Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday 27 February 2014

Hari yang baru berserta pengajaran yang baru aku pelajari

Setiap kopi yang dihirup pada permulaan hari ialah semestinya bukan habuk kopi yang sama. rasa air kopi buatan sendiri kelmarin mungkin lebih manis dari yang baru dibuat pagi tadi. pengajaran pagi tadi menyebabkan kita mengetahui yang kopi itu tidak sedap berbanding kopi kelmarin kerana merasainya lebih pahit. jadi dengan perasaan itu kita akan mindset dalam hati untuk buat kopi yang sedap keesokan harinya.

Hari-hari yang berulang tidaklah sesuatu yang sama, malah pengajaran sentiasa terselit disebalik hari-hari yang kita terokai tanpa henti ini. dan hari ini saya mendapati ada banyak pengajaran daripada hari kelmarin.
Pengajaran berbentuk pemerhatian sangatlah dhaif kerana ia berdasarkan taakulan hati dan akal semata-mata. jika seseorang itu silap faham maka ia akan merosakkan pemikiran, maka janganlah menumpu pemerhatian untuk mencari pengajaran, tetapi lihatlah dengan iman akan apa yang Allah SWT sediakan untuk kita belajar hari ini.

Hidup ini umpama menaiki kapal mewah berhias dengan sulaman yang sungguh cantik berlayar di laut yang luas. setiap hari, mereka yang tidak jatuh dari kapal akan melihat keadaan sekeliling mengikut apa yang mereka lalui ataupun terokai. dengan pencarian demi pencarian mereka bertemu dan belajar lebih banyak perkara baru yang mendatangkan manfaat kepada mereka. inilah yang dikatakan dengan pelayaran takdir.

sesungguhnya Allah telah menyediakan sebaik-baik jalan untuk mereka yang mahu menuju ke arah itu. Bagi mereka yang enggan menuju ke arah sebaik-baik jalan yang telah disediakan akan tersesat. Bukan salah takdir yang menyebabkan mereka sesat tetapi taakulan mereka yang menganggap hidayah itu perlu ditunggu dan bukan untuk dicari. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka. Tiada insan yang lahir dalam dunia ini dalam nasib baik ataupun buruk. malah semuanya telah berada dalam perhitungan yang stabil.

Hanya satu takdir sahaja yang pasti dan tidak mungkin boleh diubah lagi iaitu maut. sebelum datang ketentuan itu, haruslah kita mengatur langkah untuk mengubah nasib kita menjadi baik sebelum semuanya jadi buruk. jika kita lakukan dengan cara yang salah, maka kita kena ingat yang Allah itu Maha Adil. Apa yang kita lakukan atas dasar tidak sengaja maka bertaubatlah cepat-cepat dengan banyak beristighfar, solat jangan tinggal, hubungan iman kena jaga, istiqamah, banyakkan bersyukur, rapatkan diri dengan Al Quran dan banyak lagi.

Akhir sekali moga kita mendapat redha Allah..amin


Monday 24 February 2014

Sejenak memandang ke jalan pilihan

Assalamualaikum n slmt pagi semua..moga hari ini lebih baik dari hari semalam..sementara menunggu brmulanya kelas anatomy n physiology 2, eloklah isi masa trluang ni dgn merenung masa depan. Medan prjuangan msih jauh lagi, perlukan banyak lagi ilmu untuk di telaah supaya benar-benar brsedia menghadapi hari-hari mencabar selepas ini..

Hari ini sy ingin kongsi serba sedikit tentang bait masa hdpn yg bakal di tempuhi nanti..takdir Allah telah memilih engineering sbgai professionku..in shaa Allah engineer to be..kos yg sy ambk msih baru di sini, iaitu biomedical engineering prostetik dan ortotik..utk pengenalan biar sy terangkn apa itu prostetik n apa itu ortotik..prostesis itu bahan gantian untuk tujuan kosmetik seperti mata palsu, prostetik tu tukang pmbuat..hidung palsu nd etc..ortosis pula ialah bahan gantian utk menyokong bhgian bdn atau memulihkn fungsi contohnya kaki palsu, cip retina micron, tangan electro-robotic dan lain-lain..jadi ortotik tu ialah tukang pembuatnya..

