Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 9 January 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 83-87



83.  فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ
  Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya;
84.  وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ
  Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
85.  وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَٰكِنْ لَا تُبْصِرُونَ
  Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
86.  فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ
  Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami);
87.  تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
  Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?
 
Ayat 83 : iaitu di saat seseorang menghadapi sakaratul maut atau nazak ketika itu ruhnya sudah berada di kerongkongan.

Ayat 84: "kamu" di sini dimaksudkan semua orang yang hadir ketika melihat saudaranya yang dicintai akan menghembuskan nafas terakhir. semua akan terpegun merenung menumpu kepada orang yang sedang nazak menarik nafas yang semakin perlahan.

Ayat 85: Menurut syed Qutb dalam tafsir Fi Zilal Al Quran, di saat inilah suasana diselubungi kebesaran Allah SWT dan kehebatan kehadiran-Nya. Allah itu hadir pada setiap waktu, tetapi ungkapan ayat ini menggerakkan kesedaran kita terhadap hakikat kehadiran Allah yang dilupai manusia. Itulah majlis kematian yang diselubungi kehebatan Allah yang Maha Besar; di samping diselubungi suasana lemah, takut, putus hubungan dan perpisahan. Menurut Al Qurtubi menafsirkan bahawa yang berada di situ ialah Allah iaitu dengan kudrat-Nya, ilmu-Nya dan ru'yah-Nya.

Ayat 86-87: Menurut Al Maraghi, ia dikatakan "mengapa kamu tidak mengembalikan ruh(nyawa) yang telah sampai ke kerongkong ke tempat asalnya dalam jasad, jika kamu tidak membenarkan bahawa kamu akan dibangkitkan dan dihisab serta diberi balasan kelak".

mesej ayat ini ialah, jika kamu benar tidak dicipta oleh pencipta, sebaliknya kamu pencipta, maka mengapakah kamu tidak mengembalikan ruh-ruh(nyawa) kepada jasadnya semula ketika sampai ke kerongkongan jika kamu orang yang benar.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates