Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday 17 September 2015

Tentang hati

Berhimpun kerdipan cahaya
Pada hamparan angkasa
Purnama pula hadir
Menyerikan malam ini
Dudukku dalam pangsapuri
Bukan bermakna melupai
Isikandungan nukilan lama
Bersekedudukan dalam tirai
Sedia terbuka sekian lama
Bukan berkasih manja
Hanya temujanji rahsia
Bersama pakar tabibku
Agar sembuh segala
Sandiwara jiwa
Tusukan lagu mendayu
Tika menadah gegendangku
Tersalur terus ke dada
Kugiran retorik itu
Biarlah menjadi lalang
Yang terbang
Meninggalkanku

Monday 14 September 2015

Persimpangan yang tiada tanda

Keadaan jerebu menyebabkn persekitaran di sini kurang sihat. Apabila melihat pada jalan raya ketika menaiki motor, mata pun terasa sakit kerana tidak tahan dengan jerebu yang semakin teruk di sini. Di sekitar terdapat orang2 yg memakai mask kerana ipu yg membimbangkan dan boleh menjejaskan kesihatan. Melihat pada jerebu yg melitupi persimpangan jalan, terfikir juga mengapa boleh terjejas dengan teruk kualiti udara yang sebelumnya bersih tetapi sejak beberapa hari ini beransur menjadi udara yg tidak bersih. Demikian juga dengan kondisi kemarau berpanjangan yg melanda tahun lepas sehingga sesetengah kawasan terkesan akibat bekalan air yg tidak mencukupi dan banjir besar yg melanda sesetengah negeri. Kenapa berlaku peristiwa2 sebegini?

Jika ingin difikirkan secara logik sudah pencemaran atau kerosakan ekosistem menyebabkan perkara ini berlaku. Kerosakan yg berlaku walau sedikit turut boleh menjejaskan seluruh komuniti jika ia diamalkan secara berterusan dari tahun ke tahun. Kerosakan ekosistem berlaku apabila perubahan terhadap biologi keadaan persekitaran diubah atau digunakan secara berlebihan. Pembalakan, tumpahan bahan kimia, bunyi, pembuangan bahan radioaktif merupakan antara aktiviti yg boleh memberi impak yg negatif kepada persekitaran komuniti.

Seperti juga seorang manusia. Kerosakan berlaku apabila kita melakukan perkara yg menyebabkan hati mati. Kematian hati adalah kerana hilangnya perasaan untuk menjadi seorang yg taat kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, cegahlah kerosakan dalam hati..moga hatimu terpelihara ^^

 
Blogger Templates