Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 16 March 2014

Syahadatul Haq Part 2

Untuk Part 1 = http://zakiranrazak.blogspot.com/2014/03/syahadatul-haqitulah-sebenar-benar.html

Kita yang memegang amanah ini haruslah berusaha, jangan leka goyang kaki melihat krisis umat zaman modenisasi ini yang parah dan kronik. Secara umumnya manusia sekarang ada macam-macam. Mereka yang punya agama islam sendiri pun belum tentu mereka pegang islam itu dengan betul ataupun tidak. ramai manusia yang salah faham tentang konsep agama. mereka anggap agama itu hanya untuk keperluan semasa sahaja. Memang, dalam kalangan muslim sendiri sudah ramai yang tidak mengenali apa itu syahadatul haq.

Bagi mereka yang telah mengenali apa itu syahadatul haq maka mereka akan tahu sungguh berat amanah Allah SWT dan sangat penting untuk menyebarkannya supaya terus berjalan. supaya penghuni-penghuni bumi mengerjakan penyeruan terhadap kebaikan, pencegahan terhadap kemungkaran dan masing-masing bertakwa kepada Allah SWT. Supaya Penyaksian Rasulullah sebagai rahmat terhadap sekian alam diperkenalkan kepada seluruh umat manusia dan mereka yang mengenali menyampaikan kepada mereka yang belum kenal dan seterusnya. supaya ikatan rahmat itu mencurah-curah ibarat air terjun yang jatuh tanpa henti melimpah meyuburi pokok-pokok yang hijau tumbuh meliar di tepian.

Hadith shahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah..
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) , adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang diktator (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) . Kemudian beliau (Nabi) diam.”
Kita sekarang berada di zaman yang hampir dengan kemenangan. kemenangan yang pasti akan berlaku walaupun kita tidak atau enggan menyertai pertarungan ini, semua ini sudah ditetapkan dan janganlah kita tunggu kemenangan datang dahulu sebelum kita menyumbangkan sesuatu kepada kemenangan itu walaupun secebis- cebis jasa yang paling kecil antara yang kecil. Jangan hanya tunggu saat kemenangan dan kita menjadi golongan yang menepuk tangan dan bersorak di belakang mereka yang telah di berjaya meletakkan beban mereka pada tempat yang betul, sedangkan mereka (yang bersorak) masih memikul beban hidup sebagai seorang muslim. Sudah tentu mereka yang hanya menunggu itu rugi.
Seorang alim yang mampu membina bangunan pencakar langit boleh melakukannya kerana dia mengajarkan kepada para pekerja tentang design, tapak dan site-site yang harus dibina. jika pekerja itu buat ikut suka hati tanpa ilmu maka sudah tentu pencakar langit itu tak akan menjadi. maka di situlah pentingnya tanggungjawab seorang alim dalam komuniti yang tidak mengetahui. Ada satu kisah di mana Allah SWT menyuruh malaikat menjatuhkan bencana kepada sebuah kerajaan yang penghuninya melakukan maksiat dengan berleluasa. Maka pergilah malaikat ke kerajaan itu dan singgahlah malaikat itu pada sebuah masjid. Malaikat itu mendapati ada seorang alim sedang beribadah dalam masjid itu menyebabkan malaikat itu pulang semula untuk memberitahu perihal seorang alim yang sedang beribadah di masjid dalam kerajaan itu, adakah perlu dibinasakan sedangkan ada yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi-Mu? Namun, Allah SWT menyuruh malaikat untuk memulakan azab bencana itu pada alim ulama itu kerana dia tidak melaksanakan tanggung jawabnya sebagai seorang muslim di muka bumi untuk menyebarkan yang baik, mencegah yang buruk dan bertakwa kepada Allah SWT. 
Kita pinjam nyawa daripada Allah SWT untuk pulang ke syurga dan mengelakkan dari jalan ke neraka. Pinjaman Allah ini hanya menuntut kita untuk memimpin tangan mereka yang masih belum mengetahui tentang jalan pulang ke syurga, supaya kita dapat memimpin mereka ke halaman syurga. Pinjaman Allah SWT hanya menuntut kita untuk menyeru manusia kepada kebenaran yang berkekalan dan menjauhi kebatilan yang sementara. Dan pinjaman itu hanyalah untuk tepoh masa yang tertentu, maka setelah Allah SWT menjemput kembali maka saat itu kita haruslah mempersembahkan apa yang kita sumbangkan terhadap pinjaman Allah itu. 
Maka mereka yang tidak mengetahui sudah tentu akan menunding jari kepada mereka yang mengetahui kerana tidak memberitahu mereka sewaktu nyawa pinajaman masih dalam jasad. Maka di sinilah akan berlaku persaksian di mana adakah kita telah menyebarkan kebenaran kepada dia. Maka ingatlah perhitungan Allah SWT itu adalah sebaik-baik perhitungan kerana sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil
Syahadatul haq ada dua, syahadatul fi'liyyah dan syahadatul qouliyyah. syahadatul fi'liyyah berbentuk teladan, pencegahan dengan kuasa dan lain-lain. syahadatul qouliyyah pula melalui lisan, perbualan dan tindakan menghantar kalimah-kalimah melalui surat, email ataupun mesej dakwah melalui media massa. kenapa yang hati tidak termasuk? kerana tiada manusia yang boleh membaca hati manusia lain. fokus syahadatul haq ialah untuk memberitahu manusia tentang kebenaran dan persaksian yang akan di soal Allah SWT nanti. Maka yang pencegahan hati itu perlu ada juga tapi utamakan yang dua iaitu melalui perbuatan dan lisan. Kita mampu untuk melakukannya.
Pimpinlah tangan saudaramu ke syurga, pimpinlah tangan saudaramu ke syurga =)

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates