Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Wednesday 28 March 2012

Sahabat 2

Apalah seorang muslim tanpa seorang sahabat. Sahabat yang dapat meringankan beban orang lain kerana Allah SWT. Sahabat yang boleh membimbing orang lain kepada jalan yang lebih baik kerana Allah. Sahabat yang sanggup mengubati kekecewaan yang tertanam dalam lubuk hati orang lain.

Islam tidak akan dapat berdiri tanpa para muslimin dan muslimat yang mempersahabatkan dirinya antara satu sama lain. Seorang sahabat sepatutnya bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Memperkuatkan sahabat yang lemah, tidak berdaya dan kecewa. Islam itu umpama bangunan yang disokong oleh tapak yang banyak. Tapak-tapak itu merupakan muslimin-muslimin dan muslimat-muslimat yang berganding bahu menggunakan kekuatan masing-masing untuk menampung bangunan islam itu supaya islam tidak runtuh dengan begitu sahaja...

Sahabat..... Siapakah sahabat yang paling baik bagi seseorang muslim? Adakah mereka seorang yang cukup kuat untuk mempertahankan seseorang yang lemah daripada dibuli, atau adakah mereka yang membeli ikatan persahabatan dengan kekayaan merupakan sahabat yang baik??? Tidak, sama sekali tidak... Sahabat itu merupakan seorang individu yang soleh dan boleh memuslehkan orang yang bersahabat dengannya. Mereka merupakan golongan-golongan manusia yang suka membantu orang lain untuk menjernihkan kekeruhan hati, mengubah personaliti yang buruk kepada baik dan mengubati sahabat mereka kerana Allah SWT bukan kerana syaitan laknatullah....



Sahabat........Aku sangat teringin untuk mengajukan soalan ini kepada sahabat-sahabatku... Adakah kau bersahabat denganku kerana Allah SWT???

Jagalah antara satu sama lain supaya kita termasuk dalam golongan yang berjaya....

Monday 26 March 2012

A Friend Like You (By : Unknown)

Written with a pen,
Sealed with a kiss,
If you are my friend,
Please answer this.

Are we friends?
Or are we not?
You told me once,
But I forgot.

So tell me now,
And tell me true,
So I can say,
I’m here for you,
Of all the friends,
I’ve ever met,
You’re the one,
I won’t forget.

And if I die,
Before you do,
I will go to heaven,
And wait for you.

I will give,
Back their wings,
And risk the loss,
Of everything,
Just to prove my,
Friendship is true,
To have a friend like you!!

Wednesday 21 March 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 57-62


57. 
نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
58. أَفَرَأَيْتُمْ مَا تُمْنُونَ
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
59. أَأَنْتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
60. نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
61. عَلَىٰ أَنْ نُبَدِّلَ أَمْثَالَكُمْ وَنُنْشِئَكُمْ فِي مَا لَا تَعْلَمُونَ
(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.
62. وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).


Ayat 57 : Dalam ayat ini, Allah mengemukakan hujjah dengan menerangkan bahawa Allah lah yang telah menciptakan manusia daripada tiada kepada ada, jika Allah mempunyai kuasa menciptakan daripada tiada kepada ada, apakah susah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia semula?? 

Ayat 58-59 : Dalam tafsir fi zilalil Quran, dinyatakan bahawa peranan manusia dalam urusan penciptaan manusia tidak lebih daripada memancutkan mani lelaki ke dalam rahim perempuan. Selepas itu kudrat Allah lah yang menguruskan semuanya termasuklah meniupkan roh pada rahim.

Ayat 60-61 : Dalam tafsir Al Quranul Majid, di terangkan bahawa Allah yang menetapkan kelahiran kita dan Allah juga telah menentukan waktu kematian kita sesuai dengan kehendak-Nya. Allah sungguh berkuasa melenyapkan kita dan mendatangkan umat-umat seperti kita dalam fasa-fasa dan keadaan-keadaan yang kita tidak ketahui. Apabila Allah menentukan seseorang itu mati, maka tiada suatu kekuatan pun dapat menahannya. Allah juga berkuasa menggantikan sesuatu umat dengan umat yang lain. Para sarjana sosiologi dan antropologi banyak membincangkan tentang generasi terdahulu yang telah pupus di bahagian belahan dunia.

Ayat 62 : Disini Allah memberi memperingatkan manusia yang tidak percaya kepada hari kebangkitan bahawa Allah lah yang mampu menciptakan manusia pada kali pertama, maka untuk mengulangi menciptakan manusia kali keduanya nanti di akhirat kelak tentulah dia lebih mampu lagi. Orang yang tidak percaya itu sebenarnya adalah orang yang tidak mahu menggunakan akalnya.




Friday 16 March 2012

Tafsir Mimpi


Tafsir mimpi menurut Islam:


Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi
bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa
merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang
disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya
bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab,
"Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita
tersebut.

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan
kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya
Allah.
Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan,
mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin
mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana
susahnya.

Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya
menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang
dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil
dan ta'bir mimpi."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:

1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan
oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup
mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan
tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Thursday 15 March 2012

Duhai subuh

Duhai Subuh,
heningnya kesegaran yang nyaman,
Selimut memeluk tubuh,
Mengulik si fulan,
Supaya kelopak mata luruh,
kaku badan kenyenyakkan,
Mengalahkan orang lumpuh,
Kerana diulik syaitan,
Hingga lupakan sejadah,

Duhai subuh,
Gemuruhnya meredakan darah,
Menuntut keimanan menjadi penyuluh,
Menghapuskan keselesaan dingin tersimpuh,
Melawan pujukan nafsu serakah,
Supaya ia tidak membawa padah,
Demi mengerjakan ibadah,
Sebagai hamba yang tabah,
Dan sentiasa berkorban di jalan Allah,

Sunday 11 March 2012

Doa 2


Moga-moga kita boleh sama-sama beramal     =)

Kekuatan 2

Saya terasa sangat hairan apabila mendengar luahan hati seorang hamba Allah yang mengatakan bahawa duit itu segala-galanya. Dia menganggap duit itu sebagai oxygen dalam hidupnya, seolah-olah tanpa duit maka kehidupannya musnah. Malah ada juga pihak yang berasa kekuatan itu datang daripada kekayaan sedangkan mereka tidak sedar bahawa kertas yang berwarna itulah menyebabkan mereka menjadi manusia yang terkutuk dan paling lemah di dunia. Sedarlah hakikat sebenar bahawa kekuatan bukan datang daripada kekayaan seseorang individu namun kekuatan sebenar datang daripada kekayaan hati.


3  
 Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1011.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Yang disebut 'kaya', bukanlah kaya harta-benda duniawi, tetapi yang dikatakan 'kaya' ialah kaya jiwa.


Allah SWT itu Maha Kaya. Sesungguhnya sekalian alam ini adalah milik Allah SWT tuhan Yang Maha Kaya.
Milik Allah lah segala kekayaan langit dan isinya serta bumi serta isinya, juga kekayaan alam serta isinya.



131. 
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَلَقَدْ وَصَّيْنَا الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَإِيَّاكُمْ أَنِ اتَّقُوا اللَّهَ ۚ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدًا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.


Allah SWT meminjamkan kekayaan kepada manusia sebagai rahmat-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Kekayaan harta sebenarnya merupakan satu ujian kepada manusia untuk menjadi seorang yang kaya hatinya,

 Sekali lagi saya tegaskan bahawa kekuatan sejati datang daripada kekayaan hati bukannya kekayaan harta. Kekayaan hati dalam konteks ini ialah hati yang penuh dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Justeru, semakin bertakwa seseorang mukmin itu maka semakin kayalah hati mereka maka semakin bertambah kekuatan mereka.

Hati yang bertakwa merupakan hati yang menagih rahmat Allah SWT dan kasih sayang Rasulullah SAW. Mereka yang mempunyai nilai ketakwaan dalam hati akan sentiasa mencari keredhaan Allah, Mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada segala-gala yang dia kasihi, Memelihara hubungan dengan Allah dan manusia kerana Allah dan Rasul-Nya serta mereka mengharapkan dan berusaha untuk menjadi hamba yang paling baik di sisi Allah. Nilai ketakwaan itu amatlah mahal di sisi Allah dan hanya syurgalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang bertakwa.

MENUJU KETAKWAAN



1. Muraqabah
Asasnya terkandung dalam firman Allah di dalam surah As-Syu’ara:

“(Allah) Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan) sembahyang
dan (melihat) gerak gerimu di antara orang-orang yang sujud.” (as-Syu’ara: 218 - 219)

Nabi ketika ditanya mengenai “Ihsan”:
“Bahawasanya engkau menyembah Allah seakan-akan engkau
melihat-Nya, maka jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia
melihat engkau.”
(Hadis riwayat Muslim)

Pengertian muraqabah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Quran
dan Al-Hadis ialah menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah di setiap
waktu dan keadaan seterusnya mendampingi kepada-Nya diketika
tersembunyi ataupun secara terang-terangan.



2. Muhasabah
Asasnya terkandung dalam firman Allah s.w.t., dalam surah Al-Hasyr:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri
melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalan-amalannya untuk hari


esok (akhirat) dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18)

Pengertian muhasabah ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat di atas, iaitu seseorang mukmin kembali menghisab (menghitung) dirinya setelah mengerjakan amal. Apakah tujuan dan matlamatnya dalam ia beramal
itu. Adakah semata-mata kerana Allah? Ataupun apakah amal tersebut diresapi oleh keriakan? Atau apakah ia ada melakukan sebarang perkara yang ditegah Allah (dosa) di kelapangan siangnya? Dan apakah ia telah menunaikan segala hak-hak Allah ke atas nya juga hak-hak manusia? Ketahuilah saudaraku pendakwah! Adalah sepatutnya bagi seorang mukmin untuk mengadakan baginya satu waktu yang khusus dipermulaan siangnya di mana di waktu tersebut ia berjanji pada dirinya sendiri untukmemperbetulkan niatnya, berterusan di setiap waktu dalam ketaatan, menunaikan segala kewajipan seterusnya membebaskan diri dari riak.
Demikian juga adalah patut baginya untuk mengadakan satu waktu di akhir harinya di mana di waktu tersebut beliau mengasingkan dirinya. Beliau menghisab keseluruhan amalannya. Dalam pada itu sekiranya didapati
dalam amalannya kebaikan, beliau terus memuji Allah kerana menunjukinya jalan yang betul serta mentaufikinya. Beliau di ketika tersebut memohon kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan meningkatkan amalannya. Sebaliknya jika beliau mendapati amalannya tidak
menepati seperti yang di atas, (maka ia bertaubat kepada Allah, menyesali serta memohon keampunannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Beliau juga bermohon kepada Allah agar memeliharanya daripada melakukan dosa serta mengakhiri kehidupannya dengan ‘husnul khatimah’ (kesudahan yang baik) Semoga Allah meredai baginda Umar Al-Faruq ketika baginda menyatakan:

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan
kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang
Maha Besar.”

Allah berfirman:
“Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari
kamu.”6 (Al-Haqqah: 18)


3. Mu’aqabah (deraan)
Asasnya terkandung dalam firman Allah dalam surah A1-Baqarah:
“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orangorang
yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 179)

Definisi mu’aqabah (deraan) sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat di atas, seseorang mukmin apabila ia meneliti dan menghisab dirinya, lalu ia mendapati kekurangan pada amalannya atau ia telah melakukan dosa adalah tidak sepatutnya beliau mengenepikannya begitu sahaja apa yang telah
dilakukannya. ini kerana dengan sifat menganggap mudah terhadap dosa yang dilakukannya akan rnendorongnya untuk kembali melakukan dosa serta menyukarkannya untuk meninggalkan kemaksiatan. Bahkan sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman (deraan) ke atas dirinya
dengan deraan yang diharuskan sebagaimana beliau mendera keluarga dan anak-anaknya. Dalam konteks ini, deraan ini bertindak sebagai penghalang kepadanya untuk melakukan dosa, seterusnya membawa kepada ketakwaan dan ke suatu kehidupan yang penuh dengan kelebihan dan kesejahteraan.
Ketika mana kita menyatakan: “Sudah sepatutnyalah beliau mengenakan satu hukuman ke atas dirinya dengan deraan yang diharuskan”, kenyataan ini ialah untuk mengelakkan serta berhati-hati melakukan deraan yang diharamkan seperti mendera dirinya dengan mengazabkan satu anggota badannya dengan menggunakan api, atau beliau mandi junub di satu lapangan yang terbuka di hari yang bersangatan sejuknya, atau beliau
menghalang dirinya dari makan dan minum dalam bentuk yang boleh memberikan kemudaratan kepada dirinya. Deraan seperti yang disebutkan di atas atau menyamainya adalah merupakan tegahan syarak yang mana terkandung dalam pernyataan firman Allah dalam surah Al-Baqarah:

“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.” (Al-
Baqarah: 195)

serta apa yang difahami dari firman Allah:

“Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, sesungguhnya Allah adalah
amat mengasihi kamu.” (An-Nisa’: 21)

Para salafus salih (Allah meredai mereka) telah memberikan contoh teladan betapa perilaku mereka dalam ketakwaan dan muhasabah mereka, serta kelaziman mereka mengenakan deraan ke atas diri mereka dengan
deraan-deraan yang tertentu apabila berlaku perlanggaran dan keazaman mereka untuk melakukan ketaatan, sekiranya ada berlaku mereka mempermudahkan ketaatan tersebut. Kami tidak keberatan untuk
mengutarakan beberapa contoh teladan.

Diriwayatkan dari baginda Umar Al-Faruq: Pada suatu ketika baginda telah keluar ke kebunnya dan sekembalinya (daripada kebunnya) didapati orang ramai telah sembahyang asar lantas baginda berkata: “Sesungguhnya aku telah ke kebunku dan sekembalinya aku dari sana, aku dapati orang ramai telah sembahyang asar! Kebunku itu adalah merupakan sedekah untuk orang-orang miskin.” Berkata Al-Laith:
“Ini adalah kerana baginda telah luput sembahyang asar berjemaah.” Juga diriwayatkan daripada baginda: Bahawa baginda telah disibukkan oleh suatu urusan di waktu maghrib sehingga keluar dia biji bintang, manakala selesai baginda bersembahyang, baginda memerdekakan dua orang hamba.

Diriwayatkan dari sahabat yang mulia “Abu Talhah”: “Bahawasanya sedang ia sembahyang, hinggap berhampirannya seekor burung jambul (seperti burung layang-layang) lalu ia lalai dari sembahyangnya kerana asyik melihat burung tersebut sehingga beliau lupa bilangan rakaat sembahyangnya, lalu beliau menyedekahkan kebunnya sebagai hukuman ke atas kealpaannya dan kelalaiannya dari khusyu’.



BERSAMBUNG.........

Friday 9 March 2012

Maut 2

Setiap benda yang dicipta Allah SWT di dunia ini merupakan saksi. Iaitu saksi kepada mereka yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Para malaikat, binatang, gunung dan makhluk Allah yang lain akan sentiasa menjadi saksi Allah supaya manusia sentiasa mengingati bahawa semua perkara berada pada kekuasaan-Nya. Manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan segala kebebasan yang diberikan oleh-Nya kerana kita terlepas daripada persaksian dosa-dosa di dunia kerana Allah masih membuka pintu taubat kepada kita.

Tidakkah terfikir kita sebelum barzakh mengetuk pintu dunia untuk menjemput kita keluar daripada alam dunia buat selama-lamanya bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah umpama kita berkayuh dalam lautan yang amat luas. keluasan lautan yang kosong dan tenang pada pandangan manusia meyebabkan ramai dalam kalangan mereka tenggelam dalam kegelapan laut yang dalam. Namun bagi mereka yang mengetahui hakikat sebenar dunia, mereka akan tetap berkayuh dengan azam untuk keluar daripada lautan yang dalam itu dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Muzakarah 3

 Ibn Taimiyyah berkata : " jangan terlalu bergantung kepada sesiapa di dunia ini kerana bayang-bayang kita sendiri yang meninggalkan kita sewaktu berada dalam kegelapan."






" Bencana yang membuat kamu mengingati Allah adalah lebih baik untuk kamu daripada rahmat yang menjadikan kamu lupa mengingat Allah " -Syeikh Ibn Taimiyyah


"Kehidupan di dunia jika hendak dibandingkan dengan akhirat ialah seperti kau mencelup jari ke dalam laut dan mengeluarkan jari itu, maka bandinglah air yang masih melekat pada jari dengan air yang masih berada dalam laut itu"




Jika kamu tidak mahu mentaati perintah Allah SWT maka janganlah kamu makan semua benda yang Allah kurniakan, keluarlah daripada tempat yang merupakan milik-Nya, Carilah satu tempat dimana Allah tidak dapat melihatmu dan langgarlah perintah-Nya di sana
 -ibrahim ibn Adham ra
 
Blogger Templates