Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 18 June 2013

Huraian surah Al Waaqiah Ayat 45-50


45.  إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
  Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
46.  وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنْثِ الْعَظِيمِ
  Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
47.  وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
  Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
48.  أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
  Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?
49.  قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ
  Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
50.  لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ
  Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum.

Ayat 45 : Golongan kiri ini semasa di dunia, hidup dalam kesenangan, dilimpahi kemewahan dan mengejar kesenangan diri, tanpa mengambil berat apa yang disampaikan kepada mereka oleh para rasul. Mereka menikmati pelbagai makanan dan minuman yang lazat-lazat serta tinggal di dalam rumah yang mewah dan besar. Golongan ini juga mendapat kedudukan mulia serta disanjung pada ketika itu. Mereka tenggelam dalam arus syahwat, sehingga tidaklah hairan jika mereka diazab di akhirat dengan hal-hal yang berlawanan dengan nikmat yang mereka perolehi di dunia ini.

Ayat 46 : Ibn kathir menerangkan bahawa maksud وَكَانُوا يُصِرُّونَ  ialah bersikap keras dengan tidak mahu bertaubat. Manakala  الْحِنْثِ الْعَظِيمِ  bermaksud kafir kepada Allah dan menjadikan berhala sebagai tuhan selain Allah. Ibn 'Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan dosa besar dalam ayat ini ialah mempersekutukan Allah. Hal yang sama telah dikatakan oleh Mujahid, 'Ikrimah, Al-Dahhak, Qatadah, Al-Suddi dan lain-lainnya. Namun Al-Sha'bi mengatakan bahawa yang dimaksudkan dosa besar tersebut ialah sumpah palsu. Apapun dosa besar yang dimaksudkan ialah jelas mereka terus melakukannya dan tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT.

Ayat 47-48 : Ayat ini menerangkan sebab golongan kiri diseksa dalam neraka. Golongan ini mendustakan hari kebangkitan. Bagi mereka tiada kehidupan selepas kematian dan tidak mungkin setelah daging-daging menjadi tanah dan tulang-temulang telah hancur begitu lama akan dibangkitkan semula. Pada ayat lain di terangkan keyakinan mereka terhadap hari berbangkit itu :

24.  وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُمْ بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
  Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.
Al-Jathiya [45:24] 

Ayat 49-50 : Keyakinan mereka itu disangkal oleh Allah SWT dalam ayat ini. Di sinilah Allah menegaskan bahawasanya seluruh manusia, dari golongan bani Adam, akan dikumpulkan pada hari kiamat.

Monday 17 June 2013

Amal

Dari Abu Umamah r.a berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Pesuruh Allah! Apakah itu iman? Baginda SAW menjawab: Apabila kamu berasa gembira dengan amal kebaikanmu dan kamu merasa benci dengan amal keburukanmu, maka kamu adalah seorang yang beriman (mukmin). (HR Al-Hakim)


133. 

۞ وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;
Aal-e-Imran [3:133] 



119. 

قَالَ اللَّهُ هَٰذَا يَوْمُ يَنْفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.
Al-Maeda [5:119] 

Ucap syukurlah kita kepada Allah yang telah memberikan kita nikmat yang paling tinggi daripada nikmat-nikmat yang tinggi iaitu nikmat iman dan islam. Tanpanya sudah tentu kita tidak selamat dan sejahtera daripada azab yang menimpa mereka yang tidak mensyukuri nikmat islam dan iman.

Seorang manusia mempunyai banyak teman dalam hidupnya. Dan salah satu teman karibnya yang akan menemaninya sehingga ke hari akhirat ialah amal. Bukannya Muhammad amal.. Tapi amal perbuatan kita di dunia.. Itulah satu daripada peneman setia kita di akhirat. Amal kita di dunia ini lah yang akan menjadi saksi kepada Allah tentang apa yang kita kerjakan.. Bukankah amal itu ialah makhluk Allah??

Maka mereka yang mengerjakan amal yang soleh, akan mendapat teman yang soleh di akhirat.. Manakala mereka yang beramal dengan amal yang buruk akan mendapat teman yang buruk di akhirat. Contohnya, amal membaca Al Quran. Bagi mereka yang menjadikan Al Quran sebagai teman sejati mereka, membaca, memahami, bermuhasabah dan beramal dengan apa yang terdapat dalam Al Quran maka bagi mereka teman sejati di akhirat yang menjadi saksi kepada Allah bahawa kita melakukan amal soleh di dunia. Bagi mereka yang langsung tidak mengendahkan Al Quran, membacanya dengan tiada rasa ingin beramal dengan isi kandungannya dan yang sewaktu dengannya, akan didakwa oleh Al Quran yang menjadi saksi bahawa mereka tidak melakukan amal soleh di dunia.

Melakukan amal soleh tidak merugikan malah ia menguntungkan kita. Buatlah amal soleh dengan istiqamah dan jangan putus asa untuk memperbaiki amal kita seharian. Sentiasa lah check in diri anda supaya anda tidak melakukan kesalahan dan minta maaflah jika buat salah dengan orang lain. Kerana amal itu makanan kepada sifat zalim kepada orang lain. Cuba bayangkan jika di akhirat, kita mempunyai pahala amal soleh yang bergunung-gunung tetapi semuanya habis digunakan untuk membayar  ‘hutang’ kita terhadap orang lain. Maka tunaikanlah hak orang lain dengan tidak menzalimi mereka. Kepada pihak yang kena zalim pun hendaklah memaafkan dengan mudah kerana memaafkan itu juga amal soleh yang boleh menjadi saksi di akhirat nanti.

Jangan pandang remeh dengan amal soleh.. Sedangkan orang yang beriman dan beramal solehlah yang dapat menetap dalam syurga. Di mana kita dapat bersujud berdepan-depan dengan Allah, dapat bertemu Rasulullah, dapat bermesra dengan zaujah-zaujah dan bidadari dan lain-lain lagi. Jadi set lah in your mind that amal soleh is important in our daily lives.

Konklusinya, amal soleh yang baik menyebabkan kita mendapat sakinah manakala amal soleh yang buruk menyebabkan kita mendapat kutukan laknat. Maka lakukanlah perkara yang baik kerana itu ialah amal soleh yang baik.
=)


Thursday 13 June 2013

Just Happened To be

Not a thing
To Ask
Neither something
That demise
It just
Happened to be
A twist
Of life

Not really necessary
To say
Neither needed
Pieces of advice
It just
Happened to be
A nature
Of heart

Not really serious
To care
Neither kneading
For savior
It just
Happened  to be
A great
Sort of Destiny

As the rain
Drops on ground
Then absorbed
To the crust
Deep inside
Never ever
Been known
By peoples
Even moles

Couldn’t tell 
 
Blogger Templates