Saturday, 22 November 2014
Wahan
Kenal dunia bukan untuk mengejarnya, tetapi untuk keluar daripada kekusutannya akibat terlalu cinta pada dunia. penyakit takut ditinggalkan dunia adalah sangat kronik. malah sistem akal, roh dan jasad seseorang manusia boleh rosak begitu sahaja akibat perbuatan yang tidak berasaskan kepada jalan yang benar itu. kerana halnya dunia itu akan binasa, maka mereka yang mengejarnya tentu akan pulang membawa tangan kosong. umpama besi yang bernilai berjuta tetapi satu hari nanti pasti akan berkarat.
Dunia membawa pengejarnya kepada kelalaian dan jauh dari Allah. bukan kerana dunia itu kufur, tetapi sebagai ujian kepada manusia. mereka yang mengejar dunia pasti akan merasa penat kerana akhirnya harta, kedudukan dan kemewahan rumah tangga hasil usaha sendiri akan hilang saat melangkah ke alam kekal abadi. kerana dunia tidak mampu bertahan atas yang kekal abadi. begitu kecil dunia jika dibandingkan dengan satu sahaja sifat dari alam akhirat iaitu hidup kekal abadi.
Tidak mengejar dunia dan mengharapkan ganjaran akhirat itu adalah zuhud. definisi zuhud ialah menggunakan dunia sebagai jambatan ke akhirat. melihat kepada zuhud itu ada tahapnya yang tertentu. zuhud perlukan pengorbanan dari segi keperluan dan tingkah laku. pengorbanan dari segi keperluan adalah menginfakkan sesuatu di jalan Allah seperti memberi sedekah, menolong orang dalam kesusahan, menyebarkan ilmu, membekalkan kemudahan pengangkutan untuk mereka yang ingin menuntut ilmu, menghukum diri sendiri dengan membelanjakan harta kepada kebaikan agar tidak lalai dengan harta dan lain-lain. pengorbanan dari segi tingkah laku adalah menggunakan masa sebaiknya agar matlamat akhirat dapat tercapai iaitu mendapat ikhlas, seperti menjaga waktu solat, jaga hubungan dengan Allah dan manusia, berdoa, beriadah untuk mendapat kesihatan tubuh badan, menuntut ilmu, bermuhasabah, membaca sirah nubuwwah, menjaga lidah dari perbuatan keji, jangan berbuat maksiat, jangan mendekati zina dan macam-macam lagi.
Wednesday, 19 November 2014
Futur
Dapatkah kauduga cakerawala makna
bintang berkerlipan hitunglah
ia dipersada tingkap kacamu
Futur itu kotoran, kerana itu mereka yang membiarkan futur itu teruk. Apabila futur selalunya akan timbul lonjakan rasa persoalan yang membingungkan. yang seterusnya menyebabkan kita terpaku oleh perasaan sendiri dan merasakan hati mahu dibuai oleh nikmat duniawi. kerana hal ini berlaku akibat naluri manusia yang suka pada nikmat. tempat asal manusia sendiri adalah dari syurga dimana limpahan nikmat kurniaannya tidak berbelah bahagi.
Mereka yang tidak pernah merasai futur sebenarnya merasainya juga. tetapi tindakan aksi mereka terhadap futur itu berlainan. mereka yang merasai futur tapi iman mereka tidak bertindak balas menolak futur. setelah futur mereka melakukan lebih banyak fusuk (kekejian) dan lantas ada yang tergelincir kepada kufr (ingkar) pada perintah Allah. Ghuzwatul fikr selalu hadir untuk menyebabkan futur namun ingatlah bahawa itu untuk menguatkan lagi kita demi menghadapi dunia.
Kekuatan untuk melawan gelora nafsu tidak semudah sebagaimana anggapan. sedangkan anggapan juga boleh berasaskan nafsu. futur boleh menyebabkan tiada kekuatan tawazzun (keseimbangan) dalam diri. ruangan muhasabah agak sempit jika kita menyempitkan ruangan muhasabah. sepertimana seorang guru dapatkah beliau mengetahui murid mana yang memahami pengajaran jika bukan melalui ujian? sesungguhnya sebaik-baik guru adalah ujian. jangan menyempitkan ujian itu sebagai perkara yang menyebabkan kesedihan. futur juga boleh datang dalam bentuk kebahagiaan. kamu ketawa sedangkan hatimu terbuka luas kepada hasutan was-was.
hati sudahkah kau penat?
setelah dua tiga anak tangga
kamu daki
tetiba ada sebongkah jasad menghalangimu
untungkah jika kamu berundur semula
sedang matlamatmu
masih tak kelihatan dek mata
perjalanan hidup itu jauh
tetapi jejaknya sebentar sahaja
umpama pelita yang ditiup apinya
akan hilang serta merta
Dekatkan diri dengan Allah. Jangan putus asa. Dekati orang berilmu. Jangan lupa mutabaah amal. Jangan banyak merungut. Muhasabah. Al quran. Doa. Usaha. Tawakkal.'
