Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Thursday 27 December 2012

Hati ini


Raja seluruh anggota ialah hati, kerana itulah hati perlu dijaga dengan rapi. Kalau raja tergugat maka rakyatnya juga akan tergugat. Jika hati tergugat maka seluruh anggota tubuh juga akan turut sama tergugat… contohnya jika kita melihat pada aurat seorang perempuan yang cantik mestilah akan terbit daripada hati kita rasa takjub akan keindahan yang menyebabkan hati kita rasa tergugat…

Dengan tergugatnya hati maka anggota tubuh  badan juga akan tergugat sama, seperti seorang lelaki yang terus pergi memikat gadis-gadis cantik yang berlalu di hadapannya, remaja-remaja yang suka berhias dan lain-lain. Semua itu datang daripada perasaan takjub yang merupakan sifat hati itu sendiri.

Dengan adanya sifat takjub manusia boleh terpengaruh kea rah kebaikan mahupun keburukan bergantung kepada kekuatan iman dan amal mereka itu sendiri. Sifat takjub juga boleh mengubah personaliti seseorang individu daripada imej yang baik kepada buruk dan sebaliknya. Takjub itu amat merbahaya jika kita tidak mempunyai ilmu dan iman dalam gengaman kita.

Maka carilah sebanyak mungkin ilmu dan jagalah iman dengan kesabaran, jangan teralu terpengaruh dengan ketaksuban hati terhadap perkara-perkara yang boleh membelakangkan kebenaran.

Perasaan pula makhluk yang bertentangan dengan hati. Jika perasaan tergugat maka ia tidak mempengaruhi anggota kita tetapi ia menyebabkan emosi atau anggota batin kita tergugat. Dengan kata lain perasaan itu merupakan raja kepada anggota batin.

Jagalah perasaan dengan kekuatan iman. Banyakkanlah menyelami ukhuwah antara para sahabat dan Rasulullah, kerana ia boleh membina perasaan cinta kerana Allah.

Binalah asas yang kukuh daripada raja yang kuat. Supaya kita tidak menyesal dalam perjalanan kita menuju kea lam akhirat. Moga-moga pengorbanan kita dibalas dengan ganjaran keredhaan Allah SWT… in sya Allah =)

Thursday 20 December 2012

Ukhuwah fillah

Ukhuwah.... iaitu satu persaudaraan,, Ukhuwah fillah pula satu hubungan persaudaraan sesama muslim untuk mencapai redha Allah SWT..

Tidaklah manusia itu dicipta oleh Allah untuk menumpahkan darah antara satu sama lain... Allah telah menyuruh kita untuk menjaga dan sejahterakan alam duniawi dengan kasih sayang dan keamanan...
Namun, kita tetap menyalahi pemikiran yang sepatutnya kita tanam dalam hati tentang apa itu ukhuwah fillah...

Ukhuwah fillah itu boleh sahaja kita katakan pada mulut kita bahawa kita cinta kepada saudara semuslim kita kerana Allah SWT tetapi sekurang-kurangnya niat yang baik itu ada.. Hal ini tak salah jika kita melafazkannya, tetapi tidak teringinkah kita untuk menikmati betapa lazatnya ukhuwah fillah itu jika kita betul-betul berada dalam kasih sayang Allah sepanjang masa kita berada dalam persahabatan dengan seorang daripada sahabat kita??

Saya juga teringin... Jika diizinkan oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan sahabat sedemikian sudah tentu saya akan terus berdamping dengannya... Saya juga dalam usaha untuk mewujudkan ukhuwah fillah dengan bergaul walaupun saya ini dhaif dari segi pergaulan...

Apabila kita sebut tentang ukhuwah fillah, sudah tentu kita bayangkan akan satu persaudaraan yang akan membawa kita kepada syurga dengan keredhaan Allah SWT.. Ukhuwah yang sebegini rupa merupakan satu hubungan yang dirahmati dan dikasihi Allah SWT... Contohnya hubungan para sahabat dengan Rasulullah SAW yang tiada tandingannya.. Mereka sentiasa memikul rasa tanggungjawab terhadap perihal antara mereka.. 
1  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1551.
Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".

..........................................................................................................................................................
5  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0016.
Dari Anas r.a, dari Nabi saw., katanya: "Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya, nescaya ia akan mendapatkan kesedapan iman: (1) Orang yang cintakepada Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada cintanya kepada yang lain dari pada keduanya. (2) Orang yang mencintai orang lain semata-mata. (3) Orang yang benci untuk kembali kepada kafir, setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama dengan bencinya akan dijatuhkan ke dalam neraka."


Memang mustahil apabila kita hendak membina ukhuwah seindah ukhuwah Rasulullah dan para sahabat kerana mereka terlalu hebat imannya teguh pegangannya dan kuat taqwannya.. Sekurang-kurangnya kita kenalah meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah SWT dan berusaha untuk mendapatkan sahabat yang baik... 

Sungguh suka hati jika ada yang dapat menemani kita ke syurga..
Sungguh suka hati jika dapat bersujud di hadapan Allah SWT di syurga bersama-sama
Sungguh suka hati jika dapat bersama Rasulullah dan ditemani oleh sahabat di syurga

Saya harap Allah SWT akan memberi peluang kepadaku untuk mendapat satu hubungan persahabatan yang diredhai oleh-Nya.. in sya Allah =))

Saturday 8 December 2012

Pendirian


“ Janganlah seorang pun daripada kamu menjadi orang yang tak berpendirian, beliau mengatakan : “Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan berbuat baik, sekirannya mereka berbuat jahat aku akan berbuat jahat (pula),” tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu apabila orang berbuat baik kamu mestilah berbuat baik, sekirannya mereka berbuat jahat, kamu mestilah menjauhkan diri daripada kejahatan mereka” RIWAYAT TARMIZI

                      Pendirian itu penting untuk menetapkan iman. Ada manusia yang pendiriannya kuat / lemah untuk melakukan kebaikan dan ada juga yang kuat / lemah pendiriannya untuk melakukan kejahatan. Sedangkan pendirian seseorang manusia itu merupakan perkara asas dalam membina iman yang benar.


27.  يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
  Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Allah berfirman dalam Surah Al A’raf ayat 27
“Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibu bapakmu dari syurga dengan menanggalkan pakaian keduannya untuk memperlihatkan aurat kedua-duanya.  Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak bias melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang yang tidak beriman”.

Pendirian yang betul itu boleh mengelakkan kita daripada tertipu dengan hasutan dan tipu daya syaitan. Sedangkan  pendirian yang salah mampu menarik seseorang itu menjadi seorang yang ketagih melakukan dosa serta maksiat.

Sebagai seorang islam kita mestilah yakin dengan segala janji yang telah Allah SWT nyatakan dalam Al Quran dengan iman yang kukuh. Sebagai seorang islam juga kita perlu menetapkan iman kita untuk menjauhi segala perkara yang buruk, keji dan mungkar supaya iman kita terpelihara daripada syaitan-syaitan yang selalu mencari jalan untuk merosakkan iman seseorang manusia.

Walaubagaimanapun, Iman yang sekata itu milik malaikat. Iman manusia ada naik turunnya. Kadang-kadang iman mereka mengatasi hawa nafsu dan kadang-kadang hawa nafsu mengatasi imannya. Ada juga tahap dimana iman dan hawa nafsu mereka berada pada level yang sama. Bagi mereka yang mempunyai pendirian yang benar, sudah tentunya mereka akan menjauhi benda2 yang mendatangkan keburukan dan mengusahakan supaya iman mereka dapat meningkat dengan berzikir, melakukan ibadah dan sebagainya. Lawan kepada pendirian yang benar ialah lemah semangat.

Lemah semangat itu satu fitrah daripada fitrah-fitrah manusia. Jangan berputus asa jika kita dilanda perasaan ingin melepaskan stress dengan melakukan keburukan kerana dosa akan menimpa kita.


Maka kita kena jaga hati kita dengan baik supaya kita sentiasa dalam rahmat-Nya… in sya Allah

Thursday 20 September 2012

Terfikirkah kita??

Terfikirkah kita??

sewaktu kita tidur.. terfikirkah kita akan kedatangan Malaikat pencabut nikmat, yang memisahkan kita dengan kehidupan di dunia dengan perintah Allah.. Sewaktu kita hendak melelapkan mata... Sewaktu nafas berdesing ketika tidur... Waktu kita bersenang lenang dan lalai daripada mengingati apa yang dituntut oleh-Nya... 

Terfikirkah kita??

Apabila kita terjaga daripada tidur.. Mengapa kita dikejutkan oleh Malaikat dengan izin Allah? Sedangkan Allah ingin melimpahkan rahmat-Nya kepada kita... Namun kita tak kuat untuk melawan gelora nafsu.. Sedangkan kita masih belum berurusan dengan Allah, untuk mendekatkan lagi hubungan kita dengan-Nya...

Terfikirkah kita??

Apabila kita tercari-cari cinta manusia, yang dianugerahkan daripada Allah yang hanya satu-satunya Maha esa, Yang merupakan nikmat fitrah manusia... Kita dengan rakusnya mencari cinta manusia, dengan tamaknya mengaut cinta manusia, dengan tanpa malu dan segan mengejar cinta manusia... Sedangkan kita tak menaruh perasaan untuk mencari cinta illahi... Cinta yang kekal abadi yakni cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW...

Apakah kita harus melebih-lebihkan cinta terhadap manusia.. Wahai sahabat... Jangan sesekali melebihkan cinta manusia.... jangan biarkan cinta manusia mendahului cintanya kita terhadap Allah dan Rasul-Nya... Jangan terlalu taksub dengan permainan cinta... jangan...sesekali janganlah terlalu leka...

Terfikirkah kita??

Bahawa Allah tahu segala yang diterbit mahupun yang dirahsiakan oleh hati, nurani, jiwa dan perasaan kita... Tahukah kita bahawa Allah mempunyai jutaan saksi yang sentiasa melihat perlakuan kita setiap saat... Tiada masalah bagi Allah untuk memasukkan kita ke dalam neraka kerana satu saat kita lalai kepada Allah... Tiada masalah bagi Allah untuk memasukkan kita ke dalam syurga kerana kita bersyukur dan bersabar...

 Terfikirkah kita??


Sesungguhnya tanah itu lebih baik daripada manusia yang berdosa.. Sedangkan manusia yang berdosa itu sendiri akan menyesal sehingga berkata "Wahai, ruginya.. Alangkah baiknya jika aku hanyalah tanah daripada mulanya.." Lihatlah tanah.. Setiap hari jutaan malah tidak terkira banyaknya manusia memijak-mijak atasnya... manusia mencipta bangunan dan kenderaan yang turut memijak tanah.. Namun tanah tetap bersabar.. Dia redha dengan perintah Allah atas kejadiannya sebagai permaidani kepada manusia.. Tanah bangga jika orang yang beriman memijakkan kakinya di atasnya.. Tanah juga mengutuk mereka yang berdosa memijakkan kaki di atasnya...

" Wahai manusia, kau mukmin.. kau buat apa yang Allah suruh dan tinggal segala larangan-Nya, Kau turut bersabar sebagaimana yang dituntut olehmu untuk bersabar, Maka aku akan sentiasa berdoa untukmu agar kau dapat redha-Nya, moga kamu menjadi Ahli Allah.."

"Wahai manusia, kau ingkar... kau kufur terhadap perintah Allah dan kau laksanakan segala larangan-Nya, Kau memperajakan nafsumu dan tidak pula kamu bersabar sebagaimana yang dituntut olehmu untuk bersabar... Kau hina sedangkan kakimu berada di atasku.. Tunggulah kamu akan janji azab yang pedih..

Fikirkanlah sahabat.................................................................................................

Sunday 2 September 2012

Sudah lama agaknya..

Alhamdulillah, Dengan izin Allah SWT dapat juga saya melihat dan berkomgsi coretan ilmu yang sedikit sebanyak dapat memberi kepada kita kepercayaan bahawa Allah SWT sentiasa mengiktiraf kita sebagai hamba-Nya.

Diciptakan sebagai seorang manusia, yang sempurna dari segi jasmani, jiwa emosi dan intelek, kita sentiasa diberi ujian daripada Allah SWT.

Maka bergembiralah dengan ujian yang menerpa kita..
Kerana itu tanda Allah ingin memberikan kebahagiaan akhirat kepada kita.
Dan apabila Allah memberikan kegembiraan akhirat kepada kita.
Itulah tandanya Allah sayangkan kita, Allah kasihkan kita, Allah menyukai kita,
Itulah permulaan kepada rahmat Allah yang Maha Agung
Terlalu beruntung hamba-Nya yang berjaya dalam ujian Allah

Semakin banyak ujian, semakin berat ujian,
Maka semakin bertambahlah sayangnya Allah kepada kita

Maka janganlah mudah berputus asa
Janganlah biarkan diri terasa berputus asa terlalu lama
kuatkan iman
bersedia dengan kesabaran
teguhkan itikad
jangan berhibur berlebihan kerana hiburan menaikkan nafsu, sedangkan nafsu itu penyebab kepada perasaan putus asa
didiklah perasaan tawadhu
sentiasa qanaah
banyakkan ibadah sunat terutamanya solat wudhu, solat tahiyatul masjid, solat taubat dan solat istikarah
lazimkan diri sembahyang jemaah 

DAN YANG PALING PENTING SEKALI

SENTIASALAH LAKSANAKAN APA YANG ALLAH SWT TUNTUT DARIPADA KITA

JANGAN SESEKALI INGIN MELANGGAR KEWAJIPAN YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH ALLAH KEPADA KITA

SENTIASALAH HARAPKAN PERTOLONGAN ALLAH KERANA KITA HANYALAH HAMBA

DAN PERTOLONGAN ALLAH SAHAJALAH YANG MEMBAWA KEJAYAAN YANG NYATA

Akhir sekali, kepada sahabat2 saya yang dikasihi, jagalah hati... jagalah iman....

berdoalah agar kita dapat bersabar dalam menjalani kehidupan
agar dapat kita mengecapi redha illahi.. in sya Allah...

Tuesday 15 May 2012

Cara untuk menghilangkan stress

Assalamualaikum, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah SWT, Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Dengan kelapangan masa yang ada, marilah sahabat-sahabat membaca sedikit sebanyak perkongsian untuk manfaat bersama.

Hari ini ana ingin berkongsi cara-cara untuk menghilangkan rasa stress, marah dan mimpi buruk dengan izin Allah SWT.. InsyaAllah Amantu billah..

Jangan lupa mulakannya dengan bismillahi rahmani rahim...

Bahan2nya ialah :


1) Air sembahyang istiqarah / hajat dan air bacaan doa. Hendaklah buat air sembahyang istiqarah / hajat dan air bacaan doa untuk 3 kali mandian. Pastikan anda betul-betul ikhlas dan khusyuk ketika membuat air tersebut. Ataupun anda boleh minta bantuan orang-orang yang berilmu dalam kalangan ustaz-ustaz untuk menyediakannya kepada anda. Niatkanlah tujuan anda dengan betul dan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya supaya insyaAllah akan disembuhkan penyakit hati kita. =)








2) Daun bidara
Berhati-hati apabila mengambil daun bidara kerana batangnya berduri. Durinya sangat tajam dan mudah masuk ke dalam isi jika terluka.

<< gambar daun bidara


 << gambar daun bidara
      Kalau terkena duri bidara maka anda dinasihatkan untuk mengurut luka dengan minyak-minyak urut yang disediakan di rumah masing-masing.

 Ambil daunnya sahaja. bahagian batangnya yang berduri itu tidak diperlukan. Maka letakkannya dalam bekas untuk tindakan lanjut. Lebih banyak kuantiti daun bidara nya lebih bagus.



isikan bekas berisi daun bidara dengan air melebihi kuantiti daun bidara. Panaskan daun bidara sehingga mendidih. Banyakkan selawat kepada Rasulullah SAW dan selawat kepada Nabi Ilyas sewaktu menunggu air itu mendidih. Hal ini demikian kerana, Nabi Ilyas itu merupakan penjaga kepada herba-herba yang menyembuhkan penyakit.




Selepas itu, Tuangkan air mendidih yang mengandungi daun bidara, air sembahyang istiqarah / hajat dan air bacaan doa dan 10 liter air lain ke dalam satu besen untuk dicampurkan bersama. Ambik air wudhuk dan baca doa selepas wudhuk. Mandilah dengan air itu secara perlahan-lahan. Jangan mencarut ataupun menzahirkan kenakalan sewaktu sedang mandi. Mandilah dengan menaruh harapan agar sembuh daripada masalah yang dihadapi.

Wallahu A'lam.. Sekian.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.. =)

Sunday 13 May 2012

Puisi rekaan -- Iman Yang Teguh --

Perintah nafsu,
Buatlah apa yang kau mahu,
Sesuka hatimu,
Luahkanlah serakah kalbu,
Jangan di tunggu-tunggu,
Tak perlu risau,
Tak perlu jemu,
Nikmatilah dunia dahulu,
Apakah kau mahu jadi dungu??

Jawab iman,
Aku seorang insan,
Bukan binatang peliharaan,
Yang bisa diperintahkan,
Olehmu yang penuh kelemahan,
Sedangkan kaulah punca kerosakan,
Nurani sejati para muslimin,
Maka musnahlah segala impian,
Para pengikutmu masa hadapan.

Mencelahlah syaitan,
Kau bazirkan kelapangan,
Kau tipu dirimu dengan kesengsaraan,
Kenapa harus kau berkorban??
Sedangkan kau bijak punya pemikiran,
Tak perlu malu tak perlu segan,
Masih ada masa dan kesempatan.

Lantas iman berbicara,
Aku insan kesuntukan masa,
Boleh saja maut datang menerpa,
Entah bila,
Entah kenapa,
Entah bagaimana,
Kerana tiada peluang kedua,
Jangan sia-siakan yang pertama,
Janganlah ulangi kesilapan sama,
Adam dan hawa,
Yang didengki iblis durjana,
Juga manusia-manusia,
Mangsa penipuan syaitan tercela,
Ingatlah ini bukan teguran semata-mata,
Bahkan amaran daripada yang Maha Esa!!

Nukilan


Friday 4 May 2012

Jumaat

Pada hari Sabtu.. aq macam biasa akan rasa sungguh bosan.. tiada aktiviti yg boleh d lakukan pada hari ini..
Maka banyak sungguhlah masa yg aku gunakan utk berfikir..

Kelmarin aq pergi ke jeram pasu dgn abg ipar.. aq mandi kat tmpt yg agak tnggi laa.. kene naik batu bata yg tajam n licin.. ttp mujurlah tak jatuh, kalau tak wajib jadi gemuloh dh... Kerana terlalu seronok mendaki batu bata, ada tersilap sedikit dan terus tergelincir.. mujurlah ada beberapa anak batu di situ bolehlah berpegang.. hu4... sungguh bahaya.. 

Tika sampai kat atas air terjun.. aq baru perasan bahawa kaki aq terluka akibat tergelincir tadi.. Aneh rasanya kerana kaki aq telah berlumuran darah, baru rasa sakitnya.. mgkin tak perasan kot bila terluka kaki..hu4

Maka rasa-rasanya tak salah bagi ana utk mengulas cerita yg dialami oleh diri sendiri ini kepada sahabat-sahabat sekalian..

Jadi.. Alamdulillahi Rabbi A'lamin.. Wassolatu Wassalamu A'la Sayyidil Anbiya Wal Mursalin..

Dengan izin Allah SWT kita hidup sebagai sejenis makhluk yg mempunyai kelebihan daripada makhluk lain.. Allah SWT menciptakan kita dalam keadaan sedemikian rupa adalah untuk mengangkat martabat dan darjat manusia setinggi-tingginya sebagai sebaik-baik makhluk di sisi Allah SWT. Maka Allah SWT menempatkan Syurga di tempat yg teratas dan mulia namun susah bagi manusia untuk mencapainya tanpa usaha. Maka sudah menjadi tanggungjawab manusia lah untuk mendaki liku-liku kehidupan di dunia untuk naik ke puncak syurga. 

Biar saya ceritakan dengan lebih panjang lagi...

Allah telah memilih para pendaki yang terdiri daripada golongan muslimin-muslimin iaitu mereka yg melaksanakan rukun islam secukupnya untuk mendaki "gunung" dunia. Puncaknya yang berada tinggi melangit itu ialah syurga. Sesetengah muslim tidak yakin kerana mereka tidak nampak puncak gunung itu maka mereka inilah golongan yang malas berusaha. Mereka tidak mahu mengerahkan tenaga mereka untuk pergi mendaki gunung dunia dan mengharungi liku-liku cabaran untuk mencapai syurga Allah SWT.

Maka ada sesetengahnya lagi pergi mendaki gunung dunia. Mereka inilah golongan yg yakin kepada janji Allah SWT iaitu mereka yg mukmin. Atau mereka yg melaksanakan rukun iman. Mereka bertungkus lumus membanting tulang utk mencapai matlamat mereka iaitu untuk menggapai syurga dengan Redha Allah SWT.
Semakin mereka naik maka semakin bertambah yakinlah mereka kepada Allah kerana mereka semakin dekat dengan puncak itu seolah-olah bayangan syurga berada di hadapan mereka. 

Ada juga sesetengahnya yang lain memberi dorongan dan membantu sahabat-sahabatnya yang lain untuk mendaki gunung dunia. Mereka inilah golongan Mukorobin atau golongan yang melaksanakan rukun ihsan. Mereka bukan sahaja bersusah payah mendaki gunung dunia untuk sampai ke puncak syurga tetapi dia juga menghulurkan bantuan kepada orang yang penting kepadanya untuk mereka sama-sama menuju ke puncak syurga. Mereka inilah golongan yang termulia dalam kalangan yang mulia kerana keikhlasan dan ketakwaan mereka tiada tolok bandingnya. 

Mendaki gunung dunia ada banyak cabarannya. Terkadang-kadang ada yang jatuh lantas mati kerana harta kekayaan, wanita, hiburan melampau dan maksiat menerpa mereka sewaktu mendaki. Jika pegangan mereka cukup kuat maka tidak ada yang boleh menghalang kemaraan mereka untuk ke syurga Allah SWT. Maka manusia juga tidak terlepas dengan syaitan yang berada dalam kalangan manusia dan jin yang juga turut sama mendaki. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu untuk memastikan manusia jauh daripada keredhaan-Nya. Maka puak-puak syaitan inilah yg menjadi musuh kepada manusia yang sedang mendaki. Namun ada juga manusia yang terpedaya lantas jatuh dan terus mati dalam kemurkaan Allah SWT.



27. 
 يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
  Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
Al-Araf [7:27] 


30. 
 فَرِيقًا هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ ۗ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
  Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat.
Al-Araf [7:30] 


201. 
 إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ
  Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
Al-Araf [7:201] 

Maka ingatlah pesan Rasulullah SAW yang merupakan satu-satunya peta bagi kita untuk sampai ke puncak syurga itu. Janganlah tunggu lagi kerana masa pendakian gunung amat singkat. Jadi manfaatkanlah masa kita untuk kebaikan di dunia dan di akhirat

Dari Arfajah bin Syurah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tangan Allah di atas jemaah. Yakni pertolongan Allah yang khusus adalah bersama jemaah. Kerana ini, sesiapa yang berpisah dari jemaah, maka syaitan bersamanya dan sentiasa cuba menyesatkannya. (HR Nasa�i)

Monday 30 April 2012

Sedikit perkongsian

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

Jadi....Alhamdulillahi Rabbil A'lamin..... Wassolatu wassalamu a'la sayyidil anbiya wal mursalin nabiyyil umiyyil habib....


1. إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Para Sahabat-sahabat yang saya kasihi Allah SWT sekalian... 

Sekadar perkongsian...

Kata ibrahim : "Manusia yang meninggi diri itu umpama tanah yang berada di atas bukit, Walaupun tinggi tempatnya namun sedikit sekali tumbuhan yang boleh hidup kerana tanahnya yang tidak subur. Manusia yang merendah diri pula seperti tanah di hilir bukit, Walaupun kedudukannya di bawah bukit, namun begitu banyak sekali tumbuhan yg boleh hidup kerana tanahnya yang subur."

Sebagai seorang manusia kita semestinya mengukir rasa rendah diri dalam hati sanubari supaya kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Dengan rahmat Allah SWT sahajalah kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki daripada-Nya..

Maka jauhilah daripada sifat meninggi diri kerana ia boleh menjadi sebab kepada terputusnya rahmat Allah SWT kepada kita, Yang boleh menyebabkan Kemurkaan dan kehilangan keberkatan rezeki daripada-Nya...

Ana ingin ambil satu contoh sifat meninggi diri yang sering manusia sekarang terlepas pandang...

Iaitu seorang yang yakin bahawa dirinya dekat dengan Allah SWT, percaya bahawa Allah menerima segala rayuannya dan mendengar luahan perasaan daripada hati nuraninya, sedangkan dia tidak menatijahkan keyakinannya dengan amalan-amalan soleh..

Hal ini seperti seorang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak melaksanakan tuntutan kalimah tersebut dan kalimah itu hanyalah menjadi permainan di mulutnya sahaja.

Ketahuilah bahawa keyakinan tidak akan membawa kita untuk menjadi seorang yang kuat iman. Keyakinan yang dinatijahkan dengan amalan-amalan yang soleh sahaja yang dapat menguatkan iman kita. Apa gunanya kita setia jika kita tidak membuktikan kesetiaan kita??

Contohnya, mereka yang tidak istiqamah dalam solat malam dan tidak melazimkan diri dengan puasa dan Al Quran...

Kesimpulannya, Janganlah persia-siakan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya..


Thursday 19 April 2012

Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 11-16


11. 
أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
12. فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
13. ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
14. وَقَلِيلٌ مِنَ الْآخِرِينَ
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
15. عَلَىٰ سُرُرٍ مَوْضُونَةٍ
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16. مُتَّكِئِينَ عَلَيْهَا مُتَقَابِلِينَ
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


Ayat 11 : Perkataan  أُولَٰئِكَ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang mempunyai sifat mulia yang telah diceritakan dalam ayat sebelumnya iaitu as-sabiqun. Perkataan itu di gunakan untuk menunjukkan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah SWT

Ayat 12 : Golongan as-sabiqun akan menetap dalam syurga yang dengan kenikmatan yang tidak  pernah dilihat mata manusia, tidak pernah didengar oleh telinga dan di luar khayalan manusia.

Ayat 13 - Ayat 14 : Golongan as-sabiqun banyak jumlahnya dari kalangan umat yang terdahulu, Dikisahkan tatkala turun ayat ini, para sahabat merasa risau dan susah hati, lantas  Rasulullah SAW  bersabda : "Aku berharap kalian menjadi seperempat penghuni syurga, sepertiga, bahkan sepenuhnya atau sebahagian ahli syurga." Ertinya kamu memenuhi separuh dan umat lain memenuhi separuh.

Kesimpulannya, Bilangan umat Nabi Muhammad SAW yang akan masuk syurga lebih ramai berbanding umat silam. Namun, Golongan As- Sabiqun umat terdahulu ramai kerana ia dicampurkan dengan bersama mereka umat para nabi silam. Jadi, logiklah mengapa kuantiti mereka jauh lebih ramai berbanding umat Nabi Muhammad SAW yang tidak dicampurkan kaum nabi lain.

Ayat 15 - Ayat 16 : Ayat ini menyatakan tentang nikmat-nikmat penghuni syurga dalam kalangan As-Sabiqun.

Mufarokah cinta

Cinta ialah satu perkara yang indah bagi manusia. Selalunya manusia akan diperkenalkan kepada cinta pada usia remaja. Namun, cinta kadang-kadang bukan seindah yang kita rasa kerana cinta itu boleh menjadikan kita lalai dan leka terhadap Allah SWT. Sedangkan Allah SWT lah yang telah memberikan nikmat cinta kepada kita, tapi kenapa kita salah gunakan satu-satu anugerahnya yang amat bernilai dan boleh kita bawa hingga ke syurga??


Manusia itu sememangnya sejenis makhluk yang tidak mengerti rasa syukur. Mereka begitu rakus dan sombong kepada Allah SWT. Bagaikan orang yang terjun ke dalam lautan yang dalam untuk mengorek emas yang berada di dasarnya sedangkan mereka berada dalam keadaan bahaya dalam lautan. Mereka tetap sombong di atas daratan yang mempunyai emas yang sedikit kuantitinya walaupun hakikatnya mereka lebih selamat berada atas daratan.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
 



Sedarlah bahawa Allah SWT telah mencipta segala-galanya dengan kesempurnaan dan lengkap. Kita sebagai salah satu daripada ciptaan-Nya hendaklah taat dan janganlah kita sanggup mengorbankan hubungan kita dengan Allah SWT semata-mata kerana cintanya kita kepada dunia.. 



Sunday 15 April 2012

Permaidani hidup

Di atas pentas
Terbentang luas
Detiknya seimbas
Sekali laluan jejantas

Hidup bagaikan ruas
Tak puas-puas
Hingga lalaikan tugas
Sesal sudah kena tempias

Permaidani senipis kertas
Umpama sehembus nafas
Arusnya deras
Beratnya tertindas

Maka lekas
Jangan rimas
Sebaik-baik tuntas
Ialah berfikiran waras

PENULIS = Zakiran Razak

Rangkap 1 : Hidup itu luas namun sungguh sebentar.. Apabila hidupnya seseorang manusia maka dia berada dalam keluasan dunia.. Namun keluasan dunia itu hanyalah sementara kerana maut mampu datang menerpa pada bila-bila masa sahaja. Allah hanya memberi peluang kepada manusia untuk hidup sebagai hamba-Nya hanya untuk sekali sahaja. Setelah manusia mati maka dia sudah tidak boleh undur untuk hidup kembali.

Rangkap 2 : Masa hidup manusia amatlah terhad seumpama ruas-ruas antara jari. Manusia tidak akan dapat puas dengan nikmat hidup di dunia kerana pada mata mereka terdapat pelbagai kegembiraan dan kebahagiaan hidup berada atas dunia. Ada Manusia yang asyik menikmati dunia hinggakan lalaikan tugasnya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan sebagai khalifah di muka bumi. Mereka inilah yang akan di adili oleh Allah, Tuhan Yang Maha Adil. Jika baik amalannya maka baiklah akibatnya. Jika buruk amalannya maka buruklah akibatnya.

Rangkap 3 : Hidup umpama permaidani senipis kertas. Walaupun nipis, manusia tetap mahu meniarap atas permaidani itu walaupun ianya tidak selesa. Hidup itu nikmat yang menyebabkan manusia tamak dan berlumba-lumba untuk mendapatkannya seperti sehembus nafas. Sehembus nafas tidak akan dapat membekalkan cukup udara oksigen kepada seluruh sel-sel pada tubuh badan seseorang manusia.

Ketahuilah, Bahawa arus dunia itu amatlah deras. Maka manusia yang tidak kuat dalam menongkah arus itu maka hanyutlah dia. Adapun  hidup juga beratnya umpama ditindas. Maka beruntunglah orang yang kuat, iaitu orang-orang yang kuat bersabar dan meminta pertolongan daripada Allah SWT

Rangkap 4 : Wahai sekalian manusia!! lekaslah lakukan anjakan paradigma untuk berubah. Janganlah merasai bahawa perubahan ke arah yang baik itu amat merimaskan kerana mendapat jemuhan dan cacian daripada orang lain kerana Allah SWT akan sentiasa menyayangi kita. Buatlah keputusan dengan bijak dengan melakukan perubahan ke arah yang baik. Kerana mereka yang berfikir untuk berubah ke arah yang baik itulah mereka yang berfikiran waras.




Thursday 12 April 2012

Fikir-fikirkanlah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh wamaghfiratun waridhwan =)

pada suatu hari...
zakiran sedang termenung..
akulah tu..
asyik termenung...
ketiadaan sahabat untuk berbual-bual
apakan daya aku malas nak bersiar-siar..hu4
lagipon aku masih tidak sihat..
doktor kata aku mengalami allergi seduang...
setiap kali makan ikan pari mesti rasa xselesa...
pastu xboleh makan bnyak2 makanan brminyak dan bersantan...

aku termenung memikirkan nasib..
Alahai... penyakit2 ni memang menyusahkan betul..
menyebabkan aku rasa kecewa..
tak henti-henti aku caci maki penyakit tu..
segala jenis carutan dan tomahan aku guna..
kerana sungguh tidak selesa...
aku pon mandi.. huhuhu

Selepas itu aku terfikir...
MasyaAllah begitu adilnya Allah SWT kepadaku..
Aku rasa bersalah pula kerana tidak bersyukur..
apalah aku ni kan..
selalu terlupa akan Allah SWT sedangkan Allah sentiasa ingatkan aku...

Betul2.. Penyakit2 yang melanda manusia merupakan peringatan daripada Allah SWT supaya kita sentiasa mengingati-Nya kerana bagi Allahlah kuasa untuk menawarkan segala jenis penyakit..

Allah mengurniakan kepada kita penyakit supaya kita memperbanyakkan istighfar dan zikir kepada-Nya

Alhamdulillah... lega rasanya...
nasib baik Allah SWT masih menyayangiku..
sedangkan aku lalai dan leka..
Dia tetap mengingatiku..
Akulah hamba yang tak berguna kerana selalu lupa kepadamu..
Engkaulah segala-galanya bagi ku... Ya Allah ingatkanlah aku selalu..
Janganlah engkau membiarkan aku lalai...
Amin.. Ya rabbal a'lamin...
 
Blogger Templates