Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 21 May 2013

BIAR SETIAP MASA PENUH BARAKAH


Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam dirafa’kan kepada kekasih Allah Muhammad Rasulullah SAW yang tercinta..

Para pemerhati dan pembaca yang saya hormati dan saya kasihi sekalian..
 Sebagai seorang yang belum terpisah rohnya daripada badan, kita sentiasa mempunyai banyak kerja, banyak yang perlu diucapkan, banyak yang perlu dibukukan dalam hati, banyak yang perlu didengar dan dipatuhi di dunia, Namun ketahuilah yang semua itu hanya ringan pada pandangan Allah. Dalam kesempitan masa ambillah walau secebis saat untuk bermuhasabah. Kerja yang banyak tidak menghalang untuk melakukan amalan kebajikan. Ucapan yang banyak juga tidak menghalang seseorang untuk mengucapkan kalimah yang baik-baik untuk memperingati antara satu sama lain. Walaupun banyak yang perlu dibukukan dalam hati, tentu masih ada banyak ruang kosong untuk di isi dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah dan hanya sedikit manusia mengetahuinya. Biarpun banyak prosedur-prosedur kerja yang perlu kita dengari dan patuhi. Itu tidak sesekali menghalang kita untuk mendengar, menilai dan mematuhi prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Allah dalam islam.

Setiap hari, dan dalam setiap jam dan dalam setiap minit dan dalam setiap saat dan dalam setiap jejak dan dalam setiap kelajuan cahaya masa itu adalah nikmat daripada Allah SWT. Udaranya yang hadir di situ pada waktunya.. seterusnya kita menghirup udara untuk bernafas.. seterusnya organ-organ dalaman kita menukarkan udara itu kepada udara yang lain.. seterusnya kita menghembuskan keluar udara tersebut.. dan kita dapat mengerjakan aktiviti dengan tenaga yang dijanakan daripada udara yang asalnya ditentukan Allah untuk wujud.. Cahayanya yang hadir di situ pada waktunya.. seterusnya ia memasuki selaput mata.. seterusnya ia dipantulkan oleh retina.. seterusnya ia menghasilkan imej.. dan cahaya yang berterusan masuk menyebabkan kita sentiasa dapat melihat keadaan sekeliling.. Daya refleksi yang hadir di situ pada waktunya.. akibat ransangan receptor-receptor.. seterusnya dibawa ke sistem saraf.. seterusnya diterjemahkan dan di saraf tunjang mahupun otak.. seterusnya di hantar kepada effector.. dan gerak balas dapat dijanakan untuk bertindak balas.. Dan macam-macam lagi..

Semuanya berlaku serentak.. Terlalu banyak nikmat yang terkandung walaupun satu saat itu di kerat beberapa bahagiannya seperti rambut yang dikerat sehingga hilang warnanya. Semuanya telah Allah sediakan kepada kita.. Maka janganlah kita sesekali lupa untuk menyediakan hati untuk cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menyediakan bekalan untuk mencapai cinta Allah SWTdan Rasulullah SAW.

Jadilah seorang insan yang ada islamnya, wujud imannya dan terpancar ihsannya. Janganlah menjadi seorang yang terlalu sibuk sehinggakan tak sempat menyebut kalimah Allah dalam dalam tempoh walaupun satu hari. Cuba kita bayangkan jika Allah menetapkan syarat dan harga kepada nikmatnya. Contohnya untuk satu minit bekalan udara perlu bagi seribu dinar, ataupun bekalan cahaya satu minit dengan seribu dinar, ataupun bekalan daya refleksi satu minit dengan seribu dinar.. sudah tentu tiada manusia yang mampu untuk hidup di muka bumi ini. Jangan berdegil sangat dengan Allah SWT.

Ada satu riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata kepada iblis: "Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya. Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau lakukan."

Akhirnya, syaitan pergi dan mendatangi tanah Nabi Ayub dan berbagai tanaman dan kenikmatan yang dimilikinya. Kemudian syaitan itu menghancurkan semuanya. Keadaan Nabi Ayub pun berubah dari puncak kekayaan ke puncak kefakiran. Kemudian syaitan menunggu apa tindakan Nabi Ayub. Nabi Ayub berkata: "Oh musibah dari Allah s.w.t. Aku harus mengembalikan kepada-Nya amanat yang ada di sisi kami di mana Dia saat ini mengambilnya. Allah s.w.t telah memberi kami nikmat selama beberapa masa. Maka segala puji bagi Allah s.w.t atas segala nikmat yang diberikannya, dan Dia mengambil dari kami pada hari ini nikmat-nikmat itu. Bagi-Nya pujian sebagai Pemberi dan Pengambil. Aku dalam keadaan redha dengan keputusan Allah s.w.t. Dia-lah yang mendatangkan manfaat dan mudarat. Dia-lah yang redha dan Dialah yang murka. Dia adalah Penguasa. Dia memberikan kerajaan kepada siapa yang di kehendaki-Nya, dan mencabut kerajaan dari siapa yang dikehendaki-Nya; Dia memuliakan siapa yang dikehendaki-Nya dan menghinakan siapa yang dikehendaki- Nya." Kemudian Nabi Ayub sujud dan Iblis tampak tercengang melihat pemandangan tersebut.

