Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Wednesday 2 October 2013

Di Universiti Malaya

pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku jd siswa kat universiti malaya. Time first day aku duk kt universiti malaya, aku bayangkan kehidupan yang enjoy dan santai. Tapi sebenarnye hdup kat sini penuh dgn komitmen. dalam sehari tu mesti akan dapat belajar benda-benda baru. mcm kte berubah mengikut aliran masa. time duk kat universiti ni lah baru aku faham kenapa senior-senior yang msuk u selalu je ckap yg mereka rindu kat zaman sekolah dulu..seyes,, aku pn rindu gila2 kat zaman sekolah. tapi kte xboleh sentiasa dlm keadaan yg tenteram. krn ketenteraman selalunya lebih banyak menyebabkan manusia tak ingat untuk menghargai masa. sedangkan keresahan itu mengajar kte utk menepati masa.

aku tinggal di kk5..kolej kediaman dayasari namanya..roomate aku 2 org..sorang kelantan same mcm aku dan sorang ag org pulau pinang..haha..saje nk bgitau..xde motif pn sbnarnye..

bagi aku setakat ni..melangkah di universiti ni umpama kte yang naik kapal di zon yang xde ombak ke zon yang ada ribut. memang kene msuk jgak walau mcm mane skalipun,, klau berjaye, xtenggelam dan hidup dapat lari dari masalah-masalah yang mendatang. sebaliknya klau tersesar,, kemungkinan akan ada effectnya. tapi benda tu hanya sekadar perkataan je.. semua benda boleh terjadi, kan??

bukan nak kate yang kehidupan di universiti ni penuh dengan keresahan dan stress. hidup di u ni seronok. ia mengajar kte tentang perjalanan hidup yang akan kte tempuhi seterusnya di mana kte akn memimpin. Alaa..paling debek pun pimpin diri sendiri kan..huhu

jadi siswa ni, kte brpeluang utk kenal dengan sosial dan realiti hidup di zaman globalisasi. ada banyak perkara yang jelas terpapar di mata yang baiknya dan buruknya. ada banyak juga perkara yang tersembunyi disebalik perbuatan baiknya dan buruknya. iman jualah yang memainkan peranan untuk kte petik yang baik dan jauhi yang buruk. ada niat yang buruk pun jangan sampai kte menyebabkan orang lain turut terkesan.

Universiti ni menarik kerana cabarannya, siswanya dan ada environment yang menyebabkan kte rasa yang iman kte perlu sentiasa ditambah. orang kate hdup xkan manis jika xde yang pahit.. jiwa perlu sentiasa berfikir, badan kena biasakan dengan kepenatan dan keinginan untuk melepaskan stress, mata kena jaga, mulut lagi lah..huhu.. in shaa Allah lagi 4 tahun aku akan menuntut ilmu-ilmu keperluan duniaku sebelum aku membina mahligai. moga 4 tahun ini adalah tahun-tahun kebahagiaan dan kejayaan..Amin Ya Rabbal A'lamin..



0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates