Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday 22 November 2014

Wahan

Buih-buih di lautan, itulah satu perumpamaan kepada kekuatan hati manusia pada akhir zaman yang digambarkan bukan kerana jumlahnya yang sedikit tetapi kerana nekadnya usaha mereka mengejar sesuatu yang akan hancur binasa. buih pecah apabila dipukul ombak pesisiran pantai, tidak mampu melawan arus hanya menurut arah ombak itu membawanya dan akhirnya ditinggalkan di gigi pantai.

Kenal dunia bukan untuk mengejarnya, tetapi untuk keluar daripada kekusutannya akibat terlalu cinta pada dunia. penyakit takut ditinggalkan dunia adalah sangat kronik. malah sistem akal, roh dan jasad seseorang manusia boleh rosak begitu sahaja akibat perbuatan yang tidak berasaskan kepada jalan yang benar itu. kerana halnya dunia itu akan binasa, maka mereka yang mengejarnya tentu akan pulang membawa tangan kosong. umpama besi yang bernilai berjuta tetapi satu hari nanti pasti akan berkarat.

Dunia membawa pengejarnya kepada kelalaian dan jauh dari Allah. bukan kerana dunia itu kufur, tetapi sebagai ujian kepada manusia. mereka yang mengejar dunia pasti akan merasa penat kerana akhirnya harta, kedudukan dan kemewahan rumah tangga hasil usaha sendiri akan hilang saat melangkah ke alam kekal abadi. kerana dunia tidak mampu bertahan atas yang kekal abadi. begitu kecil dunia jika dibandingkan dengan satu sahaja sifat dari alam akhirat iaitu hidup kekal abadi.

Tidak mengejar dunia dan mengharapkan ganjaran akhirat itu adalah zuhud. definisi zuhud ialah menggunakan dunia sebagai jambatan ke akhirat. melihat kepada zuhud itu ada tahapnya yang tertentu. zuhud perlukan pengorbanan dari segi keperluan dan tingkah laku. pengorbanan dari segi keperluan adalah menginfakkan sesuatu di jalan Allah seperti memberi sedekah, menolong orang dalam kesusahan, menyebarkan ilmu, membekalkan kemudahan pengangkutan untuk mereka yang ingin menuntut ilmu, menghukum diri sendiri dengan membelanjakan harta kepada kebaikan agar tidak lalai dengan harta dan lain-lain. pengorbanan dari segi tingkah laku adalah menggunakan masa sebaiknya agar matlamat akhirat dapat tercapai iaitu mendapat ikhlas, seperti menjaga waktu solat, jaga hubungan dengan Allah dan manusia, berdoa, beriadah untuk mendapat kesihatan tubuh badan, menuntut ilmu, bermuhasabah, membaca sirah nubuwwah, menjaga lidah dari perbuatan keji, jangan berbuat maksiat, jangan mendekati zina dan macam-macam lagi.

Wednesday 19 November 2014

Futur

Kita selalunya tidak mampu membeza sesuatu keadaan selagi tidak melaluinya. tidak mungkin sekadar kefahaman boleh meletakkan mindset seseorang kepada keadaan itu dalam 100%. semakin kita mengalami semakin kita memahami sesuatu benda, dengan sebab itu penting untuk kita menterjerumuskan diri kita dalam tarbiah agar dapat merasai pengalaman ditarbiah. hanya dengan anggapan kepada tarbiah tidak cukup untuk memperbaiki diri kita. Futur selalu datang, ia tidak mengira masa kerana ujian adalah kepahitan yang dirasai semua lapisan individu. kepahitan ini menyebabkan kita mengenal dunia. jangan sangka yang semua kenal dunia sedang mereka belum pernah merasai apa itu futur. bagi saya setelah mendapat ilmu dari seorang murabbi, baru saya dapat nukilkan apa itu futur. sebelum ini saya tidak memahami apa itu futur. dan setelah mendapat ilmu lantas mengalaminya, jelaslah bagi saya apa itu futur. Semua orang akan futur jika dia mengenal dunia. tetapi futur itu bukan jalan penamat. futur adalah pemangkin kepada muhasabah. tanpa futur, kita mungkin tidak dapat melahirkan rasa bersalah dan malu.

Dapatkah kauduga cakerawala makna
bintang berkerlipan hitunglah
ia dipersada tingkap kacamu

Futur itu kotoran, kerana itu mereka yang membiarkan futur itu teruk. Apabila futur selalunya akan timbul lonjakan rasa persoalan yang membingungkan. yang seterusnya menyebabkan kita terpaku oleh perasaan sendiri dan merasakan hati mahu dibuai oleh nikmat duniawi. kerana hal ini berlaku akibat naluri manusia yang suka pada nikmat. tempat asal manusia sendiri adalah dari syurga dimana limpahan nikmat kurniaannya tidak berbelah bahagi.

