Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday 8 March 2014

Syahadatul Haq..itulah sebenar-benar tuntutan


Kita sebagai manusia, telah menjunjung janji dari Allah SWT untuk memikul amanah sebagai hamba yang berserah diri (ibadah) dan khalifah (khairu ummah). Allah telah mencipta gumpalan-gumpalan kelompok manusia dari macam-macam jenis. Ada yang berbangsa cina, india, melayu dan lain-lain lagi. Di antara keriuhan-keriuhan manusia ada macam jenis pula. Ada yang mempunyai agama, ada yang tidak punya agama dan ada yang memakai agama semata-mata. Tetapi, terfikirkah kita, dalam kelompok yang ramai dan tidak terkira itu, Allah SWT telah menabalkan kita untuk terpilih sebagai seorang muslim, iaitu mereka yang memakmurkan alam dengan tugas amanah seperti yang saya sebutkan di atas.

Biar saya ungkapkan serba sedikit sejarah supaya jelas dapat di lihat. Rasulullah SAW setelah mendapat wahyu untuk menyebarkan agama Allah, Baginda SAW telah memilih Khadijah (wakil perempuan), Abu Bakar As Siddiq (Wakil golongan belia), Ali r.a. (Wakil remaja) dan Zaid bin Haritsah (Wakil hamba). Kenapa mereka yang terpilih? Sudah tentulah kerana merekalah golongan yang berkaliber dalam menyampaikan dakwah ayat-ayat Allah. Contohnya, Abu Bakar As Siddiq telah menarik 4 orang memeluk islam pada hari dia menyertai dakwah, dan seorang lagi sahabat keesokannya. Hal ini kerana beliau r.a. merupakan yang dipilih oleh Allah SWT.

Terfikirkah kita Allah SWT boleh saja mahu pilih orang lain. tetapi kita dipilih untuk menjadi seorang muslim di muka bumi. maka sedarlah yang kitalah penegak islam dan penyebarnya supaya seluruh umat manusia bersaksi dengan kalimah "aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Apa yang kamu faham tentang konsep syahadatul haq ini? adakah kamu muslim boleh lari dari tugasmu untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran beserta bertakwa kepada Allah SWT? Adakah kamu boleh kata yang kamu tiada bahagian dalam amanah Allah SWT hanya kerana kekurangan sedikit ilmu dari orang lain? Tidak, sesekali tidak..semua wajib melaksanakan amanah dari Allah SWT. mereka yang tidak mempunyai bahagian dalam tanggungjawab itu bakal menghadapi hari yang tiada pertolongan baginya.


عَنْ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Daripada Ibn Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Islam tertegak diatas lima (perkara); Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan berpuasa di bulan ramadhan. (Riwayat Bukhari)

Kita sebenarnya telah salah. kita di serang dengan serangan pemikiran daripada barat. iaitu serangan yang telah menyebabkan kita umat islam umpama buih-buih di lautan, umpama makanan yang terhidang di hadapan musuh-musuh Allah SWT. Dalam konsep persaksian sendiri pun manusia sering salah tafsir. Sepertimana hadis di atas, ada manusia yang pandai-pandai translate yang islam itu cuma pada lima perkara itu sahaja. sebenarnya islam itu tapaknya lima, terbina di atas tapak itu apa yang sebenarnya bakal di lihat Allah SWT kelak. seperti kerusi, memang tanpa tapak, kerusi itu tidak terbina. tetapi adakah kerusi itu wujud jika hanya tapaknya sahaja? fikirkanlah baik-baik bahawa lima perkara itu adalah basic kepada islam, bahkan yang terbina di atas asas foundation islam yang kukuh itulah individu yang mengamalkan islam sepenuhnya. contoh yang paling mudah saya boleh ambil ialah kita amalkan intipati dalam solat di luar solat. 

Kita sebagai umat akhir zaman, biarpun kita belum melihat Rasulullah SAW, namun baginda SAW tetap bersaksi ke atas kita yang kita telah terpilih untuk menyebarkan ayat Allah di muka bumi ini. Allah yang menjadi hakim akan menyoal kamu saksi-saksi yang terdiri dari orang islam, adakah kamu telah menyeru saudara kamu yang tidak mengetahui akan kebenaran? 


وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ 

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)


143.  وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ

عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ

الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى

اللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
  Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
[Al-Baqarah 2:143]

Rasulullah telahpun selesai amanahnya dan baginda akan menjadi saksi kepada persaksian kita semua. Dan sudah tentunya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa persaksian ini kepada mereka yang tidak mengetahui akan kebenaran supaya di hari akhirat nanti kita tidak di dakwa kerana kita menyembunyikan kebenaran yang perlu di luahkan.

Seorang Ulama besar di India pernah berkata, " If nobody tells me about the truth in islam, where that time I was not chosen and unable to understand it. I would say at the hereafter, O Allah! your so called Khairu Ummah does not even tell me this truth, that is why i'm being in kufr!" moga perkongsian ini bermanfaat. sharing is caring..moga mndapat lebih manfaat dengan berkongsi.. =)




0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates