Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Wednesday 2 April 2014

Bunga mawar merah yang disiram kelmarin

Siram bunga mawar merah, ingin lihat bunganya kembang mekar esok harinya. Dengan harapan sekuntum mawar merah yang sedang kuncup itu terbuka kelopaknya menyerlahkan keindahan dan haruman mekar bunga mawar merah. hari demi hari menyiram, kuntuman itu semakin besar dan bila-bila masa sahaja mahu terbuka kuncupannya. hinggalah keesokan harinya, di dapati padanya bunga mawar itu sudahpun mekar sepenuhnya. haruman kekar sang mawar menghiasi keindahan kelopak bunga kemerah-merahan yang menjadi pengubat hati penduka lara. namun, siraman tetap perlu biarpun mawar merah itu telah kembang sepenuhnya supaya bunga lain tumbuh.

Bunga mawar merah yang disiram kelmarin mengajar seribu erti tentang kehidupan, menyelongkar makna dalam bait-bait cabaran dunia dan menanam benih-benih semangat untuk bangun keesokannya. Hidup kita umpama mawar merah yang disiram tiap-tiap hari. kita diberi rezeki di dunia yang dilihat pada pandangan kita sebagai sumber yang tiada hentinya. kita dibekalkan dengan kenikmatan alam yang sentiasa menyelimuti dengan kehijauannya, keindahannya dan keasyikan mata memandang akan persekitarannya. kita di mahkotakan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT di dunia di mana kita boleh melebihi hidupan di dunia sesuka hati.

Bunga mawar merah yang disiram pokoknya mulai tumbuh dengan nikmat yang dibekalkan tuan yang ditanamnya menzahirkan cirinya yang sentiasa melawan graviti mahu naik ke tempat teratas biarpun tanah jua tempat ia tumbuh. Manusia mahu sahaja merangkul semua nikmat-nikmat dunia tanpa sedar yang ada di hadapan mata mereka itu hanyalah ketentuan bagi semua makhluk. ketentuan ada had. jika kita mahu menentukan jumlah maka mestilah akan ada takat yang mengehadkan jumlah itu. nikmat di dunia memang di lihat mencurah-curah bagai tiada hujungnya namun yang mengehadkan ialah ketentuan kita sendiri di mana setiap makhluk akan dikembalikan kepada Penciptanya. Dunia juga ada ketentuannya sendiri sebagai makhluk. Dunia itu sendiri menunggu gilirannya untuk menghadap Penciptanya nanti di satu masa yang tidak diketahui dan di luar jangkaan akal manusia.

Bunga mawar merah yang disiram kelmarin menumbuhkan kuncup bunga yang mekar dengan masa. Begitu juga dengan manusia yang membesar dan mahu berkeluarga. mereka sudah diciptakan di dunia untuk berpasangan dan melahirkan zuriat mereka sendiri. Itulah fitrah manusia. Ada manusia yang melahirkan zuriat kerana tidak mahu dikatakan sebagai tidak subur ataupun mandul sedangkan pemberi rezeki cahaya mata ialah Allah SWT. Ada manusia yang turut memakan pil-pil mengelakkan kesuburan supaya mereka boleh kawal bilangan cahaya mata sedangkan bukanlah kekuatan manusia untuk menentukan berapa cahaya mata yang mereka boleh timang.

Bunga mawar merah kembang besar kuntumnya, semakin hari semakin bersinar menyerlah warna mengagumkan setiap yang melihatnya. Begitulah rentak irama kehidupan manusia, dipenuhi dengan anekdot drama-drama dunia. manusia saling mengejar antara satu sama lain mahu mengecapi tempat terbaik supaya orang lain boleh mengagumi dirinya. berpakaian mewah dengan perhiasan-perhiasan mahal supaya golongan yang berada di bawahan melihat mereka sebagai yang punya darjat. Namun kuntuman bunga mawar merah tidaklah kekal selamanya merah. bahkan pokoknya juga tidaklah selamanya tegap menonjah bumi.



0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates