Dunia ini pun tiadalah bezanya dengan hal tersebut. Manusia diberi masa untuk mempersiapkan diri mereka dengan perhiasan yang sesuai sebelum mereka dijemput oleh Allah untuk kembali ke alam asal mereka iaitu alam akhirat. Perjalanan ke alam akhirat itu amatlah jauh dan tidak boleh dicapai oleh akal manusia sendiri. Maka dengan itulah wajib bagi kite untuk mempersiapkan diri kita dengan persiapan-persiapan selengkapnya sebelum menghadap Allah di alam akhirat yang telah mencipta kita daripada pati tanah iaitu air mani yang hina menjadi insan yang bergelar manusia.
Persiapan itu bukanlah mempersiapkan diri pada zahirnya seperti memakai pakaian yang kemas malah persiapan diri yang sebenarnya untuk ke alam akhirat supaya kita dapat menghadap Allah dengan keredhaan-Nya ialah berupa pakaian takwa, perhiasan amalan-amalan soleh, aksesori al quran dan assunah serta perkara2 yang dituntut dalam agama islam. Kita juga mesti menjauhi daripada pakaian munafiq, perhiasan maksiat, aksesori amalan yang menurut syaitan dan hawa nafsu serta perkara2 yang ditegahkan dalam agama islam. Sesungguhnya allah tidak akan melihat seseorang manusia pada zahirnya iaitu hartanya, kekuatannya, kemewahannya dan kesempurnaan mereka malah Allah akan menilai hamba-Nya melalui kekayaan hati, kekuatan jiwa, kemewahan iman dan kesempurnaan taqwa yang ada pada seorang hamba Allah itu.
2. | الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ | |
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Al Mulk :2 |
Justeru, marilah kita sama2 mempersiapkan diri kita dengan sebaik-baik persiapan sebelum kita akan menghadap Allah di kemudian hari. Dan ingatlah, kepada Allah sahajalah tempat kita kembali...
0 comments:
Post a Comment