Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday 14 January 2012

Sahabat

Apakah sahabat bagimu? Adakah sahabat itu sekadar perantaraan bagimu untuk beroleh kebahagiaan duniawi seperti meminta tolong sahabat karib untuk mencari girlfriend? Apakah tujuanmu bersahabat dengan makhluk Allah? adakah kamu bertujuan untuk memuaskan hawa nafsumu yang sentiasa dahaga kepada serakah syahwat?

Ketahuilah bahawa sahabat itu ada dua jenis iaitu sahabat zahiriah dan sahabat batiniah. Sahabat Zahiriah ialah sahabat dari kalangan manusia biasa yang kita boleh berinteraksi dengannya. Adapun Sahabat Batiniah pula ialah sahabat dari Hati seseorang itu sendiri seperti nafsu, akal dan iman. Dalam bersahabat kita mestilah menilai setiap perbuatan, perkataan, hati dan perasaan mereka supaya kita dapat mengetahui pada tahap manakah pengaruhnya dapat memberikan impak kepada keperibadian diri kita.


67. الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).                                                                                                                        Az-Zukhruf [43:67] 




Rasulullah SAW pernah bersabda :“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” (hadis riwayat muslim)


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”


Sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW dan Ahli Sunnah Wal Jamaah kita mestilah berhati-hati dalam bersahabat. Janganlah memaksa diri untuk bersahabat dengan orang munafik, fasik mahupun kafir jika imanmu tidak cukup kuat dan dirimu mudah dipengaruhi orang lain. Hal ini demikian kerana, jika kita tidak mempunyai kekuatan jiwa dan pegangan itikad iman yang teguh, pasti kita akan larut dalam laut kejahilan yang bakal menyesatkan kita dikemudian hari sebagaimana gula yang dilarut oleh air. Gula ini bersifat mudah terlarut dalam air dan apabila ia sudah terlarut dalam air maka kita sudah tidak boleh mengeluarkannya daripada air itu kecuali dengan proses penyejatan, pendidihan dan crystalization yang turut memerlukan tenaga haba yang banyak.

Walaubagaimanapun setiap perbuatan kita diukur pada niat. Maka sentiasalah berusaha untuk memperkukuhkan niat persahabatan kita kerana untuk memelihara hubungan kita dengan Allah SAW.

حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏عبد الوهاب الثقفي ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏أيوب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي قلابة ‏ ‏عن ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏رضي الله عنه ‏‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال:[‏ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله ورسوله  أحب إليه مما سواهما
وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن ‏ ‏يقذف ‏ ‏في النار] رواه البخاري


"Dari Anas bin Malik r.a dari Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara yang sesiapa yang ada padanya nescaya ia memperolehi kemanisan iman iaitu ia kasih kepada Allah dan Rasulnya melebihi yang lain, dan ia kasih kepada seseorang semata-mata kerana Allah dan ia amat benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci sekiranya ia dicampak ke dalam api neraka." (Diriwayatkan oleh Bukhari)


Ambillah sebanyak mana pengajaran dan teladan daripada sahabatmu itu supaya dirimu sentiasa dekat dengan Allah supaya kita tergolong daripada orang yang beriman.



0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates