Cuti,,,
cuti,,, cuti,,, Biarpun bahagia pada awalnya namun cuti inilah penggugat iman.
Iaitu cuti yang terlalu panjang dan tidak terisi dengan benda-benda berfaedah.
Jadi kalau nak cuti kena ada perancangan untuk mengisi masa cuti anda. Memang, seronok
cuti. Tapi lebih seronok jika ada benda yang boleh mengisi kekosongan dalam
hati ini.
Mula-mula
cuti.. rasa nak enjoy.. rasa macam bole buat apa saje yg diinginkan.. rasa suka
sangat-sangat.. memang ramai yang terbayangkan kebahagiaan menantinya pada masa
rehat ini. Sudah tentu rehat itu wajib bagi setiap manusia. Sedangkan tidur
juga merupakan rehat, sebagai tanda perlunya manusia kepada masa untuk rehat.
Tetapi sedarilah bahawa tidur itu rehat yang dapat memberi pengisian pada hati.
47. |
|
ÙˆَÙ‡ُÙˆَ الَّØ°ِÙŠ جَعَÙ„َ Ù„َÙƒُÙ…ُ اللَّÙŠْÙ„َ Ù„ِبَاسًا ÙˆَالنَّÙˆْÙ…َ سُبَاتًا
ÙˆَجَعَÙ„َ النَّÙ‡َارَ Ù†ُØ´ُورًا
|
|
|
Dan Dialah Tuhan yang menjadikan
malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat,
serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
|
Kerana Allah ciptakan tidur supaya manusia
boleh mengingati mati, bersyukur dengan nikmat, dan memohon kebaikan pada
keesokannya. Biarpun namanya rehat, tapi manusia tetap manusia. Tidak boleh
kita membuat sesuatu perkara tanpa pertolongan dari-Nya. Begitulah kerdilnya
manusia. Kerana kekerdilan itulah kita boleh mengenal erti merendah diri..
Bagi
mereka yang cuti.. termasuk sayalah yang sedang cuti sebagai seorang graduan
matrikulasi,, hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga diri daripada melakukan
keburukan. Bukan hanya menjaga malah mendirikan benteng untuk menjaga diri
daripada melakukan maksiat. Termasuklah melakukan kebaikan yang merupakan salah
satu cara untuk menjaga diri daripada melakukan keburukan. Kenapa kita perlu
jaga?? Haa… cuba enta bayangkan jika seorang tukang masak sedang memasak sebuah
hidangan kepada raja. Sudah tentu tukang masak itu akan memelihara masakannya
daripada rasa tidak sedap dan hangit, kerana dia perlu memuaskan hati raja itu
dengan masakannya. Begitu juga dengan kita.. kita punya raja iaitu hati. Jika baik
amalan kita maka baiklah hati. Jika buruk amalan kita maka buruklah hati.
56
|
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1737.
Dari
Ibnu 'Abbas r.a., bertanya: Nabi saw. bersabda: "Ada dua nikmat yang
sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), yaitu:
waktu sihat dan waktu lapang."
|
Aku
menulis kerana rindu
Bukan sekadar
igauan kalbu
Kerana hati
mula tua
Akibat kekosongan
yang melanda
Hanya memerlukan
suntikan
Dari rahmat
Allah Yang Maha Esa
Terus
terang.. cuti tu memang seronok sangat.. tapi cuti tanpa pengisian tu lebih
memenatkan daripada sibuk sepanjang hari. Kerana kita kena bertahan dengan
kekosongan hati dan menahan rasa ingin melakuan kejahatan. Sedangkan jika kita
ada pengisian hati pada masa cuti, mudah sangat untuk kita mengelakkan diri
dari melakukan perkara-perkara yang berdosa tersebut. Jadi En Cuti, mari sini
saya ada jadual untuk kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
subhanaAllah :)
ReplyDelete