Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Saturday 23 November 2013

saya hati

Saya hati













 saya hati yang ceria










tiap-tiap hari saya dengar khabar
kadang-kadang dari iman
kadang-kadang dari nafsu
kadang-kadang dari akal








                      
iman khabarkan benda baik
tapi tuan saya rasa berat nak buat
nafsu kata benda yang tuan saya suka
tapi macam xtau baik ke buruk


                         





 saya selalunya percayakan akal
sebab akal selalu lakukan benda dengan tujuan














jika akal tak boleh jawab, saya berfikir guna pendapat dari kawan saya iaitu jiwa.. dia kawan yang memahami saya
 










bila saya nasihatkan tuan saya
untuk buat berdasarkan
perantaraan akal dan jiwa apa yang iman suruh saya buat
saya rasa sangat terisi
biarpun susah nak buat







bila saya dinasihatkan untuk buat
apa yang nafsu suruh
tuan saya rasa seronok
biarpun rasa jadi teruk


                                     



   tapi tiap kali tuan saya buat benda yang iman larang, akan timbul satu bintik hitam


 bintik semakin bertambah
semakin jauh saya dengan iman
semakin banyak tuan
saya lakukan apa yang iman
larang...tuan saya selalu je jadi hamba nafsu..

                Kalau time Allah bagi hidayah
                 Tuan saya bertaubat
                 Bintik hitam tu hilang
                 Alhamdulillah.. =)
 

Sekarang saya kembali gembira..
Tuan saya pun dah pandai baca quran dan berzikir..
Dapatlah saya bersihkan diri tiap2 hari.. (^_^)

Moral of the story = jaga hati, jaga iman, jaga akal, jaga perasaan kerana dirimu dan hatimu begitu berharga!!! XP








Tuesday 19 November 2013

The Ulama Law Of Motion

The ulama’ first law of motion states that when a person walks with its feet or by vehicles to the masjid to pray and do good things, it will be counted as a good deed for each of their steps or the vehicles wheel rotation and increases exponentially when there were hardships on the way to the masjid.

D1 = (sαβ)ε………equation 1 (just for imagination)

Where =

D1 = good deeds for walking to masjid
∆s = displacement
α = the number of person you called to pray together to masjid
β = the sincerity
ε = hardship during the walk to masjid

The ulama’ second law of motion is the praying jamaah is 27 times more good then praying alone.

P = β……..equation 2 (just for imagination)

Pj = 27β………..equation 3 (just for imagination)

Where =

β = sincerity
P = deed for praying alone
Pj = deed for praying jamaah

Substituting to equation 2 to 3 we get

Pj = 27 P…….Equation 4 (just for imagination)

The ulama third law of motion is praying jamaah at the masjid increase the deed exponentially than praying jamaah at home.

Pjm = ρ(27β)n…..equation 5 (just for imagination)

Pjh = ρ(27β)…….equation 6 (just for imagination)

Where =

Pjm = deed for praying jamaah at masjid
Pjh = deed for praying jamaah at home
n = number of jamaah at the masjid
β = sincerity
ρ = the saff constant

the nearer the person to the imam, the greater value of saff constant
Substituting equation 4 to 5 we get

n(Pjm) = Pjh

……..Equation 7 (just for imagination)

Hence,total good deed, DT , When a person goes to masjid and pray jamaah

DT = βk(D1PjPjm)

Where =
DT = total deed
Βk = the niat constant
Depends on the niat of the person, good niat increases the value of DT bad niat decreases the value of DT

So, why you pray alone??
Hehe..this equation thing is just for imagination..the important thing is go for solat jamaah!!!!!



Sunday 17 November 2013

BONGKAH UJIAN

Bongkah jatuh dibahu
Sentapkan serakah asyikkan kalbu
Henti sekejap biar ia berlalu namun tak apa terjadi
Tidak selesai hilang  jua resah di hati
Terketar-ketar mahu dekati, tak kisah implikasi
Fikiran terputus litar tak menjadi terhapus janaan kebaikan dalam hati
Gerimis syahwat yang dahaga tak putus asa tuk dapat habuannya







Bongkah kedua jatuh dibahu
Bebannya bagai mengangkatku kaki jadi kaku
Mahu jatuhkan biar ia pecah namun ia melekat
Beratnya aku tak dapat berjalan jadi aku duduk di tepian
Tetapi aku tak ke mana sedangkan orang lain sedang berjalan
Aku diberitahu untuk bangun sahabatku memanggil
Tetapi aku masih tak berupaya kerna putus asa
Renyahnya perasaan menguasai diri habis iman dibelasah syaitan
Sayembara hasutan yang menarik semua kepada kerugian

Bongkah ketiga jatuh dibahu
Kenapa masih ada lagi belum cukupkah?
Mahu aku berjalan biar semua ini berakhir namun terbeban
Jika tak habiskan akan mati tersempit dalam masalah sendiri
Biarlah semua hilang asal dugaan jadi kurang hidup senang
Sebenar niat sudah liat hanya kuat kerana semangat nak keluar dari gawat
Bukan hijrah bukan tadhiyyah bukan barakah
Perjalanan itu hanya ditanggung sendiri
Kerana tak sedar diri itu perlu pertolongan
Masih buta dalam sendirian

Bongkah keempat, kelima dan seterusnya jatuh
Mustahil nak teruskan
Barulah aku bersuara minta tolong
Barulah aku melambai-lambai mengharapkan ihsan
Barulah aku berkedip-kedip menunggu simpati
Itulah manusia
Tanpa dugaan
Akan bongkak
Tak kenal yang diri itu milik illahi


Brief Explanation of Surah Al-Asr - Br. Nouman Ali Khan ᴴᴰ

Saturday 16 November 2013

Huraian Surah Al Waqi'ah Ayat 75-82

75. ۞ فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran;
76. وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
77. إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
78. فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
79. لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
80. تَنْزِيلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
81. أَفَبِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَنْتُمْ مُدْهِنُونَ
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
82. وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
Surah Al Waqi'ah Ayat 75-82
Ayat 75 =Perkataan "لَا أُقْسِمُ" adalah sumpah yang lazim digunakan oleh bangsa arab dalam pembicaraan mereka. Huruf La itu bermaksud "tidak" atau memberi maksud an nafiah iaitu menafikan, tetapi pada huruf tambahan iaitu "أُقْسِمُ" sebagai mempertegaskan sumpah tersebut. Tertulis "لَا أُقْسِمُ" erti yang asli ialah "aku tidak bersumpah" namun maksudnya yang sebenar ialah "aku benar-benar bersumpah". melalui ayat ini Allah bersumpah secara khusus dengan orbit bintang-bintang atau planet-planet. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang menyembah bintang dan mempercayai ilmu nujum bahawa dengan terbenamnya benda-benda itu bererti hilanglah pengaruhnya, tentu ada pemberi pengaruh yang kekal, iaitu Allah SWT. 

76. فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ
Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: Inikah Tuhanku? Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang.
77. فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: Inikah Tuhanku? Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat.
78. فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: Inikah Tuhanku? Ini lebih besar. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[Surah Al-An'am (6) : (76-78)]
Ayat 76 = Mengapa sumpah ini disebut sumpah yang sangat besar? Hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi apabila kita fikirkan, seandainya bintang-bintang dan planet-planet yang ada dalam sistem suria kita ini terkeluar daripada orbitnya atau tempat peredarannya, apakah yang akan berlaku? sudah tentu planet-planet akan  bertembung dan kehancuran akan berlaku.

Sila rujuk [Surah Fatir (35):(41)]

Ayat 77= Ayat ini menerangkan bahawa Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW benar-benar kitab yang agung dan bacaan yang mulia. Sebahagian ulama mengatakan bahawa huruf La yang terdapat pada awal sumpah itu bukanlah za'idah yang tidak bermakna, tetapi ia didatangkan pada permulaan qasam apabila objek yang disebut sesudah sumpah itu dinafikan orang. Seperti yang terdapat dalam perkataan Aishah ra  "Tidak, demi Allah tangan Rasulullah sama sekali belum pernah menyentuh tangan wanita lain". Maka demikiannyalah hal di sini, di mana objek yang disebut sesudah sumpah itu dinafikan kebenarannya oleh orang-orang kafir. Jadi, maksud daripada kata sumpah tersebut adalah "tidak, Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang, duduk perkara ini bukanlah seperti sangkaan mereka terhadap Al Quran, bahawa Al Quran itu adalah sihir atau tenung, Tetapi Al Quran itu adalah bacaan yang sangat mulia". 

Menurut Al Maraghi, Al Azhari mengatakan bahawa perkataan karim yang bererti samgat mulia yang disifatkan kepada Al Quran pada ayat tadi adalah kata nama yang memuatkan pengertian apa sahaja yang terpuji. Malah Al Quran itu sememangnya terpuji kerana memuatkan petunjuk dan keterangan, ilmu dan hikmat. Seorang faqih menjadikan Al Quran sebagai dalil dan mengambil pengajaran daripadanya dan menjadikannya sebagai hujjah. Seorang sasterawan juga mengambil faedah daripada Al Quran. Jadi setiap ilmuwan akan mencari dasar ilmunya daripada Al Quran.

Ayat 78-82 = Al Quran bukan syair atau sihir, tetapi ia adalah bacaan yang sangat mulia, yang tersimpan dalam kitab yang terpelihara lagi dimuliakan, kemudian ia diturunkan kepada Nabi Muhammad atas arahan daripada Allah SWT. Melalui ayat ini dapat kita fahami bahawa Al Quran sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tersimpan rapi dan terjaga di Luh Mahfuz. Luh bererti "buku atau kitab bacaan, atau dokumen untuk merekodkan sesuatu", dan perkataan Mahfuz bermakna "yang tersimpan dan terpelihara". 

Sehubungan dengan ini, sungguhpun ayat (ertinya) : " Tidaklah menyentuhnya kecuali orang-orang yang telah disucikan" bermaksud bahawa Al Quran yang terpelihara di Luh Mahfuz itu tidak disentuh melainkan oleh para malaikat, namun para Ulama kemudian membincangkan hukum menyentuh mushaf Al Quran yang ada sekarang ini, apakah hukumnya menyentuhnya tanpa bersuci atau tanpa wuduk? Jumhur ulama melarang orang yang berhadas menyentuh Al Quran, begitulah pendapat Ali bin Abi Talib, Ibn Mas'ud, Sa'ad b abi waqas dan sebahagian ulama fiqh seperti imam Malik dan imam As Syafi'i. Tetapi Ibn Abbas, Al Sya'bi dan ulama Fiqh lainnya seperti Abu Hanifah membolehkan orang berhadas menyentuh mishaf Al Quran. Menurut masalah ini Ibn Taimiyyah berkata :

"sesungguhnya ayat tersebut (ayat 79) menunjukkan sesuatu hukum melalui isyarat, Apabila Allah SWT menceritakan bahawasanya lembaran-lembaran suci (Al Quran) yang tersimpan di langit tidak disentuh melainkan oleh orang-orang yang suci, maka mushaf Al Quran yang ada di tangan kita sekarang sepatutnya tidak juga disentuh melainkan oleh orang yang suci daripada hadas".

Wednesday 13 November 2013

Emo

Saya memerhati keadaan sekarang ini ada banyak masalah yang perlu pada komitmen untuk memperbaharui iman. Sedangkan saya faham mereka punya perasaan yang berbelah bahagi akibat tak dapat mengatasi perasaan dengan iman. Ketidakupayaan untuk mengatasi perasaan dengan iman itu boleh meningkatkan keberangkalian untuk kita mengalami kejatuhan semangat dan masalah dalam mengawal emosi. Lebih teruk lagi perasaan yang terbawa-bawa dalam hati kita turut boleh menjatuhkan dan mencabut iman orang lain termasuklah iman orang yang rapat dengan kita. Emosi ini bercampur. Ada yang betul dan ada yang salah. Hal ini kerana emosi itu satu kecenderungan dan setiap yang menyebabkan kecenderungan itu ialah nafsu.

Nafsu ni ada macam-,macam, tapi saya nak berbincang nafsu manusia biasa yang imannya selalu saja compete dengan nafsu. Hati diorang ni nak kan kebaikan tetapi mereka pada masa yang sama belum mendapat perisai untuk menangkis kejahatan nafsu yang selalu memujuk mereka melakukan dosa untuk mengurangi tahap iman mereka supaya mereka kurang melakukan perkara yang baik. Penyakit nafsu yang paling terkenal masa sekarang ialah cinta dunia atau namanya Hubbu’d-dunya. Ia adalah satu sifat yang sangat halus dan cepat merosakkan seseorang individu. Ia meningkatkan pecutan keinginan seseorang untuk memburu habuan yang menyebabkan hati mereka semakin dahagakan nikmat-nikmat dunia.
                                                                                                                               

15. 

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ


Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
16. 

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
(Hud, 11 : 15-16)


18. 

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا


Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
(Al-Isra’, 17: 18)

Rasulullah SAW bersabda : “ cinta dunia adalah sumber segala kejahatan”.

Rasulullah SAW bersabda : “Dunia itu tetap dikutuk. Dikutuki segala isinya, kecuali berdzikir kepada Allah, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu”.

Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa mengambil dunia melebihi apa yang mencukupi dirinya, sebenarnya ia telah mengambil sesuatu yang memberatkan ajalnya, sedang ia tidak sadar”.

Rasulullah SAW bersabda : “Berzuhud di dunia akan menenteramkan hati dan badan, manakala cinta dunia akan memperbanyak kecemasan dan kesusahan, sedang pengangguran akan menyebabkan hati menjadi keras dan kejam”.

Rasulullah SAW bersabda : “Telah selamat umat ini dengan berzuhud dan penuh keyakinan, dan mereka akan binasa dengan cinta harta benda dan panjang angan-angan”.


14. 

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Ali Imran, 3: 14)

Jelaslah, bahawa orang yang hanya menumpukan perhatian kepada harta, sebenarnya telah meletakkan dirinya dalam bahaya yang besar dan bencana yang berat. Kecuali, jika Allah memelihara dan melepaskannya dari bahaya itu dengan rahmat-Nya. Misalnya, seseorang melakukan pencarian dan perburuan harta benda dengan cara membabi buta tanpa mempertimbangkan lagi antara yang halal dan haram, sehingga ia kehabisan waktu untuk beribadah kepada Allah SWT dan duduk berdzikir kepada-Nya, sebagaimana sering terjadi kepada orang-orang yang lalai dan terpengaruh dengan wang.

Akan halnya mencari wang dengan niat untuk membantu meluruskan jalan ke akhirat, memelihara dan menyelamatkan diri dari penaniayaan orang-orang zalim, mencukupi diri sekadar yang perlu iaitu sehingga tidak meminta daripada orang lain, sedangkan usahanya itu tidak menghalanginya dari melakukan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT dan berdzikir kepada-Nya, disamping menyimpan rasa takwa dihatinya dan sentiasa takut kepada balasan azab-Nya, maka kesemua itu tidak salah dan tidaklah ia berdosa mencari harta dan kedudukan. In shaa Allah



  
 
Blogger Templates