Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 30 January 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 1-6

1. إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu,
2. لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3. خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).
4. إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5. وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
6. فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,



Ayat 1 : Ibn Abbas menjelaskan bahawa Al Waaqiah merupakan antara nama yang digunakan dalam Al Quran untuk menyebut hari kiamat. Perkataan Al Waaqiah makna asalnya bermaksud suatu peristiwa atau kejadian yang pasti akan berlaku. Ayat ini membuktikan suatu malapetaka besar yakni hari kiamat, pasti akan terjadi apabila tiba masanya

Ayat 2 : Menurut Ibn Kathir, ayat ini menegaskan bahawa tidak ada orang yang dapat memindahkan (masa berlakunya) atau menolaknya bila Allah menghendakinya terjadi. Menurut Muhammad bin Ka'ab makna perkataan "كاذبة" bermaksud "pasti terjadi". Menurut Qatadah pula " terjadinya hari kiamat itu tidak dapat diubah atau diundur".

Ayat 3 : Menurut Ibn Kathir, ayat ini menjelaskan bahawa hari kiamat merendahkan banyak kaum hingga sampai ke dasar neraka, sekalipun ketika di dunia mereka ialah orang yang mulia dan meninggikan kaum yang lainnya hingga sampai ke tempat yang tertinggi dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan sedangkan mereka adalah orang-orang yang berkedudukan rendah. Al suddi pula mengakatakan bahawa hari kiamat adalah hari di mana orang-orang yang angkuh direndahkan dan orang-orang yang rendah diri ditinggikan dan dimuliakan.

Ayat 4 : Menurut Ibn Kathir katanya, bumi bergoncang dengan goncangan yang dahsyat mengakibatkan gempa yang amat hebat melanda seluruh kawasan bumi. Al Rabi' bin Anas mengatakan bahawa gempa itu menggoncangkan semua di  bumi.

Ayat 5 : Menurut Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah, Qatadah dan lain-lain, ayat ini bermaksud bahawa gunung-ganang akan dihancurkan dengan sehancur-hancurnya. Ibn Zaid mengatakan bahawa hari itu gunung-ganang menjadi pasir yang berterbangan.

Ayat 6 : Abu Ishaq telah meriwayatkan dari Al Harith sumber daripada Ali r.a. bahawa semua gunung pada hari itu akan menjadi debu yang berterbangan. Ikrimah pula mengatakan bahawa perkataan al-Munbath bererti (debu yang diterbangkan angin).

Friday 20 January 2012

Pemaaf

Sifat pemaaf ialah salah satu daripada sifat yang terpuji. Mereka yang pemaaf amat disanjung dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Allah SWT sendiri merupakan Tuhan yang Maha Pemaaf yang mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang melakukan maksiat yang terkutuk, namun ada juga manusia yang tidak mahu memaafkan orang lain yang telah menyesal akan perbuatannya. Allah menyuruh Manusia untuk bersifat pemaaf sebagaimana firman-Nya dalam Al Quran :


133. ۞ وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ
لِلْمُتَّقِينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;
134. الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Al imran 133-134


Jelaslah dalam ayat ini bahawa antara sifat orang yang bertakwa ialah mereka yang mengorbankan hartanya pada jalan Allah, menahan kemarahannya iaitu sentiasa bersabar dan memaafkan kesalahan orang-orang lain.

Manusia itu sering terikat dengan sunnatullah. Semestinya mereka sentiasa dibelenggu oleh rantaian dosa yang sentiasa berada pada hati mereka. Ketahuilah bahawa dunia itu ialah satu penjara, dimana manusia digari dan dibelenggu dengan dosa. Allah memasukkan manusia ke dalam penjara(dunia)  untuk menguji pada tahap manakah mereka akan melaksanakan pengabdian diri mereka kepada-Nya dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Maka bagi mereka yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Menjauhi Larangan-Nya, mereka akan dibebaskan daripada belenggu itu dan dipulangkan ke syurga iaitu tempat kediaman sebenar bagi umat manusia. Bukankah Nabi Adam itu berasal daripada syurga. Maka mereka yang meninggalkan perintah Allah dan Melakukan larangan-Nya akan dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman dimasukkan ke dalam neraka kerana apa yang telah mereka lakukan.

Jadi, Janganlah kita menyalahkan seseorang walaupun dosanya terhadap kita terlalu besar sehingga menyebabkan trauma kerana tiada satupun manusia yang akan terlepas daripada dosa. Malah, Allah itu Maha Pengampun  dan Berhak mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya. Tidakkah kita sentiasa memohon ampun dosa kita dengan Allah ? Bagaimana jika Allah tidak menerima taubat kita sebagaimana kita yang enggan memaafkan orang lain? Tidakkah kita akan berasa terlalu sedih dan kecewa...


149. إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
An-Nisa' 143


Janganlah biarkan hatimu dikuasai dendam yang mendalam kerana ia boleh meyebabkan hati kita semakin terluka. Dendam dan kebencian tidak mungkin akan memuaskan hati atau mengubati hati seseorang manusia. Terimalah kesilapan sahabatmu, maafkanlah dia dan sentiasalah menolong mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Janganlah menyombongkan diri dengan meminggirkan sahabat yang berada dalam kesusahan dan kekecewaan yang menghantui hati mereka. Hal ini demikian kerana, mereka mungkin berada dalam keadaan buntu dan kekeliruan. Juga, janganlah menceritakan aib mereka kerana Allah melaknat mereka yang menceritakan aib orang yang telah menyesal akan perbuatannya.

Jika kamu orang mukmin maka maafkanlah saudara se islam mu itu. Janganlah kamu berani mengaku sebagai seorang islam jika kamu tidak mampu memaafkan sahabatmu itu kerana islam itu ialah satu jemaah. Saya sendiri amat membenci mereka yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain yang telah menyesal akan perbuatannya. Jadi mengapakah manusia yang pemaaf menjadi semakin pupus ditelan oleh dendam dan cemuhan yang tertanam dalam lubuk hati? Adakah mereka cukup bahagia untuk hidup dalam dendam yang di benci oleh Allah dan Rasulullah? BAHAGIAKAH KAMU HIDUP DALAM DENDAM MU ITU????


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2218.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya."


Wednesday 18 January 2012

Doa 1

Doa itu senjata bagi mukmin. Senjata itu penting untuk melawan musuh. Sebagaimana yang kita tahu manusia itu mempunyai 4 jenis musuh iaitu iblis, syaitan, nafsu dan manusia itu sendiri. Musuh2 ini sentiasa mempengaruhi kita untuk mendekati jalan-jalan yang sesat dan bukannya jalan-jalan yang benar. Jadi kita perlulah beristiazah atau meminta perlindungan Allah daripada musuh2 ini. Jika didefinisan doa itu ialah permintaan hamba yang dipersembahkan di hadapan Allah SWT untuk diperkenankan oleh-Nya.


2. اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.



Rasulullah saw bersabda: 


((ﻣﻦ ﻓُﺘﺢ ﻟﻪ ﻣﻨﻜﻢ ﺑﺎب اﻟﺪﻋﺎء ﻓﺘﺤﺖ ﻟﻪ أﺑﻮاب اﻟﺮﺣﻤﺔ، وﻣﺎ ﺳُﺌﻞ 


اﷲ ﺷﯿﺌًﺎ ﻳُﻌﻄﻰ أﺣ


إﻟﯿﻪ ﻣﻦ أن ﻳُﺴﺄل اﻟﻌﺎﻓﯿﺔ، إن اﻟﺪﻋﺎء ﻳﻨﻔﻊ ﻣﻤﺎ ﻧﺰل وﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﻨﺰل، 


ﻓﻌﻠﯿﻜﻢ ﻋﺒﺎد اﷲ


ﺑﺎﻟﺪﻋﺎء))  


“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti 
dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu 
yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya 
doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka 
hendaklah kalian berdoa.” (HR: tirmizi, dihasankan oleh Al-Albani). 


Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."


Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.



53. وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.

Saturday 14 January 2012

Sahabat

Apakah sahabat bagimu? Adakah sahabat itu sekadar perantaraan bagimu untuk beroleh kebahagiaan duniawi seperti meminta tolong sahabat karib untuk mencari girlfriend? Apakah tujuanmu bersahabat dengan makhluk Allah? adakah kamu bertujuan untuk memuaskan hawa nafsumu yang sentiasa dahaga kepada serakah syahwat?

Ketahuilah bahawa sahabat itu ada dua jenis iaitu sahabat zahiriah dan sahabat batiniah. Sahabat Zahiriah ialah sahabat dari kalangan manusia biasa yang kita boleh berinteraksi dengannya. Adapun Sahabat Batiniah pula ialah sahabat dari Hati seseorang itu sendiri seperti nafsu, akal dan iman. Dalam bersahabat kita mestilah menilai setiap perbuatan, perkataan, hati dan perasaan mereka supaya kita dapat mengetahui pada tahap manakah pengaruhnya dapat memberikan impak kepada keperibadian diri kita.


67. الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).                                                                                                                        Az-Zukhruf [43:67] 




Rasulullah SAW pernah bersabda :“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” (hadis riwayat muslim)


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”


Sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW dan Ahli Sunnah Wal Jamaah kita mestilah berhati-hati dalam bersahabat. Janganlah memaksa diri untuk bersahabat dengan orang munafik, fasik mahupun kafir jika imanmu tidak cukup kuat dan dirimu mudah dipengaruhi orang lain. Hal ini demikian kerana, jika kita tidak mempunyai kekuatan jiwa dan pegangan itikad iman yang teguh, pasti kita akan larut dalam laut kejahilan yang bakal menyesatkan kita dikemudian hari sebagaimana gula yang dilarut oleh air. Gula ini bersifat mudah terlarut dalam air dan apabila ia sudah terlarut dalam air maka kita sudah tidak boleh mengeluarkannya daripada air itu kecuali dengan proses penyejatan, pendidihan dan crystalization yang turut memerlukan tenaga haba yang banyak.

Walaubagaimanapun setiap perbuatan kita diukur pada niat. Maka sentiasalah berusaha untuk memperkukuhkan niat persahabatan kita kerana untuk memelihara hubungan kita dengan Allah SAW.

حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏عبد الوهاب الثقفي ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏أيوب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي قلابة ‏ ‏عن ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏رضي الله عنه ‏‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال:[‏ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله ورسوله  أحب إليه مما سواهما
وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن ‏ ‏يقذف ‏ ‏في النار] رواه البخاري


"Dari Anas bin Malik r.a dari Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang sesiapa yang ada padanya nescaya ia memperolehi kemanisan iman iaitu ia kasih kepada Allah dan Rasulnya melebihi yang lain, dan ia kasih kepada seseorang semata-mata kerana Allah dan ia amat benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci sekiranya ia dicampak ke dalam api neraka." (Diriwayatkan oleh Bukhari)


Ambillah sebanyak mana pengajaran dan teladan daripada sahabatmu itu supaya dirimu sentiasa dekat dengan Allah supaya kita tergolong daripada orang yang beriman.



Thursday 12 January 2012

Muzakarah 1

Dunia ini ialah satu tempat penantian yang berupa perjalanan bagi umat manusia sebelum mereka dijemput oleh Allah pada masa-masa yang telah ditetapkan-Nya. Penantian ini merupakan satu ujian daripada Allah bagi umat manusia untuk memastikan yang manakah diantara ciptaan-Nya yang paling taat dan patuh kepada perintah dan larangan-Nya. Dalam kehidupan seharian, kita selalunya akan brsiap dengan kemas dan cantik sebelum pergi ke mana2 sahaja. Seperti time kite nak pergi interview, kite perlu memakai pakaian yang sesuai dan memastikan kekemasan diri kita.

