Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 18 August 2014

Kata yang tidak berkunjung tiba

Tetiba aku ingin menulis
tentang diriku
yg tiada siapa tahu
yg terisi di jiwa
dalam raga sejisim jasad bernyawa
tanganku tidak kekok
memegang sambil meluah isi pena
kerana hati masih terluka
belum lagi sembuh sempurna

Hatiku satu bahagian kecil
Sangat berharga selagi kebaikan bersama
Jika sakit tubuh terus lemah
Jika terkilan berderangan tidak tertahan
Jika sunyi ingin saja diketahui
Lama kata-kata tidak menyapa
Bila terpalit tentu aku jatuh
tanpa dihulur bantuan ihsan

Aku bukan pengemis
Yang meminta dari dukun berkulit hitam
Yang beri ubat berbentuk racun
Yang jahil tidak mengenal dunia
sesekalipun tiada mengharapkan
pada tanah tercipta
daripada debu yang tergumpal
kerana pahitnya berpanjangan
manisnya sentiasa berkurangan
cubalah rasa jika tidak percaya

Lama sungguh
Kata-kata tidak menyapa
Sedekad lebih bertahun lalu
Di sana dapat bersama alim
Di sana dapat bersama mualim
Di sana dapat bersama zamil\
Berbunga harum hati zaman itu
Kini aku membaja
Agar tidak layu
Taman muhasabah ilmu

ZAKIRAN AB RAZAK 18/8/2014

Friday 15 August 2014

Kunjungan mata

Ada satu kisah saya dengar dari ustaz yg mengajar di masjid.. pada satu hari, Rasulullah SAW meletakkan kepalanya di atas ribaan peha Aisyah RA dan tidur penat. Aisyah RA meratap wajah suaminya dengan rasa sangat sayang padanya. tiba-tiba Aisyah RA terfikir, di adakah di akhirat nanti setelah dibangkitkan semula dari alam kubur, dapatkah dia bersama semula dengan baginda Rasulullah SAW suami kesayangannya. Aisyah RA lantas menitiskan air mata kerana terlalu sayang pada baginda dan takut berpisah setelah dirinya dibangkitkan di akhirat nanti. lantas setelah baginda Rasulullah SAW sedar yang Aisyah RA telah menangis kerana titisan air matanya mengena pada pipi Rasulullah, Baginda SAW bertanya "apa yang menyebabmu menangis wahai Aisyah?" Aisyah RA menjawab "aku takut diriku tidak dapat bersama denganmu di akhirat sana" Rasulullah SAW pn menenangkan Aisyah "sesungguhnya aku selalu menolong umatku kecuali pada tiga tempat di akhirat nanti. Ketika suratan amal diberi pada umat manusia, ketika mizan dibentangkan untuk penghisaban dan ketika umat manusia meniti di titian sirat."

Pada kisah ini, kita dapat lihat banyak perkara. di mana antaranya kasih seorang isteri kepada suaminya. kerana cinta mereka berpaksi dan bukan semata-mata mainan perasaan. kita juga tahu yang bumi punya paksi menyebabkan peredaran dan putaran. tanpa paksi bumi akan bertemu dengan planet lain lantas hancurlah bumi akibat pertembungan itu. begitu juga dengan cinta perlu juga berpaksi. berpaksi kepada apa? yakni cinta perlu berpaksi kepada Allah SWT. cinta itu perlu pada manusia. cinta seorang suami perlu berbuat baik pada isteri. cinta seorang isteri perlu menyayangi suaminya. Allah SWT melarang pasangan suami isteri bertengkar sesama sendiri meyebabkan keadaan jadi keruh. Allah SWT menyuruh suami isteri untuk menghidupkan suasana rumah tangga dengan atmosfera kasih sayang. bak katanya semakin sweet semakin baguslah.

Kita juga dapat rungkaikan melalui kisah ini, betapa hebatnya Aisyah RA. Jika kita berada dengan kekasih kita. pernahkah kita menyebut "bolehkah abang bertemu lagi dengan sayam di akhirat nanti?" contohnya. selalunya kita sebut "saya cinta kamu sampai mati" dan "tiada yang boleh pisahkan kita kecuali mati". kata-kata yang sedemikian ini adalah tidak patut dilafazkan. dalam seharian berapa kalikah kita ingat pada hari akhirat? di sini saya ingin tekankan keimanan pada hari akhirat. keimanan Aisyah RA pada hari akhirat dapat dilihat dengan jelas di sini. kita bagaimana?

Dalam kisah ini, Rasulullah juga menyebut tiga peristiwa besar dimana kita tidak mampu ditolong oleh baginda di akhirat kelak. iaitu ketika suratan amal diberi pada umat manusia, ketika mizan dibentangkan untuk penghisaban dan ketika umat manusia meniti di titian sirat. saya tidak mampu untuk menulis dalam bab ini kerana sudah tercatit dalam hadis keadaan waktu di hari akhirat. bacalah moga dapat muhasabah diri anda. di sini Rasulullah SAW mengingatkan kita akan persediaan menghadapi akhirat. adakah kita bersedia menghadapinya jika di dunia apa sahaja yang kita buat tidak diketahui baik buruk? =)

Sunday 3 August 2014

Diari buat nota diri

Bertemu sebagai khalifah di dunia. Kembali sebagai penghuni di akhirat sana. jika di dunia merupakan seorang khalifah baik budi bicara santun pekerti dengan punya ketaatan penuh pada yang esa. maka syurgalah tempat selayaknya bagi mereka di akhirat yang nun menanti. jika di dunia merupakan seorang khalifah kufur pekerti tiada adil serta sambil lewa dengan amanah dari-Nya. maka selayaknya Allah Maha Adil dan pemberi hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Berjalan di satu sudut bumi. setiap waktu tertulis suratan takdir tanpa henti. di saat ini melangkah ke kiri dan saat itu melangkah ke kanan. di bahu kiri dan kanan tidak lekang memerhati kudrat seorang khalifah dalam mencari isi kehidupan di dunia. agar isi itu jadi bekalan di akhirat yang sangat seram dek hati yang takut pada kemurkaan, yang sentiasa mengharap dari-Nya bukan dari insan. khalifah yang berkehendak pada manusia dan berhajat pada Allah. khalifah yang berkehendak pada manusia adalah dia mencari ukhwah merapati sama-sama khalifah agar mereka dapat memakmurkan bumi Allah dengan zikr yakni peringatan. merapati manusia dengan tujuan kasih terhadap mereka kerana semua khalifah bakal di hisab. berkehendak kepada manusia itulah yang sebaik-baiknya. sebagai seorang suami berkehendak pada isteri dan anak, untuk menjaga mereka dari azab pedih kerana kemurkaan-Nya. sebagai seorang sahabat berkehendak agar dapat berjalan dengan ikwah saudara dan taulan menuju keredhaan-Nya. sebagai seorang guru yang berkehendak agar muridnya peroleh ilmu bermanfaat dan berkat agar berkongsi kelebihan orang alim ulama. sebagai seorang ibu dan bapa yang berkehendak agar anaknya mengasihi hati dan mendoakan mereka. sebagai seorang anak yang menghendaki agar dirinya menjadi individu yang baik disenangi oleh mereka yang disayangi.

khalifah perlu pada tempat pergantungan. kerana tiada di alam sesuatu tanpa pergantungan. semua makhluk dicipta berpasangan, bergantung hidup untuk meneruskan kelangsungan zuriat. bumi ada matahari dan bulan mengimbangi suhu dan keseimbangan peredaran. angin perlu berlanggar sesama sendiri untuk bergerak menongkah lautan. di situ terbit satu pengharapan, iaitu perharapan seorang manusia kepada kuasa yang haq. kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. seorang khalifah perlu meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah dan bukan pada insan. kerana Allah jualah yang mengisi hati insan-insan untuk membantu sesama sendiri di atas jalan yang diredhai-Nya. siapa sahaja tidak mampu untuk menyentuh hati orang lain kecuali dengan izin Allah SWT. Dia lah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan pada nur. dan dialah juga yang memasukkan manusia dari nur kepada kegelapan.

Kehilangan tempat pergantungan menyebabkan khalifah menjadi seorang yang rugi. tiada merasa ada kuasa dan kusut pengetahuannya terhadap diri sendiri. bahkan mereka mencari sedangkan mata mereka tidak mampu melihat nur Allah yang begitu terang pada penglihatan para mukmin yang bertaqwa.

Dalam hadis sahih muslim, dari anas bin malik ra, Rasulullah SAW pernah bersabda: Tiga golongan jika ada padanya maka mereka memperoleh kemanisan iman.
1) Barangsiapa yang mencintai seseorang individu tiada sebab kecuali kerana Allah SWT
2) Barangsiapa yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya
3) Barangsiapa yang lebih sanggup untuk kembali ke neraka tiada sebab kecuali kerana benci untuk kembali kepada kekufuran

siapakah khalifah? kitalah khalifah
KITALAH KHALIFAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KITA MENGHUNI DI BUMI ALLAH SWT
SEBAGAI KHALIFAH

Friday 1 August 2014

Tidak berhajat pada manusia

Dalam kekeruhan jiwa
bertaut satu upaya
kudrat yang mengatasi segalanya
membantai duka dan lara
kerana diri lemah layu ini
bergantung harap 
bukan pada manusia 
tetapi kepada Yang Esa

Dalam pada itu
hadir sayang kasih
dari renjisan haruman
berbau wangi asyik memanjang
dekat dirasa namun
jauh dari mata

Aku pemuda
disuapkan nasi
diberikan air
dilapik alas
mengiringiku rombongan
dari para sahabat
mendekatiku mengajak kebaikan
hendaknya memerhati
sambil diri merelakan
kadang terfikir jua
dimana pembaharuan




 
Blogger Templates