Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 26 July 2015

Langkah seterusnya biar ada

setelah berada pada fasa pemuda, adakah sudah melakukan persediaan untuk melangkah sebagai seorang pemuda. apakah matlamat usia muda yang kita impikan dan adakah ia akan memberi kebaikan kepada kita pada masa akan datang. sesekali menjenguk jauh tidaklah terlalu meletihkan. malah tenaga yang digunakan untuk itu hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan kerja assignment, beriadah dan bersosial. tetapi jika berfikir sahaja, tidak mampu untuk melaksanakan visi yang hendak dicapai.

untuk menggapai hidup yang dikehendaki kita mesti memahami bahawa bukan semua adalah keutamaan kita. ada sesetengah yang kita tidak mungkin boleh mencapai ada yang mungkin dapat. hendaklah kita menuju pada jalan yang jelas kerana risiko yang diambil berkurangan kerana kita memahami konsep kehidupan pada jalan tersebut. seolah seperti membuat pilihan untuk memasuki universiti. kita memilih jalan hidup sendiri. tetapi hendaklah kita sentiasa mencari alasan dan niat yang betul agar tidak terpesong dari jalan yang diharapkan.

alasan dan niat hanyalah ayat yang tergantung pada minda. ia hanya berhenti di situ jika individu tersebut tidak menggerakkannya pada tujuan asal. menjadi tanggungjawab untuk individu memandu diri pada jalan yang betul. perlu berhati-hati dalam memandu diri seperti menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan tekanan jiwa, ketagihan, kemarahan, penyakit dan lain-lain.

sindrom yang datang dari jiwa merupakan satu cabaran yang membezakan jalan yang dihadapi. ada yang mudah marah, suka mencari kesalahan, tidak banyak bercakap dan ada yang tidak mengetahui sesuatu dan setelah melakukannya menjadi ketagih dan sesat pada jalan yang salah. sindrom ini sudah tidak asing lagi pada kehidupan zaman globalisasi ini. ia menjadi dadah kepada masyarakat dan menyebabkan institusi sosial terganggu. seperti isu perkauman, kelainan nafsu, pecah amanah dan rasuah merupakan kanser yang lahir dari sindrom ini.

walaupun pesakit kanser boleh dirawat oleh doktor, namun penyakit hati tidak mempunyai ubat penawar kecuali ianya datang dari Allah SWT. perubahan hati tidak dijana oleh manusia. kerana itu keinginan manusia adalah mutlak berada pada tangan-Nya. boleh jadi seorang pembunuh menjadi imam dengan izin-Nya dan sebaliknya. selain itu, kita perlu menjauhkan diri dari pembunuh hati. pembunuh hati mempunyai banyak jenis dan mudahnya diringkaskan sebagai maksiat. menjauhkan diri tidak bermakna kita tidak akan didekati maksiat maka hendaklah bertaubat jika terlanjur. maksiat adalah udara dunia. dengan itu kita perlu mengurangkan sebanyak mungkin maksiat yang teringin untuk dilakukan supaya hati tidak mati dikotori dengan dosa yang banyak.

tambahan pula, kita boleh mengamalkan sedekah. sedekah ada banyak dan tidak hanya pada manusia. memberi makanan kepada haiwan yang lapar adalah sedekah. sedekah boleh memperluaskan lagi kelapangan hidup. moga dengan kelapangan hidup yang luas, hati kita menjadi lebih terbuka untuk melakukan ibadah kerana Allah SWT. melakukan sesuatu perbuatan mengikut akhlak Rasulullah adalah sesuatu yang amat baik. hal ini demikian kerana, ia boleh memberi kepada kita kebaikan yang tidak terlihat oleh mata tetapi wujud pada jiwa. selawat dan al quran merupakan kekuatan kepada hati. jika kita kuat dalam berselawat dan membaca al quran maka lebih baik untuk menawarkan hati yang letih dengan dunia.

Akhir sekali, penawar yang paling mujarab pada hati pada akhir zaman ini adalah solat. solat itu merupakan sesuatu yang membasuh hati dari duka dan kecewa. peliharalah solat kerana hatimu begitu berharga.

Wednesday 22 July 2015

Maafkan aku zahir dan batin - zakiran ab razak 17/7/2015

Kupintal dua tali menjadi satu
Bersama kasturi yang menyapa
Diwaktu subuh nanti
Embun pun dilepaskan
Dari udara menghinggapi
Dedaun segar hijau bumi

Menjelang terbenam matahari
Tetamu barakah yg datang
Disahut dengan takbir
Suam tenang hati
Melepaskan segala kesumat
Pergi meninggalkan diri
Agar yg pergi
Bersua kembali
Di lain hari

Berpautlah takbir pada nafas
insan yang bibirnya basah
Dengan kudrat hamasah
Duka tak perlu
Menjadi paku yang terpahat
Di ufuk dada
Syabab fillah

Perubahan itu konsisten

definisi perubahan dalam konteks peribadi adalah keterbezaan personaliti yang lahir setelah seseorang individu terlatih atau terbiasa dalam melakukan sesuatu hal. Beberapa faktor yang menggalakkan perubahan ialah usia, kesihatan, masa lapang dan lain-lain. perubahan tidak berlaku dalam jangka masa yang pendek, ia mesti berlaku akibat dari pengalaman yang membina satu ideologi atau interpretasi dalam pemikiran minda tentang hal tersebut. 

Minda mudah untuk diajar. namun kecenderungan minda setiap orang adalah berbeza. minda menjana perbuatan menyebabkan kita merasai keadaan yang ingin dilakukan. ia mencetuskan reaksi dan refleksi terhadap mereka yang mengalaminya. perasaan itulah yang mendorong seseorang untuk mengamalkan seseuatu perkara menyebabkan perubahan personaliti berlaku.

Untuk menjadikan perubahan menjadi lebih baik, minda haruslah berada dalam keadaan yang cerdas. pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian perlulah disertai dengan senaman biasa. bergaul boleh memberi kepada kita kesedaran terhadap diri akan apa yang perlu ada dalam diri untuk menjadi seorang yang biasa berbaik dengan orang lain. menjadi kegiatan yang sihat untuk mencari hobi yang bermanfaat pada masa lapang agar masa yang terluang tidak menjadi sesuatu yang akan sentiasa dibuang pada masa akan datang. kurangkan aktiviti sosial dalam talian atau internet kerana ia tidak baik untuk membina perosnaliti yang agung. personaliti yang agung bukannya lahir pada hujung jari. ia lahir pada peribadi yang memegang bakti di tengah ufuk globalisasi.

 sesetengah perubahan personaliti boleh menyebabkan minda jadi layu menyebabkan ketandusan peribadi dan ketagihan yang berterusan. ketagihan adalah perkara yang negatif berlaku akibat daripada perubahan personaliti yang buruk. media massa yang berbentuk negatif wajib dielak dari pandangan. jangan menjadi penagih laman sesawang lucah kerana ramai yang telah rosak kerana terjerumus ke dalam kancah maksiat itu. kesedaran dalam ilmu haruslah dititik beratkan. jangan belajar melalui sumber yang kita tidak pelajari secara langsung dari guru. kerana ilmu yang tidak berguru adalah sesat dan menyebabkan kita melakukan perubahan terhadap diri sendiri. cuba bayangkan jika orang yang tidak tahu membaiki enjin hendak membaiki enjin. mestilah seperti tikus membaiki labu. oleh itu, ilmu di media massa perlu disifatkan sebagai bahan bacaan. ketaksuban terhadap ilmu adalah sesuatu yang amat merbahaya. 

Minda yang cerdas datang dari hubungan silaturahim yang baik. kita mesti memelihara diri dari memutuskan hubungan silaturahim antara makhluk dan tuhan serta makhluk dengan makhluk. hal ini demikian kerana, pertolongan dan bencana boleh datang pada bila-bila masa. kita haruslah sedar yang jalan takdir berada di tangan-Nya. agar kita dipertemukan dengan jalan yang mengubah kita kepada kebaikan dan menjauhkan kita dari perubahan yang mendorong kepada kejahatan. solat, doa dan tawakkal adalah rutin yang perlu dilakukan setiap hari. hubungan dengan manusia pula boleh menjadi pelbagai. hubungan dengan ibu bapa agar kita boleh menjadi anak yang soleh dan melahirkan zuriat yang soleh. hubungan dengan keluarga agar menjadi suami/isteri/anak yang soleh/solehah dan hubungan antara masyarakat agar menjadi seorang yang berakhlak. 

perubahan peribadi adalah perkara yang berturutan dan harus diberi perhatian. elakkan dari perkara yang buruk. supaya hidup lebih bahagia dan senang sentiasa.

walau bibir merungkapkan kasih
mata merasa yang sebaliknya
wahai jiwa andai kau mampu bicara
luahkanlah segala isi hatimu

 
Blogger Templates