Sy bakal belajar semua itu sebagai seorang engineer..yg menariknya kami engineer biomedical p&o special brbanding profession engineering yg lain..hal ini kerana kos engineering lain hanya tertumpu kpd skill membuat ataupun technical skill..tetapi kami deal dgn technical skill n doctorine skill..iaitu skill brurusan dgn pesakit sepertimana seorang doktor..kami pn kne belajar semua tu..

Doakan sy brjaya..dah kelas dh nk mula, jumpa lagi.. =)

Kongsi itu tanda sayang..

Zaid bin Tsabit termasuk “group sahabat junior”. Ia 10 tahun
lebih muda dari pada Ali ibn Abi Thalib. Zaid dilahirkan 10 tahun
sebelum hijrah. Orang tuanya, yang berasal dari kabilah Bani
an-Najjar, adalah termasuk kelompok awal penduduk Madinah yang
menerima Islam. Di bawah bimbingan dan pendidikan orang tuanya,
Zaid tumbuh menjadi seorang pemuda cilik yang cerdas dan
berwawasan luas. Ia mempunyai daya tangkap dan daya ingat yang
melebihi rekan-rekan seusianya saat itu.

Pada saat-saat penantian kedatangan RasuluLlah dan Abu Bakar
di Madinah dari Makkah, Zaid bin Tsabit termasuk mereka yang
sebentar-bentar pergi ke tepi kota melihat kalau-kalau Sang
Junjungan tercinta telah datang. Betapa berbunganya hati kaum
muslimin Madinah melihat RasuluLlah memasuki batas kota. Mereka
menyambut dengan rasa syukur, dan menawarkan rumah-rumah mereka
kepada RasuluLlah. Berlainan dengan yang lain, pemuka Bani Najjar
tidak menawarkan rumah-rumah mereka, tapi menawarkan pemuda
anggota kabilah mereka: Zaid bin Tsabit kepada RasuluLlah, untuk
diterima sebagai asisten beliau di bidang kesekretariatan
mengingat kecerdasannya yang luar biasa dalam bidang ini.
Betapa girangnya hati sang pemuda cilik ini, dapat membantu
dan selalu berdekatan dengan Utusan Allah yang ia cintai.
RasuluLlah SAW pun gembira dan menerima tawaran pemuka Bani
Najjar. RasuluLlah sangat mencintai sahabat ciliknya yang ketika
itu baru berusia 11 tahun. Zaid bin Tsabit tidak mengecewakan
RasuluLlah, dalam waktu sangat singkat dia dapat menuliskan dan
menghafal 17 surat Al-Qur’an. Disamping tugasnya sebagai
sekretaris untuk menuliskan dan menghafal wahyu yang baru
diterima RasuluLlah, Zaid pun mendapat assignment dari RasuluLlah
untuk mempelajari bahasa Ibrani dan Suryani, dua bahasa yang
sering dipergunakan musuh Islam pada waktu itu. Kedua bahasa ini
dikuasai oleh Zaid dalam waktu sangat singkat, 32 hari!
Pada masa kekhalifahan Abu Bakar, Zaid bin Tsabit mendapat
tugas sangat penting untuk membukukan Al-Qur’an. Abu Bakar RA
memanggilnya dan mengatakan, “Zaid, engkau adalah seorang penulis
wahyu kepercayaan RasuluLlah, dan engkau adalah pemuda cerdas
yang kami percayai sepenuhnya. Untuk itu aku minta engkau dapat
menerima amanah untuk mengumpulkan ayat-ayat Al-Qur’an dan
membukukannya.” Zaid, yang tak pernah menduga mendapat tugas
seperti ini memberikan jawaban yang sangat terkenal dalam memulai
tugas beratnya mengumpulkan dan membukukan Al-Qur’an:
“Demi Allah, mengapa engkau akan lakukan sesuatu yang
tidak RasuluLlah lakukan? Sungguh ini pekerjaan berat
bagiku. Seandainya aku diperintahkan untuk memindahkan
sebuah bukit, maka hal itu tidaklah seberat tugas
yang kuhadapi kali ini.”
Akhirnya dengan melalui musyawarah yang ketat, Abu Bakar RA
dan Umar bin Khattab dapat meyakinkan Zaid bin Tsabit dan sahabat
yang lain, bahwa langkah pembukuan ini adalah langkah yang baik.
Hal-hal yang mendorong segera dibukukannya Al-Qur’an, adalah
mengingat banyaknya hafidz Qur’an yang syahid. Dalam pertempuran
“Harb Ridah” melawan Musailamah Al-Kazzab, sebanyak 70 sahabat
yang hafal Qur’an menemui syahid.
Dengan pertimbangan-pertimbangan ini, Zaid bin Tsabit
menyetujui tugas ini dan segera membentuk team khusus. Zaid
membuat dua butir outline persyaratan pengumpulan ayat-ayat.
Kemudian Khalifah Abu Bakar menambahkan satu persyaratan lagi.
Ketiga persyaratan tersebut adalah:
1. Ayat/surat tersebut harus dihafal paling sedikit 2 orang.
2. Harus ada dalam bentuk tertulisnya (di batu, tulang, kulit
dan bentuk “hardcopy” lainnya).
3. Untuk yang tertulis, paling tidak harus ada 2 orang saksi
yang melihat saat dituliskannya.
Dengan persyaratan tersebut, dimulailah pekerjaan yang berat
ini oleh Zaid bin Tsabit yang membawahi beberapa sahabat lain.
Pengumpulan dan pembukuan dapat diselesaikan masih pada masa
kekhalifahan Abu Bakar.

