Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 20 August 2013

kpd yg sudi..jemputlah baca =3

Biarpun diri ini akan pergi ke universiti Malaya..namun sy masih rindu kepada bahasa arab..memang sy akan rindukan bahasa arab, ilmu yang kian jauh daripada gapaianku..teringat lagi masa tanam hasrat nak jadi mcm sheikh al marbawi yg master dlm bahasa arab, tafsir, al quran n hadis..kagum lihat al ghazali dgn karya-karyanya dlm bahasa arab serta penterjemahannya..rasa nak sngt ilmu tafsir tetapi asas ilmu tafsir, iaitu bahasa arab sudah lolos dariku..aku sekarang mendekati bidang yang tiada langsung kaitannya dengan bahasa arab..

Biarpun begitu, ilmu tetap ilmu..kte xboleh menyombongkan diri kita kpd ilmu krn ilmu itu milik Allah..jika Allah tak izinkan kita untuk mengetahui sesuatu ilmu itu maka kita tak mungkin akan berjaya untuk mengetahuinya..malah Allah jualah yang berkuasa ke atas semua ilmu..

Namun..sy rase sngt sedih krn sudah xbrpeluang lagi utk meneroka alam bahasa arab..memahami apa isi kandungan dalam al quran dan hadis..mcm kte rendamkan diri dalamnya..kte kn orang melayu..jd susah lah skit nak paham bahasa arab jika kita tidak mengaji dan kte selalunya akan bergantung kpd tafsiran ulama’..jd sy ingin sngt mengkaji methodologi ulama’ dalam mentafsir bait-bait ayat daripada Al Quran mahupun Hadis Rasulullah SAW..

Mula-mula bertemu dgn bahasa arab ketika berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar..ketika itu masih xminat secara mendalam lagi..hanya suka-suka je belajar bahasa arab dalam kelas dengan ustazah di tingkatan satu..pada bulan Mei, sy dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor di mana sewaktu itulah baru sy rasa bertambah minat dgn bahasa arab.. ditambah lagi dengan minda sy yg selalu suka mendalami..sewaktu sy tingkatan satu dan dua, sy seringkali mencipta essay bahasa arab sendiri walaupun pada ketika itu tiada pun ujian essay dalam format kertas pmr.. sy juga suka buat-buat berbual dengan diri—sendiri dalam bahasa arab biarpun tunggang langgang krn masih xcukup ilmu..time tingkatan 3..sy dpt ustazah yg sngt hebat dan ustaz wos yang sngt mantap..sekali ajar..sngt bnyk ilmu yg dpt sy ambil dari mereka tentang bahasa arab..sy mula mengetahui apa itu sebenarnya erti qawaid, sorof, nahu dan lain-lain..

Sy kagum dengan ustazah krn dia xmengaku kalah untuk memberi tunjuk ajar tentang bahasa arab..terima kasih ustazah..hanya Allah yg dpt membalas jasa ustazah..sy rasa sungguh gembira apabila ilmu bahasa arab kian bertambah dari semasa ke semasa pengajian berlangsung.. Di tingkatan 4.. sy diajar oleh ustaz..kawan-kawan sy selalu tidur dalam kelasnya..tapi sy tidak..sy terlalu asyik mendengar ilmu-ilmu daripadanya..ustaz suka brcakap bahasa arab yang mudah jd ia memberi peluang untuk sy memahami sedikit sebanyak cara berbual dlm bahasa arab..dlm kelas bahasa arablah sy paling suka..sy xprnah mengantuk kecuali jika sy terlalu letih..tp sekali dua je..haha..

Sebab spm ade ujian insyaa’ iaitu karangan, jd brtambah rajinlah sy menghantar karangan sy kpd ustaz dan ustazah..yg sy paling suka ialah saat sy hantar karangan bahasa arab..dan apabila ustaz pulangkan balik..alangkah banyaknya bahagian yang diconteng dengan pen merah..haha..di situlah sy dpt tahu di mana silap sy..sy sngt brsyukur dgn tunjuk ajar ustaz..Alhamdulillah..sy pn tanam cita-cita untuk menjadi seorang guru dalam bahasa arab..dan sy memaksudkannya..

Tetapi rezeki itu milik mutlak Allah..kte hanya perlu tahu yang Allah menyayangi kita..ini medan perjuangan hidup dan kte brgantung kpd Allah untuk menunjukkan kpd kita jalan yang benar..

Walaupun sy xdpt bahasa arab..n dpt degree kos yg sngt jauh..walau sejauh manapun kita tidak tahu mengapa mesti berlaku sedemikian..sepertimana jahilnya kita..sebagai seorang manusia..ini ialah rezeki dari Tuhanku..Tiada tuhan selain Dia..Allah yang Maha Esa..Miliknya lah segala rezeki..sesungguhnya aku tahu yang Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh..


Di universiti Malaya..sy mahu belajar..cari ilmu halal..cari ilmu baik..cari bekalan hidup..cari isi keimanan..Doakan sy brjaya ye……hehe….. =3 

1 comments:

  1. Assalamualaikum..
    La tahzan..ap yang kt dpt itulah yg terbaik untuk kita. Inshaa Allah sekiranya niat ikhlas dan baik Allah pasti beri kemudahan untuknya. We never know what is in front of us.Maafkan sy andai pendapat ini salah tapi pada pendapat sy kt x perlu tggu pluang untuk involve 100 % dalam sesuatu bidang tu baru kita blh jadi pakar.It all depend on ourselves.Maksud saya walaupun Zack dpt kos yg menyimpang jauh dari keinginan tapi pluang untuk menceburi bidang bahasa Arab itu selalu ad hanya kita punya effort ja untuk mndptknnya.Kalau tak salah saya setiap Universiti ada menawarkan satu khusus bahasa kepada para mahasiswa/siswi and salah satu bhasa yang di offer adlah bahasa Arab.So go and grab this chance.Inshaa Allah kalau dh minat mmg snggp bt apa saja. Ikhlaskan hati..sentiasa minta bantuan dari-Nya..Inshaa Allah Zack boleh jadi enginner yang pada masa yang sama seorang pakar dalam bidang bahasa Arab.Fighting.. ^_^

    ReplyDelete

 
Blogger Templates