Dunia ini pun tiadalah bezanya dengan hal tersebut. Manusia diberi masa untuk mempersiapkan diri mereka dengan perhiasan yang sesuai sebelum mereka dijemput oleh Allah untuk kembali ke alam asal mereka iaitu alam akhirat. Perjalanan ke alam akhirat itu amatlah jauh dan tidak boleh dicapai oleh akal manusia sendiri. Maka dengan itulah wajib bagi kite untuk mempersiapkan diri kita dengan persiapan-persiapan selengkapnya sebelum menghadap Allah di alam akhirat  yang telah mencipta kita daripada pati tanah iaitu air mani yang hina menjadi insan yang bergelar manusia.

Persiapan itu bukanlah mempersiapkan diri pada zahirnya seperti memakai pakaian yang kemas malah  persiapan diri yang sebenarnya untuk ke alam akhirat supaya kita dapat menghadap Allah dengan keredhaan-Nya ialah berupa pakaian takwa, perhiasan amalan-amalan soleh, aksesori al quran dan assunah serta perkara2 yang dituntut dalam agama islam. Kita juga mesti menjauhi daripada pakaian munafiq, perhiasan maksiat, aksesori amalan yang menurut syaitan dan hawa nafsu serta perkara2 yang ditegahkan dalam agama islam. Sesungguhnya allah tidak akan melihat seseorang manusia pada zahirnya iaitu hartanya, kekuatannya, kemewahannya dan kesempurnaan mereka malah Allah akan menilai hamba-Nya melalui kekayaan hati, kekuatan jiwa, kemewahan iman dan kesempurnaan taqwa yang ada pada seorang hamba Allah itu.


2.  الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
  Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Al Mulk :2


Justeru, marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita dengan sebaik-baik persiapan sebelum kita akan menghadap Allah di kemudian hari. Dan ingatlah, kepada Allah sahajalah tempat kita kembali...

Monday 9 January 2012

Mengumpat (ghibah) 1

Mengumpat merupakan satu sifat yang tercela dalam islam. Agama islam mengharamkan perbuatan mengumpat dan melarang keras umatnya mengumpat. Pengharaman sifat ini dinyatakan dalam surah Al Hujuraat :


12. 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



Rasulullah juga benci dengan  pengumpat kerana mereka telah membuka aib orang lain yang sepatutnya dirahsiakan. Perbuatan mengumpat ini umpama pedang yang dikeluarkan daripada mulut manusia, daripada perkataan-perkataan yang menusuk dalam jiwa dan hati saudaranya. Semakin banyak perkataan itu didengari oleh masyarakat, semakin parahlah luka saudaranya yang dibuka aibnya itu menyebabkan perasaannya menjadi bengis dan penuh dengan kekecewaan. Penyakit jiwa sangat susah untuk diubati bukan seperti demam yang hanya perlu memakan ubat paracetamol yang diberi oleh doktor. Walaupun saudara yang dibuka aibnya itu seorang yang penyabar dan mengubati hatinya dengan beribadah kepada Allah, namun lambat laun hatinya akan berasa lemah dan tidak kuat untuk menghadapi ujian yang kian menjadi lebih parah sepertimana manusia yang mengalami kecederaan akibat dilanggar oleh kenderaan orang lain, jika tidak dirawat atau dipertanggungjawabkan oleh orang yang melanggarnya atau masyarakat setempat maka dia mungkin akan mati kerana kehilangan darah yang banyak.
                   
: عن أبي هريرة رضي الله عنه : رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
"أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟" قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: "ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ"، قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: "إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ"


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu apa yang dikatakan Ghibah (mengumpat)?" Jawab para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Rasulullah saw., "Ghibah, iaitu mempercakapkan saudara mu tentang hal yang tidak disukainya." Ditanya orang beliau, "Bagaimana kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?" Jawab beliau, "Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, bererti engkau menggumpat. Dan Jika tidak benar, bererti engkau melakukan suatu kebohongan tentang dirinya."



