Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 20 August 2013

kpd yg sudi..jemputlah baca =3

Biarpun diri ini akan pergi ke universiti Malaya..namun sy masih rindu kepada bahasa arab..memang sy akan rindukan bahasa arab, ilmu yang kian jauh daripada gapaianku..teringat lagi masa tanam hasrat nak jadi mcm sheikh al marbawi yg master dlm bahasa arab, tafsir, al quran n hadis..kagum lihat al ghazali dgn karya-karyanya dlm bahasa arab serta penterjemahannya..rasa nak sngt ilmu tafsir tetapi asas ilmu tafsir, iaitu bahasa arab sudah lolos dariku..aku sekarang mendekati bidang yang tiada langsung kaitannya dengan bahasa arab..

Biarpun begitu, ilmu tetap ilmu..kte xboleh menyombongkan diri kita kpd ilmu krn ilmu itu milik Allah..jika Allah tak izinkan kita untuk mengetahui sesuatu ilmu itu maka kita tak mungkin akan berjaya untuk mengetahuinya..malah Allah jualah yang berkuasa ke atas semua ilmu..

Namun..sy rase sngt sedih krn sudah xbrpeluang lagi utk meneroka alam bahasa arab..memahami apa isi kandungan dalam al quran dan hadis..mcm kte rendamkan diri dalamnya..kte kn orang melayu..jd susah lah skit nak paham bahasa arab jika kita tidak mengaji dan kte selalunya akan bergantung kpd tafsiran ulama’..jd sy ingin sngt mengkaji methodologi ulama’ dalam mentafsir bait-bait ayat daripada Al Quran mahupun Hadis Rasulullah SAW..

Mula-mula bertemu dgn bahasa arab ketika berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar..ketika itu masih xminat secara mendalam lagi..hanya suka-suka je belajar bahasa arab dalam kelas dengan ustazah di tingkatan satu..pada bulan Mei, sy dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor di mana sewaktu itulah baru sy rasa bertambah minat dgn bahasa arab.. ditambah lagi dengan minda sy yg selalu suka mendalami..sewaktu sy tingkatan satu dan dua, sy seringkali mencipta essay bahasa arab sendiri walaupun pada ketika itu tiada pun ujian essay dalam format kertas pmr.. sy juga suka buat-buat berbual dengan diri—sendiri dalam bahasa arab biarpun tunggang langgang krn masih xcukup ilmu..time tingkatan 3..sy dpt ustazah yg sngt hebat dan ustaz wos yang sngt mantap..sekali ajar..sngt bnyk ilmu yg dpt sy ambil dari mereka tentang bahasa arab..sy mula mengetahui apa itu sebenarnya erti qawaid, sorof, nahu dan lain-lain..

Sy kagum dengan ustazah krn dia xmengaku kalah untuk memberi tunjuk ajar tentang bahasa arab..terima kasih ustazah..hanya Allah yg dpt membalas jasa ustazah..sy rasa sungguh gembira apabila ilmu bahasa arab kian bertambah dari semasa ke semasa pengajian berlangsung.. Di tingkatan 4.. sy diajar oleh ustaz..kawan-kawan sy selalu tidur dalam kelasnya..tapi sy tidak..sy terlalu asyik mendengar ilmu-ilmu daripadanya..ustaz suka brcakap bahasa arab yang mudah jd ia memberi peluang untuk sy memahami sedikit sebanyak cara berbual dlm bahasa arab..dlm kelas bahasa arablah sy paling suka..sy xprnah mengantuk kecuali jika sy terlalu letih..tp sekali dua je..haha..

Sebab spm ade ujian insyaa’ iaitu karangan, jd brtambah rajinlah sy menghantar karangan sy kpd ustaz dan ustazah..yg sy paling suka ialah saat sy hantar karangan bahasa arab..dan apabila ustaz pulangkan balik..alangkah banyaknya bahagian yang diconteng dengan pen merah..haha..di situlah sy dpt tahu di mana silap sy..sy sngt brsyukur dgn tunjuk ajar ustaz..Alhamdulillah..sy pn tanam cita-cita untuk menjadi seorang guru dalam bahasa arab..dan sy memaksudkannya..

Tetapi rezeki itu milik mutlak Allah..kte hanya perlu tahu yang Allah menyayangi kita..ini medan perjuangan hidup dan kte brgantung kpd Allah untuk menunjukkan kpd kita jalan yang benar..

Walaupun sy xdpt bahasa arab..n dpt degree kos yg sngt jauh..walau sejauh manapun kita tidak tahu mengapa mesti berlaku sedemikian..sepertimana jahilnya kita..sebagai seorang manusia..ini ialah rezeki dari Tuhanku..Tiada tuhan selain Dia..Allah yang Maha Esa..Miliknya lah segala rezeki..sesungguhnya aku tahu yang Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh..


Di universiti Malaya..sy mahu belajar..cari ilmu halal..cari ilmu baik..cari bekalan hidup..cari isi keimanan..Doakan sy brjaya ye……hehe….. =3 

Sunday 18 August 2013

Huraian surah Al Waaqiah Ayat 22-26


22.  وَحُورٌ عِينٌ
  Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
23.  كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
  Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
24.  جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
  (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
25.  لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا
  Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;
26.  إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا
  Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).

Ayat 22-23 : ayat ini mengungkapkan bahawa di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang cantik, jelita, putih berkilau laksana mutiara yang paling murni yang masih tersimpan dalam lokannya dan belum pernah dijamah tangan manusia serta tidak berubah warnanya untuk selama-lamanya.

Ayat 24 : ayat ini mengungkapkan sebab mereka mendapat nikmat yang luar biasa tersebut, iaitu merupakan balasan dan ganjaran bagi apa yang telah mereka kerjakan di dunia, seperti menunaikan kewajipan, mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhkan diri dari larangan-larangan-Nya. meraka bangun di tengah malam, melaksanakan solat, memuji, berzikir dan merenung kebesaran Allah, memohon ampun daripada-Nya serta berpuasa di siang hari. Maka wajarlah mereka mendapat balasan nikmat atas apa yang telah mereka kerjakan semasa di dunia.

Ayat 25-26 : Ayat ini mengungkapkan bahawa di dalam syurga tidak akan terdengar ucapan sia-sia yang memuakkan yang tidak layak diucapkan oleh orang baik-baik yang mempunyai akhlak yang tinggi, lebih-lebih lagi kata-kata yang menimbulkan dosa. Di sana hanya ucapan-ucapan salam.

Dalam ayat lain yang bermaksud : "Doa mereka di dalamnya (syurga itu) ialah : "subhanaka Allahumma" (Maha suci Engkau Ya Allah), dan salam penghormatan mereka ialah : "salam" dan penutup doa mereka ialah : " Subhanaka Allahumma" (Maha suci Engkau Ya Allah)". Jika di dunia ini manusia berdoa mengharap dan memohon sesuatu yang diingini, tetapi di syurga tidak ada lagi yang akan di pohon, kerana semuanya sudah tersedia. Oleh itu penghuni syurga tidak lagi meminta apa-apa, sebaliknya mereka hanya bertasbih memuji nama Allah atas segala nikmat yang sungguh luar biasa dan menakjubkan itu.

pErASaAn

Semua manusia ada perasaan. Cuma ada yang mempunyai nilai perasaan yang kosong sehingga mereka tidak tahu apa yang dirasakan. Saat gembira bagi mereka umpama masa untuk berseronok semata-mata. Saat sedih bagi mereka umpama masa untuk melepaskan pedih dalam hati. Saat tidak keharuan bagi mereka umpama masa untuk termenung dan berfikir dengan masalah yang ditimpa. Saat sibuk bagi mereka umpama masa untuk menyelesaikan tugas dan terus bekerja. Saat manja bagi mereka umpama masa untuk bermesra. Biarpun mereka punya perasaan, tetapi bukankah perasaan sedemikian itu lemah?

Boleh saja ketika kita rasa gembira, ujian datang menerpa menyebabkan kita tidak bersedia untuk mengalami perubahan perasaan yang ketara. Ini menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi atau tekanan perasaan mereka terhadap apa yang mereka hadapi. Contohnya di hari perkahwinan, anda rasa sangat bahagia bersama isteri ataupun suami yang baru membina mahligai kasih sayang. Sudah tentu perasaan itu mulai berputik untuk menimbulkan rasa sayang kepada pasangan hidup masing-masing. Tiba-tiba perkara yang tidak diingini berlaku di luar jangkaan anda (saya tak mahu sebut..anda pandai2lah reka trajedi sendiri ye). Sudah tentu perasaan lain akan menerjah dan menyebabkan ketidakstabilan perasaan kerana emosi yang membuak-buak.

Betulkah kita sudah bersedia??


84.  وَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ
  Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang memendamkan marahnya di dalam hati.
Yusuf ayat 84

Bukan maksud saya yang kita kena solid sentiasa seperti perisai yang tak berbuat apa-apa saat ditembak dengan bom nuclear, hanya mampu menahan je. Bukan juga maksud saya yang kita kena pandai kawal minda dan perasaan kita kerana Allah yang mencipta dan Allah jua lah yang menentukan apa yang diperbuat oleh minda dan perasaan kita. Bukan!!

Memang, kita tiada kuasa walau sedikitpun untuk berjalan mahupun berdiri di jalan yang benar kecuali Allah memberikan kepada kita kekuatan untuk meneruskan perjalanan.


1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
  Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2.  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
  Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3.  الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
  Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4.  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
  Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5.  إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
  Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6.  اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
  Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7.  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Al fatihah


7.  وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ
  Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
Al hujurat ayat 7

Mengikuti jalan yang lurus..itulah dia kuncinya..anda faham??
Baiklah..saya tiada kuasa untuk membuatkan anda faham apa yang saya maksudkan tetapi mudah-mudahan anda dapat memahami dengan izin-Nya

Saya mahu menerangkannya tetapi ilmu saya belum cukup tinggi..bimbang jugak..
Jadi itu sahajalah yang termampu dari saya..moga bermanfaat untuk kita semua..

Saya bakal penuntut university malaya jurusan engineering biomedic prosthetic and orthotic.. bulan 9 ni sy akan bergelar penuntut.. nervous.. mohon doa.. agar dikuatkan iman dan dapat sakinah daripada pengajian..biarpun tak dapat masuk kos agama.. huhu..bahasa arab tetap di hati..


Kerana bakal menjadi seorang yang sibuk..jadi saya meminta maaf jika ada salah dan silap sama ada yang nyata, tersembunyi, yang saya tidak tahu dan yang saya tahu terhadap diri pembaca-pembaca sekalian. Mohon maafkan daku..jangan simpan dendam tau,, nanti cepat tua.. salam saya ucapkan, dan moga diberi kelapangan masa untuk menulis di kemudian hari.. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh wa maghfiratun wa ridhwan,,,,
 
Blogger Templates