Jelaslah dalam ayat ini bahawa antara sifat orang yang bertakwa ialah mereka yang mengorbankan hartanya pada jalan Allah, menahan kemarahannya iaitu sentiasa bersabar dan memaafkan kesalahan orang-orang lain.
Manusia itu sering terikat dengan sunnatullah. Semestinya mereka sentiasa dibelenggu oleh rantaian dosa yang sentiasa berada pada hati mereka. Ketahuilah bahawa dunia itu ialah satu penjara, dimana manusia digari dan dibelenggu dengan dosa. Allah memasukkan manusia ke dalam penjara(dunia) untuk menguji pada tahap manakah mereka akan melaksanakan pengabdian diri mereka kepada-Nya dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.
Maka bagi mereka yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Menjauhi Larangan-Nya, mereka akan dibebaskan daripada belenggu itu dan dipulangkan ke syurga iaitu tempat kediaman sebenar bagi umat manusia. Bukankah Nabi Adam itu berasal daripada syurga. Maka mereka yang meninggalkan perintah Allah dan Melakukan larangan-Nya akan dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu hukuman dimasukkan ke dalam neraka kerana apa yang telah mereka lakukan.
Jadi, Janganlah kita menyalahkan seseorang walaupun dosanya terhadap kita terlalu besar sehingga menyebabkan trauma kerana tiada satupun manusia yang akan terlepas daripada dosa. Malah, Allah itu Maha Pengampun dan Berhak mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya. Tidakkah kita sentiasa memohon ampun dosa kita dengan Allah ? Bagaimana jika Allah tidak menerima taubat kita sebagaimana kita yang enggan memaafkan orang lain? Tidakkah kita akan berasa terlalu sedih dan kecewa...
149. | إِنْ تُبْدُوا خَيْرًا أَوْ تُخْفُوهُ أَوْ تَعْفُوا عَنْ سُوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا | |
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. An-Nisa' 143 |
Janganlah biarkan hatimu dikuasai dendam yang mendalam kerana ia boleh meyebabkan hati kita semakin terluka. Dendam dan kebencian tidak mungkin akan memuaskan hati atau mengubati hati seseorang manusia. Terimalah kesilapan sahabatmu, maafkanlah dia dan sentiasalah menolong mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Janganlah menyombongkan diri dengan meminggirkan sahabat yang berada dalam kesusahan dan kekecewaan yang menghantui hati mereka. Hal ini demikian kerana, mereka mungkin berada dalam keadaan buntu dan kekeliruan. Juga, janganlah menceritakan aib mereka kerana Allah melaknat mereka yang menceritakan aib orang yang telah menyesal akan perbuatannya.
Jika kamu orang mukmin maka maafkanlah saudara se islam mu itu. Janganlah kamu berani mengaku sebagai seorang islam jika kamu tidak mampu memaafkan sahabatmu itu kerana islam itu ialah satu jemaah. Saya sendiri amat membenci mereka yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain yang telah menyesal akan perbuatannya. Jadi mengapakah manusia yang pemaaf menjadi semakin pupus ditelan oleh dendam dan cemuhan yang tertanam dalam lubuk hati? Adakah mereka cukup bahagia untuk hidup dalam dendam yang di benci oleh Allah dan Rasulullah? BAHAGIAKAH KAMU HIDUP DALAM DENDAM MU ITU????
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2218. Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaaf, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawadhuk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah menaikkan darjatnya." |
0 comments:
Post a Comment