Lalu syaitan kembali kepada Allah s.w.t dan berkata: "Ya Allah, jika Ayub tidak menerima nikmat kecuali dengan mengatakan pujian, dan tidak mendapatkan musibah kecuali mendapatkan kesabaran maka hal itu sebagai bentuk usahanya kerana ia mendapatkan anak. Ia mengharapkan dengan melalui mereka kekayaannya meningkat dan melalui mereka ia dapat menjalani kehidupan yang lebih mudah." Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t membolehkan bagi syaitan untuk berbuat apa saja kepada anak-anak Ayub. Kemudian syaitan menggoncangkan rumah yang di situ anak-anaknya tinggal sehingga mereka semua terbunuh. Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog kepada Tuhannya dan menyeru: "Allah memberi dan Allah mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu."

Iblis kembali menemui Allah s.w.t dan mengatakan bahawa Ayub dapat bersabar kerana badannya sehat. Seandainya Engkau memberi kekuasaan kepadaku, ya Rabbi, untuk mengganggu badannya nescaya dia akan berhenti dari kesabarannya. Riwayat mengatakan bahawa Allah s.w.t menginzinkan syaitan untuk mengganggu tubuh Ayub. Dikatakan bahawa syaitan memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.

Melihat pemandangan itu, amarah syaitan semakin meningkat namun ia tidak mengetahui apa yang harus dilakukannya. Di sini syaitan mengumpulkan para penasihatnya dari pakar-pakar dan ia menceritakan tentang kisah Ayub dan meminta mereka mengeluarkan pendapat—setelah ia menyampaikan rasa putus asanya saat menggodanya atau mencuba menghilangkan sifat sabarnya dan syukurnya.

Salah seorang syaitan berkata: "Sungguh engkau telah mengeluarkan Adam bapak manusia dari syurga, lalu dari mana engkau mendatanginya? Oh, yang engkau maksud adalah Hawa?" Terbukalah di hadapan Iblis suatu ide yang baru. Lalu ia pergi ke isteri Ayub dan memenuhi hatinya dengan rasa putus asa sehingga ia pergi ke Ayub dan berkata padanya: "Sampai kapan Allah s.w.t menyiksamu? Di mana harta, keluarga, teman dan kaum kerabat? Di mana masa jayamu dan kemuliaanmu dahulu?"

Mendengar perkataan isterinya itu, Nabi Ayub menjawab: "Sungguh engkau telah dikuasai oleh syaitan. Mengapa engkau menangisi kemuliaan yang telah berlalu dan anak yang telah mati?" Perempuan itu berkata: "Mengapa engkau tidak berdoa kepada Allah agar Dia menghilangkan cubaan darimu dan menyembuhkanmu serta menghilangkan kesedihannmu?" Nabi Ayub berkata: "Berapa lama kita merasakan kebahagiaan?" Isterinya menjawab: "Delapan tahun." Ayub berkata: "Berapa lama kita mendapat penderitaan?" Isterinya menjawab: "Tujuh tahun." Ayub berkata: "Aku malu jika aku meminta agar Allah s.w.t melepaskan penderitaanku ketika aku melihat masa kebahagiaanku. Sungguh imanmu tampak melemah dan keputusan Allah s.w.t membuat hatimu menjadi sempit. Seandainya aku sembuh dan kembali kepada kekuatanku, nescaya aku akan memukulmu dengan seratus kali pukulan dari tongkat. Sejak hari ini, aku tidak memakan dari makananmu dan dari minumanmu atau memerintahkanmu untuk melakukan suatu urusan. Maka pergilah kau dariku."

Akhirnya, isteri Nabi Ayub pergi sehingga Nabi Ayub tinggal sendirian dalam keadaan sabar menanggung penderitaannya. Penderitaan yang seandainya ditimpakan kepada gunung nescaya gunung tidak akan mampu menahannya. Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas kasih kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan akhirnya, doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang popular berkenaan dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.