Mereka yang tidak pernah merasai futur sebenarnya merasainya juga. tetapi tindakan aksi mereka terhadap futur itu berlainan. mereka yang merasai futur tapi iman mereka tidak bertindak balas menolak futur. setelah futur mereka melakukan lebih banyak fusuk (kekejian) dan lantas ada yang tergelincir kepada kufr (ingkar) pada perintah Allah. Ghuzwatul fikr selalu hadir untuk menyebabkan futur namun ingatlah bahawa itu untuk menguatkan lagi kita demi menghadapi dunia.

Kekuatan untuk melawan gelora nafsu tidak semudah sebagaimana anggapan. sedangkan anggapan juga boleh berasaskan nafsu. futur boleh menyebabkan tiada kekuatan tawazzun (keseimbangan) dalam diri. ruangan muhasabah agak sempit jika kita menyempitkan ruangan muhasabah. sepertimana seorang guru dapatkah beliau mengetahui murid mana yang memahami pengajaran jika bukan melalui ujian? sesungguhnya sebaik-baik guru adalah ujian. jangan menyempitkan ujian itu sebagai perkara yang menyebabkan kesedihan. futur juga boleh datang dalam bentuk kebahagiaan. kamu ketawa sedangkan hatimu terbuka luas kepada hasutan was-was.

hati sudahkah kau penat?
setelah dua tiga anak tangga
kamu daki
tetiba ada sebongkah jasad menghalangimu
untungkah jika kamu berundur semula
sedang matlamatmu
masih tak kelihatan dek mata

perjalanan hidup itu jauh
tetapi jejaknya sebentar sahaja
umpama pelita yang ditiup apinya
akan hilang serta merta

Dekatkan diri dengan Allah. Jangan putus asa. Dekati orang berilmu. Jangan lupa mutabaah amal. Jangan banyak merungut. Muhasabah. Al quran. Doa. Usaha. Tawakkal.'

As-shabab asasu Taghyir
At-tarbiyyah wa takwin torikuna littamkin
Al-Ukhuwah sirru kuwattina
=)

Monday 17 November 2014

Undangan dari pintu kebenaran

Air dari segelas cawan, jika dituang akan mengalir jatuh ke tanah. Batu yang dilempar sekuat hati ke tengah lautan tidak ke mana bahkan akan jatuh ke dasarnya. ketetapan yang jitu itu bukti betapa manusia itu tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Khalifah tumbuh memegang pasak dari ruh islam sejak kecil. sedang mereka bergelar ahli fitrah. catatan ketetapan disebalik kisah seorang khalifah adalah mengikut ketetapan yang tercatit oleh-Nya. Apa yang dia jalani dalam kehidupan. Ketetapan hidup bukan hanya satu jalan sahaja malah ia tidak terkira kerana Allah Maha Kuasa. Kerana pada jalan Allah SWT sentiasa ada peluang disebalik cahaya, sedang tetamu yang terundang pada cahaya itu hanya sedikit sahaja dari mereka yakni golongan yang bersyukur

Ada yang berkata, "banyak dah usaha, tapi tak dapat pun", "saya dah buat ini dan ini, tetapi saya masih pulang dengan tangan kosong". sedangkan mereka datang dengan hati yang tiada isi. kosong dari niat untuk mengubah. Adakah sama kucing yang selalu makan friskies dengan kucing yang pandai tangkap ikan di sungai jika keduanya dilepaskan dalam hutan? sudah tentu kucing yang pandai tangkap ikan lebih mengetahui cara untuk hidup lebih daripada kucing yang dimanjakan dengan friskies. 

Sistem alam ada aturan-aturan. jika rosak walau satu dari aturan alam, maka rosaklah sistem seluruhnya. sedangkan Allah tidak menyukai yang melakukan kerosakan. Matahari juga mengikut aturan sistem, Ia bertasbih kepada Allah SWT. maka terbitlah ia di sebelah timur dan tenggelamlah ia di sebelah barat mengikut kehendak-Nya sedangkan manusia sahaja yang enggan mengikut kehendak Yang Maha Esa. 

Pengajaran:
1) Jangan tinggal solat
2) Jangan berat hati untuk mengejar kebaikan
3) Berubah kerana jika tidak kamu akan menjadi yang tidak berguna
4) jangan mudah terpedaya dengan aturan yang indah hanya di mata
5) hendaklah melatih diri, jangan terlalu manja 
6) banyak mendekati orang yang berilmu dan pada masa sama mengamalkan ilmu mereka
7) banyakkan melakukan amalan yang ringan 
8) istiqamah
9) jangan putus asa
10) seimbangkan diri dari sudut keperluan yang benar dan sahih
11) jaga anggota jasad dari dosa
12) jaga akal dari dosa
13) jaga roh dari dicemari dosa
14) latih anggota agar kuat 
15) latih akal agar cerdas
16) latih roh agar taat dan tsabit
17) yakin dan tawakkal dengan cara yang betul
18) Muhasabah
19) berdoa agar diberi kekuatan
20) jaga hubungan dengan manusia
21) dengan ibu bapa berbaktilah 
22) dengan jiran tetangga berbaktilah
23) ambil masa untuk dekati Allah melebihi masa mendekati dunia
24) jangan sempitkan definisi amalan yang mendekatkan diri kepada Allah
25) jangan mudah berhasad
26) jangan ikut nafsu
27) perlu menjaga lidah
28) sabar


Tuesday 4 November 2014

Langkah seribu

Dalam usia muda, hati masih sihat menghembus udara kerana penyakit masih belum ada. sentiasa merasa ingin membuat perkara yang boleh memuaskan hati jiwa dan raga. tidak berhenti merenung hiasan dunia kerana terdapat tujahan nikmat dari kalbu yang ingin merasa. dahaganya jiwa melangkah mencari kemanisan dalam usia yang bakal lanjut tua. Hati berkehendak anggota yang melangkah. 

Langkah seribu ke jalan tarbiah
menuju cahaya hidayah
biar jauh beberapa marhalah
sebagai penggembara kita berhijrah

Memang melangkah menyebabkan kita merasa perubahan. Malah dengan langkah dari anggota jasad kita boleh membuat perkara yang mendatangkan manfaat pada diri dan juga orang lain. dengan kata lain tindakan yang dilakukan merupakan pencetus kepada jalan berlakunya sesuatu konklusi. sepertimana ulat yang bertindak menggali lubang dalam tanah agar tidak boleh disambar burung. namun ia tidak menghalang tikus mondok untuk mencarinya dalam timbunan bumi. tindak-tanduk adalah sesuatu komponen yang perlu diberi pemerhatian terutamanya dalam proses mentarbiahkan diri.

Tindakan diperlukan untuk mengasimilasikan tarbiah. jika tiada persetujuan dalam hati untuk mencerna tarbiah, maka ia tidak boleh meresap sebagai zat yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain. tarbiah memerlukan niat kesanggupan untuk berubah bukan sekadar langkah yang kosong. langkah tarbiah adalah bermula dari niat untuk berubah. Setiap usaha yang baik adalah pintu untuk mendapat kesenagan hidup. Usaha yang tidak mempunyai kualiti akan menyebabkan keputusan yang didapati adalah tidak memuaskan. Jika dibuat dengan salah maka keputusan akan tiba tidak seperti yang dikehendaki. Kenapa berlaku kesalahan? kerana diri yang tidak cenderung untuk melakukan perubahan. Memulakan perkara tanpa aturan yang sepatutnya. 

Ada yang mahu memulakan usaha tarbiah. Tetapi tewas dengan diri sendiri akibat kesempitan ruang yang ada dalam hati. Dia merasa dunia sempit baginya sehinggakan terlupa bahawa akhirat akan lebih sempit lagi bagi mereka yang rugi. Sempit di sini saya bermaksud adalah peluang yang sempit. Jika kita menyempitkan peluang. Maka kita sebenarnya penyebab proses tarbiah itu berjalan perlahan. Lebih teruk lagi hubungan tarbiah antara manusia putus sehingga tiada lagi yang mengenal apa itu tarbiah. Sekarang ini, sudah jarang ada orang yang suka pada suasana yang baik dan tenang bebas dari kesempitan dunia. biarpun begitu ada segelintir juga yang membina suasana yang baik dan tenang itu disebalik kesempitan supaya terbuka ikatan yang membelenggu diri mereka.

Ilmu itu penting. Sebagai pengembara yang melangkah kaki ke dunia untuk mencari jalan pulang ke akhirat. tanpa ilmu maka pengertian tentang jalan yang kita lalui tidak dapat difahami. maka tujuan kita akan kabur kerana tidak mampu untuk yakin kepada apa yang ada disebalik pintu tarbiah. Memegang ilmu sahaja tidak cukup. Ilmu perlu diteliti hikmahnya. Ilmu juga perlu diiringi dengan amalan yang sahih. Ilmu biasa boleh dipelajari dengan akal fikiran, namun ada ilmu yang perlu dituntut dari mereka yang mengetahui. kerana akal menafsir ilmu dengan cara sendiri dan selalunya akan melihat jalan yang pendek dari jalan yang panjang. kerana melihat pada jalan yang pendek, sedikit sahajalah pemandangan indah yang dapat diteroka, sedangkan mereka yang dapat ilmu dari sanad (sumber atau guru) yang sahih maka banyaklah pemandangan indah dan lebih faham akan jalan yang dilalui tersebut.

Niat 
Tindakan
Usaha 
Tindakan lebih
Semak Pencapaian
Muhasabah
Usaha 
Ilmu
Menelaah ilmu
Mencari ilmu
Jangan putus
Selagi masih bernyawa

Mereka yang merasa puas sekadar dunia adalah golongan yang berputus asa pada nikmat Allah. Mereka mengira dunia itu kekal dan tidak memerlukan kebahagiaan akhirat yang sebenarnya kekal abadi selamanya. Mereka tidak mahu melangkahkan kaki melihat cahaya Allah yang bersinar di dunia bagi mereka yang mengharapkan pintu hidayah. 

Jangan Sesal
Jangan Kesal
Dengan siapa sebenarnya
Dan terbang tinggi
Di langit yang luas

Mencari Keredhaan Allah
 
Blogger Templates