Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 27 October 2014

Jurang tidak terisi

Berkelanalah sang pari-pari
mencari bunga kasturi
tujuh benua ditujah
tujuh lautan diredah
dari cicit sapi ditanya
hingga ke nenek kuda
dimana entahnya ia berada

Berceritalah sang serigala
akan kisah sekumpulan biri-biri
yang lapar mencari habuan
melata bersama 
menjenguk pucuk saderi
walhal sedikit sahaja didapati
biri pertama berkata
aku lebih tua semua ini aku punya

setelah itu
kumpulan biri sangatlah marah
lantas meninggalkan dia sendiri
sehinggalah diratah serigala 
kerana pucuk saderi
tergadai nyawa

Bermainlah Sang putera 
melambung kaca cantik
ke atas udara tingginya
asyik melihat kelipan cahaya
terbias dari kaca aneka warna

setelah itu
kaca jatuh pecah 
berderai serpihan menusuk mata
akibat lupa 
akan bahaya dunia

Datanglah wahai dunia
keramat nikmatmu isilah jiwa
nescaya tidak mampu 
melainkan sedikit sahaja 
Dengarlah hai kalbu
akan yang terkandung disebalik
jiwa yang miskin
dan jiwa yang kaya
semuanya termaktub
dalam kitab yang nyata




Monday 20 October 2014

Susunan

Saya seorang jurutera yang suka berfikir dan merenung. suka menceritakan dari pengalaman dan pendapat terhadap persepsi manusia serta adab mereka terhadap alam. sering menyampaikan sesuatu yang sepatutnya sudah diketahui umum. namun, sekadar nota kepada diri sendiri juga terhadap sahabat lain yang mampu mengambil manfaat dari tulisan hati ini.Untuk menulis hati perlu tenang, jauh dari kepentingan. kerana kalam yang tercela adalah dari lidah yang suka mengaut untuk dirinya sendiri. lidah adalah anggota yang sangat perlu dijaga.

Namun, lidah banyak menyebabkan manusia berubah perangai. hanya kerana tusukan lidah, hati manusia boleh berubah dari cerah menjadi malap. lidah walaupun tidak memercikkan darah sewaktu menusuk kalbu manusia, namun luka kesan dari itu menyebabkan perubahan kekal pada sifat manusia. kebanyakan manusia terkena penyakit degil kerana luka yang tidak pernah diubati dengan kemaafan, akibat infeksi dari kuman hasad dengki dan kemarahan yang bercambah dalam hati yang tercalar akibat hayunan lidah yang maut. Ada lidah yang menyelar leher mangsanya sehingga terkulai bersendirian akibat sedih dan sepi.

namun, dengan lidah ini jugalah kita memohon agar diberi keampunan dari Allah SWT, lidah ini jugalah kita gunakan untuk menyebut kalam Al Quran, lidah ini jugalah kita meluahkan isi hati kepada tuhan. sy pernah mendengar syeikh fahad al kandari berkata : "mungkinkah kamu mengharapkan Allah agar mengurniakan kamu hadiah anugerah yang termulia iaitu jawatan untuk menghafaz (menjaga) Al Quran. kamu melihatnya, membacanya dan bertafakur dengannya sedangkan mata, lidah dan akal fikiranmu tidak bebas dari dosa dan noda maksiat, tidak sama sekali tidak kamu mampu untuk mencampur antara yang hak dan batil!"

lidah anggota terbaik untuk manusia menggunakannya dengan tujuan yang terbaik sahaja. lidah yang tidak terjaga akan berterusan menjadi alat nafsu semata-mata. anggota yang paling disukai nafsu tidak lain tidak bukan adalah lidah. kerana melalui lidah manusia boleh menjadi liar. tanpa lidah manusia tidak boleh hidup kerana ia merupakan keperluan hidup untuk berinteraksi.

sekian sahaja untuk hari ini..kalau panjang sangat penat pulak nak baca kan ;)


Wednesday 8 October 2014

Musuh Naluri

Manusia ada naluri. Naluri sebagai seorang manusia menyebabkan mereka bertindak untuk menyukai seseorang sesuai dengan fitrah. Manusia juga mempunyai sikap suka bergantung dimana jelas bahawa kita tidak mampu untuk hidup tanpa ada belas kasihan mahupun kasih sayang. Kasih sayang yg terbesar dan teragung adalah datang dari Allah SWT. Kasih sayang yg besar juga hadir dari hati baginda Rasulullah SAW dan para nabi serta rasul-rasul-Nya. Kasih sayang ibu bapa dan keluarga. Juga kasih sayang isteri kepada suami dan sebaliknya. Kehendak manusia berlainan. Ada yang suka mengharap tindakan, ada yang suka mengikuti, ada yang suka menyelami dan ada juga yang suka mendengar serta memerhati. Tetapi kesemua kehendak yang berbeza itu hanya berpaksi kepada sifat memerlukan. sepertimana pokok perlukan cahaya matahari dan air untuk membuat makanan.

Manusia perlukan semua. Sahabat, musuh, tempat menyembah dan meminta pertolongan, keluarga. Tidak pernah ada manusia yg cukup dari segala keperluan. sedangkan seorang kaya yg mempunyai keluarga bahagia, badan yg sihat serta harta yg melimpah ruah pn tentu akan mencari keperluan yg lebih baik lagi dari yang sedia ada. Sifat keperluan sebenarnya menyebabkan manusia jadi keliru untuk membezakan keperluan sebenar dan juga keperluan yg sebenarnya tidak diperlukan


48. وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
Al-Maeda [5:49] 


Keperluan ada dua. Iaitu keperluan untuk mendekati dan keperluan untuk menjauhi. Keperluan untuk mendekati adalah kita membuat sesuatu yg boleh mendekatkan kita kepada kebaikan. Dengan kata lain kita memakmurkan bumi ini dengan kasih sayang kerana Allah SWT. Keperluan untuk dijauhi pula adalah kita mengelak atau mengubati segala rasa yang tersirat dalam jiwa untuk berada pada maqam yang lebih dari yang selayaknya untuk kita manusia yang lemah. Dengan kata lain, kita kena ingat bahawa lebih banyak lagi makhluk bahkan Allah SWT sendiri yang berada di maqam teratas sedang memerhatikan segala tindak tanduk dan kerja kita seharian.



107. أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
Al-Baqara [2:107] 

Musuh naluri adalah nafsu. Nafsu sentiasa menggunakan naluri sebagai alat untuk memuaskan dirinya. naluri umpama alatan kepada manusia. ia diajar oleh pengalaman. jika naluri terbiasa melakukan kejahatan maka mudahlah untuk seseorang itu terjebak kepada kejahatan kerana terdorong untuk melakukannya. jika naluri terbiasa untuk berlaku kebaikan maka senanglah jiwa mereka dalam ketenangan sewaktu mereka mengerjakan amalan yg baik. Naluri itu adalah alat yang mudah bengkok, jika bengkok susah untuk diperbetulkan balik. tetapi jika sudah diperbetulkan, kemungkinan untuk bengkok semula amatlah mudah. kerana itu naluri perlu dilatih untuk istiqamah. istiqamah dalam melakukan amalan baik agar selamat dari naluri yang tidak sihat.

Bertakwalah kepada Allah SWT.. Takutlah akan Allah SWT.. Menangislah kerana mahu dekat dengan Allah SWT..agar kamu beroleh ketenagan abadi..serta kejayaan di dunia dan di akhirat..
Doakan saya agar berjaya juga..
Amin...
Jazakallahu khairan kasira..
=)


 
Blogger Templates