Menurut hemat kami riwayat ini palsu kerana ia sesuai dengan teks Taurat yang menjelaskan sakitnya Nabi Ayub. Begitu juga kami tidak menerima jika dikatakan bahawa penyakitnya sangat buruk sekali yang menyebabkan masyarakat lari darinya sebagaimana dikatakan oleh dongeng-dongeng kuno. Bagi kami, riwayat semacam itu bertentangan dengan kedudukan kenabian. Yang perlu kita perhatikan dan perlu kita pastikan adalah apa-apa yang telah disampaikan oleh Al-Quran berkenaan dengan cerita Nabi Ayub. Al-Quran adalah kitab satu-satunya yang pasti benar yang tiada kebatilan di depan dan di belakangnya.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)

Kita telah memahami bahawa Nabi Ayub adalah hamba yang soleh dari hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t menginginkan untuk mengujinya dalam hartanya, keluarganya, dan badannya. Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang fakir setelah sebelumnya ia termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya sehingga ia merasakan erti kesunyian dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa menderita kerananya, tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap bersyukur kepada Allah s.w.t.

Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya, rasa sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau mendapat cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada beliau salah satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar di relung hatinya; fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang engkau rasakan oleh kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar dalam satu hari saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian manusia-manusia berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya nescaya ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Fikiran syaitan itu berputar di sekitar hati Nabi Ayub seperti berputarnya lalat di musim panas di sekitar kepala manusia, namun beliau mampu menghilangkan fikiran ini dan sambil tersenyum kepada dirinya beliau berkata: "Keluarlah hai syaitan! Sungguh aku tidak akan berhenti bersabar, bersyukur, dan beribadah." Akhirnya, fikiran jahat itu dengan rasa putus asa keluar dari akal Nabi Ayub. Nabi Ayub duduk dalam keadaan marah kerana syaitan berani untuk mengganggunya. Beliau membayangkan bahawa boleh jadi syaitan berani menggodanya dengan memanfaatkan kesendiriannya, penderitaannya, dan penyakitnya.

Isteri Nabi Ayub datang dalam keadaan terlambat dan mendapati Nabi Ayub dalam keadaan marah. Isterinya itu menutupi kepalanya dengan suatu kain tertutup. Isteri Nabi Ayub menghadirkan atau menghidangkan makanan yang baik untuknya. Nabi Ayub bertanya padanya: "Dari mana engkau mendapati wang?" Nabi Ayub telah bersumpah akan memukulnya seratus kali pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh, tetapi kesabarannya sungguh sangat luas seperti sungai yang besar. Dan di waktu sore, setelah mengetahui kehalalan makanan yang dihidangkan, beliau pun memakannya. Kemudian Nabi Ayub keluar menuju ke gunung dan berdoa kepada Tuhannya.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: 'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan' (Allah berfirman): 'Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayuh) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 41-44)

Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan padanya di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana pengaruh syaitan.

Demikianlah pemahaman yang sesuai dengan kemaksuman para nabi dan kesempurnaan mereka. Allah s.w.t memerintahkan beliau untuk mandi di salah satu mata air di gunung. Allah s.w.t memerintahkannya agar beliau minum dari mata air ini. Kemudian Nabi Ayub melaksanakan perintah ini dan mandi serta minum. Belum lama beliau minum pada tegukan yang terakhir sehingga beliau merasakan sehat dan sembuh sepenuhnya dari penyakitnya. Kemudian suhu panas dalam tubuhnya pun kembali normal seperti biasanya. Allah s.w.t memberikan kepada Ayub dan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka suatu rahmat dari sisi-Nya sehingga Nabi Ayub tidak kembali sendirian. Allah s.w.t memberinya berlipat-lipat kekayaan dan kemuliaan dari sisi-Nya sehingga Ayub tidak menjadi fakir.

Nabi Ayub kembali mendapatkan kesehatannya setelah lama merasakan penderitaan dan sakit; Nabi Ayub bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau telah bersumpah untuk memukul Isterinya sebanyak seratus pukulan dengan tongkat ketika beliau sembuh. Sekarang beliau sembuh maka Allah s.w.t mengetahui bahawa beliau tidak bermaksud untuk memukul Isterinya. Namun agar beliau tidak sampai melanggar janjinya dan sumpahnya, Allah s.w.t memerintahkannya agar segera mengumpulkan seikat ranting dari bunga Raihan yang berjumlah seratus dan hendaklah beliau memukulkan itu kepada isterinya dengan sekali pukulan. Dengan demikian, beliau telah memenuhi sumpahnya dan tidak berbohong. Allah s.w.t membalas kesabaran Ayub dan memujinya dalam Al-Quran sebagaimana firman-Nya:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Monday 20 May 2013

Huraian surah Al Waaqiah Ayat 63-74

63. أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَحْرُثُونَ
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
64. 
أَأَنْتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
65. لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
66. إِنَّا لَمُغْرَمُونَ
(Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
67. بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ
Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil)
68. أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
69. ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?
70. لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
71. أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
72. ءَأَنْتُمْ أَنْشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنْشِئُونَ
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?
73. نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِلْمُقْوِينَ
Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.
74. فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

Ayat 63-67 : Allah menyuruh manusia supaya memerhatikan tanaman yang mereka tanam, merekakah yang menumbuhkannya ataupun Allah? Tidak syak lagi bahawa tugas manusia hanya membajak tanah dan menanam benih, sedangkan yang menumbuhkannya adalah Allah SWT. Allah lah yang mengaturkan perjalanan hidup tanaman yang ditanam itu, yang tidak dapat dibayangkan oleh akal, iaitu satu perjalanan yang menakjubkan dan tidak dapat digambarkan bahawa dalam biji tanaman itu terdapat batang pokok, daun-daun dan tangkai yang mengeluarkan buah-buah.

Begitu jugalah kehidupan sesudah mati itu amatlah mudah bagi Allah untuk melakukannya, sama seperti menghidupkan biji yang sudah kering dan mati.

Ayat 68-70 : Allah menyuruh manusia berfikir, kehidupan setiap makhluk hidup di atas bumi ini bergantung kepada air, soalnya siapakah yang mendatangkan air yang diminum itu? Air hujan yang turun, kemudian meresap ke bumi, seterusnya menjadi telaga dan mata air untuk bekalan hidup seluruh makhluk. Kitakah yang menurunkan hujan itu atau Allah? sudah tentu Allah yang menurunkannya.

Para ahli sains menjelaskan proses terjadinya hujan bermula dari pengewapan air laut kerana panas matahari, kemudian wap air berkumpul di atas awan, lalu turunlah air laut menjadi hujan. Namun, bagaimanakah wap air laut naik ke atas awan?

Pengalaman Hamka, penulis tafsir al-Azhar, ketika beliau berlayar pada tahun 1954 dari tanjung pinang ke singapura, beliau berkata :

" Kira-kira pukul 2 siang, kelihatan langit menjadi keruh kerana awan yang telah nampak berkumpul-kumpul kehitaman, tapi belum tebal menghitam benar. Lalu tiba-tiba datang angin ribut yang agak besar, sehingga lautan yang kami layari agak besar ombaknya. Dan dalam waktu yang tidak lama kelihatan awan tadi menurun (menyerupai) "lidah" raksaksa yang menukik ke bawah dan kedengaran suara sebagai bunyi mesin di sebuah pabrik (kilang) besar. Lalu kelihatan pula awan tadi naik ke atas sesudah menjulurkan lidahnya ke dalam laut tadi. Dia naik kembali dan dengan kencangnya pula dia menuju berarak ke daerah sebelah selatan, iaitu semenanjung tanah melayu. di sana kelihatan dia menjadi awan tebal lalu jatuh jadi hujan. Kelihatan dengan nyata sekali bahawa awan yang turun sebagai lidah raksaksa tadi dan naik kembali ke udara dengan bunyi yang dahsyat itu ialah awan yang menarik air laut, dan di bawa ke daerah lain. Di daerah lain itu baru dia turun sebagai hujan. Dan waktu yang dipakai untuk menyauk air laut itu tidak lama, tidak cukup setengah jam, mungkin hanya sekitar seperempat jam sahaja, jelas hujan turun di daerah yang kita namai Malaysia."

Begitulah proses terjadinya hujan yang disaksikan sendiri oleh Hamka. Siapakah yang memerintahkan awan untuk menyauk air laut itu? siapa pula yang memerintahkannya pergi ke daerah tertentu untuk menurunkan air laut sebagai hujan? Air laut yang disauk oleh awan itu adalah masin, namun dalam beberapa minit sahaja diturunkan sebagai hujan yang tawar. Siapa yang menjadikan air laut itu masin dan siapa yang menjadikan air hujan itu tawar??

Ayat 71-73 : Ayat ini membawa maksud bahawa api yang kamu perolehi dengan menggosok-gosokkan kayu yang kamu ambil dari dahan pohon sebagai pemetik api sehingga dapat mengeluarkan api. Orang arab di masa lampau menggunakan dua jenis kayu untuk keperluan ini iaitu, kayu al Marh dan kayu al 'Ifar. Apabila masih hijau, lalu digosokkan antara satu sama lain, maka keluarlah percikan api dari keduanya.

sejarah manusia menemui api merupakan satu peristiwa yang amat besar. Tetapi kini api telah menjadi suatu perkara yang terlalu biasa dan tidak lagi menarik perhatian. Memang manusia yang menyalakan api, namun siapakah yang menciptakan bahan bakarnya? di sana ada satu perkara yang menarik perhatian apabila Al Quran menyebut "pokok kayu api".

Allah menjadikan api itu sebagai peringatan bagi manusia. apa maksud peringatan tersebut? Mujahid dan Qatadah mengatakan bahawa yang dimaksudkannya ialah untuk mengingatkan manusia akan api yang besar iaitu api neraka. Api juga dijadikan Allah sebagai penerang bagi para musafir.

Ayat 74 : Dengan kemajuan sains dan teknologi yang diberikan Allah kepada manusia pada ketika ini, bahan bakar tidak lagi berbentuk kayu, kita manggunakan minyak, gas dan api elektrik. Para musafir berjalan menggunakan kereta, kapal laut, kapal terbang dan lain-lainnya di mana bahan bakarnya berupa minyak dan gas. Kita kini diterangi dengan lampu minyak dan elektrik, bukan dengan api yang menyala membakar kayu api. Begitulah kehidupan manusia, dari satu generasi ke generasi semakin senang berkat kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Sudah sepatutnya kita bertasbih memuji nama Allah dan bersyukur kepada Nya

BIAR SETIAP LANGKAH PENUH BARAKAH


Berbanyak-banyaklah kita beristighfar kepada Allah,Perbanyakkanlah meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan peluang yangsentiasa terbentang untuk kita mengucapkan kalimah-kalimah yang menyempurnakanhidup.

Maha suci Allah yang menyucikan hamba-hamba Nya daripadadosa walau satu titik. Kerana belum pasti yang setitik itu sedikit. Padahaldosa yang setitik itulah menjadi sebab kita dibakar api neraka. Memang, kalausatu titik dakwat jatuh atas pakaian kita sudah tentu kita rasa gelisah sebabia mengotorkan pakaian kita. Lebih merimaskan lagi kalau satu bekas dakwatjatuh atas pakaian, sudah tentu kita akan rasa tidak senang sebab kena belipakaian lain.

Ya, Dosa itu apabila dititikkan atas hati, maka hati akan kotor.Jika kita tidak mengendahkan kekotoran itu maka lama-lama hati akan berkarat.Semakin banyak dosa semakin cepatlah hati berkarat. Apabila sebahagian besarhati dipenuhi karat, maka hati itu tentu akan menjadi keras. Memang macamitulah semuanya diatur. Kita tidak mampu mengubahnya.

Sedangkan kita suka memilih kebendaan mengikut citarasa.Dengan angan-angan dan ketaksuban diri, kita rasa semua itu perkara biasa. Kitaanggap itu satu daripada jalan hidup seorang manusia. Sedangkan itu hanyafirasat nafsu dan bisikan syaitan yang menipu tanpa kita sedari. Sedangkanbisikan daripada iman tidak tersampai untuk didengari dengan sebab ketaksubanyang membawa kita jauh daripada keberkatan.

Angan-angan itu satu musuh daripada 4 penghulu sifat-sifatyang menjadi musuh utama setiap manusia. Tidak dapat tidak, wajib ke atassetiap individu untuk menentang kemaraan sifat angan-angan dalam dirimasing-masing. Kita jangan anggap yang angan-angan itu perkara yang biasa danfitrah sedangkan angan-angan itu sendiri mampu menyebabkan kita menyalahifitrah yang Allah tetapkan kepada manusia.

Kalau betul mahu keberkatan hidup, jauhilah sifatangan-angan. Banyakkan membaca dan memahami serta mengamalkan ayat demi ayatdalam Al Quran dan banyakkan mengingati mati iaitu zikrulmaut kerana iamerupakan penawar syifa daripada hati-hati yang berkarat. Biar setiap langkahhidup kita dipenuhi dengan keberkatan, jangan hanya dipenuhi dengan angan-anganyang kosong dan penuh dengan kekosongan.
Siapakah kita untuk memenuhi kehidupan sedangkan kehidupandan kematian itu rahsia Allah. Jangan sangka kayu yang hanyut dibawa arussungai mengalir tidak akan tersangkut pada celahan batu dan mereput. Sedangkankayu yang dikayuh oleh seorang insan yang berhati-hati pun boleh hanyut. Dansentiasalah ingat bahawasanya Allah lah sebaik-baik pengisi kehidupan.BIAR SETIAPLANGKAH PENUH BARAKAH
 
Blogger Templates