Aisyah Radiallahuanha berkata : "saya telah berkata kepada Rasulullah SAW : cukuplah bagimu Safiah yang bersikap begini-begini." Aisyah memaksudkan Safiah pendek orangnya. Maka Rasulullah SAW bersabda menjawab : "Kau telah menuturkan perkataan yang kalau dicampurkan dengan air laut ia akan mengubah warna laut itu." Kita mestilah turut membenci perbuatan mengumpat ini dan mempertahankan orang yang dibukakan aibnya dan mencela orang yang mengumpat, memaksanya untuk berhenti daripada meneruskan sifatnya yang tercela itu serta meminta maaf dengan orang yang telah dia umpati itu. Hal ini demikian kerana Allah hanya akan mengampuni orang yang mengumpat dengan izin orang yang diumpati sama ada dia ingin memaafkan perbuatan mencela dirinya atau tidak. 


Mengumpat itu tidak semestinya terbatas dengan lisan sahaja malah ia juga boleh dilakukan dalam perbuatan 
seperti tindakan melakukan isyarat mata, mulut, tangan dan penulisan bertujuan untuk menghina orang itu dihadapan orang-orang lain. 


Perbuatan mengumpat adakalanya menjadi harus jika :


1) mengumpat kepada golongan-golongan yang mengadakan bid'ah


2) mengumpat kepada golongan-golongan yang fasik dan menzahirkan kefasikannya


3) mengumpat kepada golongan-golongan pemimpin yang zalim dan tidak menepati tuntutan agama islam


4) untuk meminta fatwa atau pertolongan daripada orang-orang yang alim tentang masalah yang dihadapi yang melibatkan aib orang lain dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah diri atau orang tersebut. Contohnya, mendedahkan aib ibu bapa yang merogol anak kepada orang lain untuk menyelamatkan anak itu daripada menjadi mangsa sosial yang melampau.





Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 83-87



83.  فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ
  Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya;
84.  وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ
  Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
85.  وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَٰكِنْ لَا تُبْصِرُونَ
  Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
86.  فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ
  Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami);
87.  تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
  Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
 
Ayat 83 : iaitu di saat seseorang menghadapi sakaratul maut atau nazak ketika itu ruhnya sudah berada di kerongkongan.

Ayat 84: "kamu" di sini dimaksudkan semua orang yang hadir ketika melihat saudaranya yang dicintai akan menghembuskan nafas terakhir. semua akan terpegun merenung menumpu kepada orang yang sedang nazak menarik nafas yang semakin perlahan.

Ayat 85: Menurut syed Qutb dalam tafsir Fi Zilal Al Quran, di saat inilah suasana diselubungi kebesaran Allah SWT dan kehebatan kehadiran-Nya. Allah itu hadir pada setiap waktu, tetapi ungkapan ayat ini menggerakkan kesedaran kita terhadap hakikat kehadiran Allah yang dilupai manusia. Itulah majlis kematian yang diselubungi kehebatan Allah yang Maha Besar; di samping diselubungi suasana lemah, takut, putus hubungan dan perpisahan. Menurut Al Qurtubi menafsirkan bahawa yang berada di situ ialah Allah iaitu dengan kudrat-Nya, ilmu-Nya dan ru'yah-Nya.

Ayat 86-87: Menurut Al Maraghi, ia dikatakan "mengapa kamu tidak mengembalikan ruh(nyawa) yang telah sampai ke kerongkong ke tempat asalnya dalam jasad, jika kamu tidak membenarkan bahawa kamu akan dibangkitkan dan dihisab serta diberi balasan kelak".

mesej ayat ini ialah, jika kamu benar tidak dicipta oleh pencipta, sebaliknya kamu pencipta, maka mengapakah kamu tidak mengembalikan ruh-ruh(nyawa) kepada jasadnya semula ketika sampai ke kerongkongan jika kamu orang yang benar.
 
Blogger Templates