Saturday 22 February 2014

Mentari malam

Bila mentari malam terbit
sinarannya hanya kelihatan
dek mereka yang bersih
bebas dari jahilnya malam
berbekalkan bait cahaya kebenaran
menyuluh jalan jauh dari kebatilan
tiada hanya melihat malah melangkah
mendekati inci-inci dari laluan
membawa hati-hati kepada pengabdian


Biarpun mentari malam terbit
kokokan ayam pun tidak kedengaran
hanya bunyi serigala menggonggong
sayup sedih memanggil manusia
mentari dah datang, mentari dah datang

Gerimis hujan berselangkan angin 
menghembus halwa kedinginan ke penjuru arah
selesa di peluk kain nipis, merungut keselesaan
kebanyakkannya masih membina istana pasir buatan sendiri
yang menunggu saat dibawa air yang nan menaiki
di gigi pantai minda tempat mereka bermain

Jika zaman disedut semula
saat Rasul membawa sahabat-sahabat
melihat mentari malam, semuanya terpegun
berbekalkan pelita, diganti pelita lain
itulah hidupnya kehidupan
di situlah ada kemanisan berkekalan

Ramai zaman ini
bagai kelawar yang benci mentari
menghuni gua gelap sunyi
jauh dari komuniti idaman
para penghuni firdausi

Kita harus sedar, insafi kesilapan diri
jangan tunggu nanti diheret mati
perlu tahu yang mati cuma sekali
jangan biarkan kehidupanmu kali kedua
adalah penyesalan tidak bertepi 
ayuhlah bersinergi, inilah waktunya!!!
tak perlu tangguh, kamu sudah lanjut usia!!!

Qiam! Qiam!
malam menunggu manfaat
Qumu! Qumu!
demi melihat mentari malam
bekalan perjalan jauh, yang masih terselindung
di sebalik rahmat alam




Thursday 20 February 2014

Semester 2 di UM

Semester 1 telah berlalu meninggalkan seribu kenangan berbagai rasa. Pahit manis pengalaman yang dilalui sementara menjadi penuntut ilmu di Universiti Malaya tetap menjadi pencetus kepada hari esok yang semestinya lebih mencabar dari hari ini. Biarpun di landa dengan arus kesibukan yang terlampau tetapi ia semestinya tidak menukarkan manusia menjadi robot mahasiswa. Di medan inilah bergunanya ilmu-ilmu yang di pelajari sebelum ini. Ilmu-ilmu inilah yang boleh dijadikan sebagai penebat kejutan daripada budaya-budaya kotor. 

Alhamdulillah, semakin hari berlalu di sini semakin luas pemikiran, jauh pandangan dan besar penghargaan. Di beri peluang untuk mengenali pelbagai bentuk dan ciri-ciri sahabat juga banyak menyumbangkan kepada pengajaran minda ini untuk jadi lebih matang dan besar. Kesedaran yang tinggi memuncak mendorong keinginan untuk meninggalkan kepompong dulu. Melonjak-lonjak untuk keluar terbang ke angkasa luas. Persekitaran yang bukan sahaja berbeza dengan rumah dan asrama, malah tempat ini jauh sekali dengan atmosfera zaman kanak-kanak dahulu. 

"Aku telah patri pada sungai hati
Aku telah lukis pada cermin budi
Aku telah ukir pada tulus erti
Untuk aku terus mapan berdiri
Memegang janji

Biarlah atmosferaku hampir terbakar
Biarlah musim-musimku jadi kemarau
Sekalipun ilusi dan fantasiku kering garing
dan tanah mimpiku merekah
tunggu pecah menanti musnah
Aku tetap akan teguh berdiri

Andai segala-galanya hangus
Andai arang jadi abu
Andai hitam jadi kelabu
Aku akan cekal mengharung hidup
Sekalipun aku di siniTerperuk menunggu mati"
-di petik dari novel

Ketika kecil-kecil fitrah dulu, ada banyak yang di rindui, banyak yang ingin di alami semula. Mengaji Al Quran bergurukan datuk, melihat kehidupan di sekitar rumah, pergi ke kebun-kebun kampung dan menikmati keadaan bebas daripada dunia dewasa. Namun, di situ ada hikmahnya tertanam dalam peti yang kemas dikunci dan tak akan pecah walau di hempap lori. Biarpun halwa-halwa angin yang damai sekali bertiup di kala waktu subuh turut hilang menjelang petang, yakinlah esoknya mungkin ada lagi.

Semester 2 turut mencabar, kerana perlu mendaki ke puncak. jika tersungkur maka haruslah bangun kembali. kerana aku tidak mahu perjuangan ini berhenti di pangkal jalan. episode ini mesti di teruskan hingga ada penamatnya.
  

Wednesday 19 February 2014

GHURUR

Ghurur merupakan salah satu peringatan Allah Swt kepada manusia yang terdapat di dalam al-Qur’an yang harus diwaspadai karena ghurur dapat membuat manusia lalai dan lupa kepada Allah Swt. Kata ghurur dan derivasinya banyak terdapat dalam al-Qur’an, ada berbentuk fi’il madhi, fi’il mudhari’, dan masdar.


Secara bahasa ghurur berasal dari gharra-yaghurru-gharran, ghuraran dan ghirah. Ibn Manzur mengartikan dengan kida’ (tipuan), tama’ dan bathil. Sedangkan secara istilah makna ghurur mempunyai dua versi, yaitu :

  1. Kata ghar apabila dibaca dengan ghurur maknanya adalah kebathilan-kebathilan. Al-Zuzaj menjelaskan bahwa ghurur adalah jamak dari gharin yang artinya apa yang dibanggakan dari kesenangan dunia.
  2. Kata ghar apabila dibaca gharur, maka maknanya segala hal yang menipumu dari syetan dan manusia dan yang lainnya, berbeda dengan Ya’qub bahwa dia mengkhususkan gharur maknanya adalah syetan.
Dari dua versi makna ghurur diatas, al-Raghib juga menjelaskan bahwa gharur adalah segala hal yang menipu manusia dari harta, pangkat, jabatan, dan syetan. Selanjutnya al-Raghib menjelaskan kata gharur ditafsirkan dengan syetan karena syetan merupakan penipu yang paling keji. Sedangangkan dengan dunia karena dunia dapat menipu dan merusak. Dari tiga makna yang diungkap oleh para ulama di atas nampaknya uraian yang dijabarkan oleh al-Rhagib lebih luas dan terperinci.

Diantara makna ghurur dalam al-Qur’an, yang pertama ghurur yang disebabkan oleh syetan, kedua orang-orang kafir, munafik dan yang ketiga dunia dan perhiasannya.

  1. Ghurur yang disebabkan ole syetan, diantara ayat yang menerangkan makna ini adalah, Qs. Annisa’ : 120,
Artinya: “syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, Padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka”

Ayat ini menjelaskan bahwa syetan memberikan janji-janji kosong kepada manusia, akibat dari janji tersebit timbulah angan-angan kosong, padahal yang dijanjikan syetan itu tidak ada melainkan tipu daya belaka. Quraish menjelaskan pada ayat sebelumnya telah ditutup dengan penegasan bahwa yang mengikuti syetan dan terpedaya oleh janji dan rayuannya akan menderita kerugian yang nyata, maka ayat 120 ini menjelaskan kerugian-kerugian yang didapat. Selanjutnya pada Qs. Al-Isra’ : 64, Allah menguatkan Qs. Annisa : 120 di atas bahwa apa yang dijanjikan syetan hanyalah tipu daya belaka, bunyi ayatnya yaitu :

Artinya : “Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”.

