka. Jika kita tidak berusaha menjauhinya maka kita akan turut menjadi penagih di jalan-jalan menuju neraka. Janganlah kita tertipu dengan nikmat yang sedikit ini sedangkan nikmat di syurga itu jauh lebih baik... :)

0 comments:
Post a Comment