2. Ghurur yang disebabkan oleh orang-orang kafir dan munafik

Allah Swt memperingati orang-orang mukmin jangan sampai percaya akan perkataan dan aktivitas orang-orang kafir dan munafik yang menyenangkan karena perkataan dan aktivitas mereka merupakan tipuan yang akan membawa kepada kelalaian dan kesesatan. Di antara firman Allah yang menjelaskan hal di atas adalah Qs. Al-Mukmin : 4,

Artinya : “tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu”.

Selanjutnya, dalam Qs. Ali imran :196, Quraish menerangkan bahwa Allah Swt Memberi nasehat kepada Nabi Muhammad dan umatnya agar tidak terpedaya oleh kebebasab aktivitas orang-orang kafir, yakni perpindahan dari suatu kota ke kota yang lain, dari suatu tempat ke tempat yang lain ini semua mereka lakukan dengan mudah, karena kesenangan itu hanyalah sedikit dan bersifat sementara.

3. Ghurur yang disebabkan oleh dunia dan perhiasanya.

Selanjutnya makna ghurur dengan tipu daya dunia dan perhiasanya, di sini Allah menperingati manusia supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan dunia dan gemerlap perhiasannya, karena itu hanya bersifat sementara dan tidak akan kekal. Di antara firman Allah yang menjelaskan makna ghurur ini adalah Qs. Lukman :33,

Artinya : “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah”.

Qs. Lukman di atas perintah kepada manusia agar bertaqwa kepada Allah Swt, dan peringatan Allah kepada manusia agar tidak terpedaya oleh dunia perhiasannya kerena itu semua tidak akan dapat menolong pada hari yang dijanjikan oleh Allah yaitu hari kiamat. Kata al-gharur pada penutup ayat di atas adalah bentuk mablahgah yang bermakna pelaku pelengahan yaitu syetan. Kemudian pada Qs. Al-Fhatir ; 5 Allah menguatkan bahwa kehidupan dunia hanyalah tipu belaka.

Selanjutnya Qs. Al-Hadid : 20, yang artinya “ ketahuilah bahwa kehidupan dunia hanyalah permainan dan kelangahan, sserta perhiasan dan bermegah-megah diantara kamu serta berbanga-banga tengtang harta dan anak, ibarat hujan yang mengagungkan petani tanam-tanamanya kemudian ia menjadi kering, kemudian engkau lihat dia menguning kemudian hancur dan di akhirat ada azab keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya, dan tidaklah kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu”. Ayat ini memperingati manusia jangan sampai tertipu oleh gemerlapan dunia dan perhiasannya karena itu hanyalah kesenangan yang sementara. Quraish lebih lanjut menerangkan bahwa ayat ini menjelaskan makna kehidupan dunia bagi manusia yang lengah.

Maka dari uraian di atas dapat diambil kesimpulan bahwa makna ghurur adalah tipu daya. Selanjutnya tipu daya tersebut dapat bersumber dari syetan, orang-orang kafir serta kehidupan dunia dan gemerlap perhiasannya, semua itu dapat membawa manusia lalai terhadap Allah dan lupa bahwa ada kehidupan yang abadi di sesudah kehiduapan dunia

Saturday 1 February 2014

Terowong Jasad (Hati)



Tertinggal sudah
Penuh labah-labah
Dan sarangnya
Tikus berlari berkejaran
Lipas kudung bertempiaran
Menyeret kumbahan di tepian
Menongkah dinding debu
Terowong tubuh
Yang tiada penjaga





Lubang kotor itu
Tiada dapat pandang
Biar luarnya cantik
Tapi yang hitam dalamnya
Tetap jijik dan busuk
Daki-daki dosa
Tak tertanggal melekat rapat
Bahkan menebal meluputi
Penjuru ruangan kosong
Sehingga iman tak lagi
Mampu menyelit
Lagi tak dapat
Membersihkan

Gelap gusar menyelebungi
Petanda iman lenyap
Di makan jahiliyyah sendiri
Dahulu kau bertangguh
Merasa diri jamin terkawal
Sehingga tunggu berkaki tiga
Baru cari arah kiblat dimana

Siapa yang jahiliyyah sebenarnya
 
Blogger Templates