As-shabab asasu Taghyir
At-tarbiyyah wa takwin torikuna littamkin
Al-Ukhuwah sirru kuwattina
=)
Monday, 17 November 2014
Undangan dari pintu kebenaran
Tuesday, 4 November 2014
Langkah seribu
Monday, 27 October 2014
Jurang tidak terisi
Monday, 20 October 2014
Susunan
Namun, lidah banyak menyebabkan manusia berubah perangai. hanya kerana tusukan lidah, hati manusia boleh berubah dari cerah menjadi malap. lidah walaupun tidak memercikkan darah sewaktu menusuk kalbu manusia, namun luka kesan dari itu menyebabkan perubahan kekal pada sifat manusia. kebanyakan manusia terkena penyakit degil kerana luka yang tidak pernah diubati dengan kemaafan, akibat infeksi dari kuman hasad dengki dan kemarahan yang bercambah dalam hati yang tercalar akibat hayunan lidah yang maut. Ada lidah yang menyelar leher mangsanya sehingga terkulai bersendirian akibat sedih dan sepi.
namun, dengan lidah ini jugalah kita memohon agar diberi keampunan dari Allah SWT, lidah ini jugalah kita gunakan untuk menyebut kalam Al Quran, lidah ini jugalah kita meluahkan isi hati kepada tuhan. sy pernah mendengar syeikh fahad al kandari berkata : "mungkinkah kamu mengharapkan Allah agar mengurniakan kamu hadiah anugerah yang termulia iaitu jawatan untuk menghafaz (menjaga) Al Quran. kamu melihatnya, membacanya dan bertafakur dengannya sedangkan mata, lidah dan akal fikiranmu tidak bebas dari dosa dan noda maksiat, tidak sama sekali tidak kamu mampu untuk mencampur antara yang hak dan batil!"
lidah anggota terbaik untuk manusia menggunakannya dengan tujuan yang terbaik sahaja. lidah yang tidak terjaga akan berterusan menjadi alat nafsu semata-mata. anggota yang paling disukai nafsu tidak lain tidak bukan adalah lidah. kerana melalui lidah manusia boleh menjadi liar. tanpa lidah manusia tidak boleh hidup kerana ia merupakan keperluan hidup untuk berinteraksi.
sekian sahaja untuk hari ini..kalau panjang sangat penat pulak nak baca kan ;)
Wednesday, 8 October 2014
Musuh Naluri
Manusia perlukan semua. Sahabat, musuh, tempat menyembah dan meminta pertolongan, keluarga. Tidak pernah ada manusia yg cukup dari segala keperluan. sedangkan seorang kaya yg mempunyai keluarga bahagia, badan yg sihat serta harta yg melimpah ruah pn tentu akan mencari keperluan yg lebih baik lagi dari yang sedia ada. Sifat keperluan sebenarnya menyebabkan manusia jadi keliru untuk membezakan keperluan sebenar dan juga keperluan yg sebenarnya tidak diperlukan
48. | وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ ۚ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۖ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ | |
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
Al-Maeda [5:49]
|
Keperluan ada dua. Iaitu keperluan untuk mendekati dan keperluan untuk menjauhi. Keperluan untuk mendekati adalah kita membuat sesuatu yg boleh mendekatkan kita kepada kebaikan. Dengan kata lain kita memakmurkan bumi ini dengan kasih sayang kerana Allah SWT. Keperluan untuk dijauhi pula adalah kita mengelak atau mengubati segala rasa yang tersirat dalam jiwa untuk berada pada maqam yang lebih dari yang selayaknya untuk kita manusia yang lemah. Dengan kata lain, kita kena ingat bahawa lebih banyak lagi makhluk bahkan Allah SWT sendiri yang berada di maqam teratas sedang memerhatikan segala tindak tanduk dan kerja kita seharian.
107. | أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ | |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. |
Musuh naluri adalah nafsu. Nafsu sentiasa menggunakan naluri sebagai alat untuk memuaskan dirinya. naluri umpama alatan kepada manusia. ia diajar oleh pengalaman. jika naluri terbiasa melakukan kejahatan maka mudahlah untuk seseorang itu terjebak kepada kejahatan kerana terdorong untuk melakukannya. jika naluri terbiasa untuk berlaku kebaikan maka senanglah jiwa mereka dalam ketenangan sewaktu mereka mengerjakan amalan yg baik. Naluri itu adalah alat yang mudah bengkok, jika bengkok susah untuk diperbetulkan balik. tetapi jika sudah diperbetulkan, kemungkinan untuk bengkok semula amatlah mudah. kerana itu naluri perlu dilatih untuk istiqamah. istiqamah dalam melakukan amalan baik agar selamat dari naluri yang tidak sihat.
Bertakwalah kepada Allah SWT.. Takutlah akan Allah SWT.. Menangislah kerana mahu dekat dengan Allah SWT..agar kamu beroleh ketenagan abadi..serta kejayaan di dunia dan di akhirat..
Doakan saya agar berjaya juga..
Amin...
Jazakallahu khairan kasira..
=)
Monday, 29 September 2014
A Day To Remember, A Night in Slumber
I wake up
from the night
and my slumber
nice looking shine
rise from the mountains
it is a new adventure
for me and you
One Night
I go sleep
and close my eyes
hoping that tommorow
better sunrise follows
that could carve
a big
gracious grin
on the face
of me
The days
they came
pass by
and go
far away
but tommorow
is yet known
how will we
face it so
The oppressed
always sing a song
that they had
a broken
shattered heart
but all person know
each possessed such
no one live
without having
a bleeding emotion
One day
you seek a doctor
can you treat me?
nay, mine quite harsh
how can i make yours
One day
you seek a friend
can you help me?
yes, they smiled and laugh
but perhaps just
a brief short
One day
you seek a psychologist
what am i doing?
she checked and checked
but it cannot be helped
One day
I stand
from my chair
feeling just want
to escape all
but i forgot
that keep remembering
cause no trouble
gifts are meant
to be noticed
anytime of the day
Monday, 22 September 2014
Andai Situasi tidak semberona
merasa kering
dijemur laksana
bilis-bilis diatas kayu
menunggu untuk jadi santapan
basahkanlah dengan kelembutan
bukan air biasa yang dimaksudkan
tapi wudhu serta perasaan
malah bangun sujud merelakan
kebesaran tuhan
Seandainya karut
mengganggu kala
rias purnama
rembulan menyaksikan diriku ini
Sedang kaki sibuk menyoal
fikiran pula mengelirukan
ambilkan ubat untuk dikemam
tenangkan diri dengan perhambaan
Seandainya takut
menyusur sendirian
kerana terpaksa memikul
dengan bahu dan tangan
jika tiada kekuatan
terkoyaklah sendi dari tulang
maka pintalah ia
dari tuhan kita
Yang Maha Kuasa
Seandainya terjawab
yang telah lama tersembunyi
tiba tersuluh jelas pada diri
tambahkanlah imanmu
jauhilah dari menzalimi
panggillah mereka memasuki
jangan puas lagi
sehingga semua terselamat
aman sejahtera dan abadi
Seandainya lemah
kerana ketulan dosa
pintalah keampunan
dari Yang Maha Esa
Monday, 15 September 2014
Yuran ke syurga
Dalam menelusuri kehidupan, kita semampunya mengharungi satu perjalanan penuh misteri. Satu perjalanan yg pada awalnya dipenuhi ranjau cabaran dari ujian dan nikmat juga berakhir dengan ujian dan nikmat. Sesetengahnya mengetahui akan ganjaran yg menunggu di garisan penamat dan sesetengahnya tidak mengetahui. Sesetengahnya mengetahui akan kebenaran namun mereka menidakkannya dan sebahagian lagi mungkin hanya menunggu bantuan orang lain. Tetapi malangnya bebanan hidup tidak akan dapat dikongsi oleh saudara mahupun yg terdekat dgn kita. Sedangkan bebanan dosa sendiri ditanggung secara berasingan lagikan pula beban ujian dalam kehidupan. Sebagai contoh, seorang perempuan tidak bertudung yg cantik mempunyai susuk badan menawan dan memakai baju ketat mempunyai seorang rakan muslimah. Rakan muslimah dia memakai tudung labuh dan menjaga aurat badan dengan memakai pakaian yg tidak menampakkan susuk tubuh. Namun muslimah itu tidak pernah menegur akan rakannya supaya menutup aurat. Maka dia memperoleh dosa krn tidak menegur sedangkan rakannya yg tidak menutup aurat mendapat dosa yg besar kerana kejahilannya.
Berbalik kepada cerita kita, cahaya kehidupan itu perlu dicari. Pokok yg menunggu disiram akan layu dan mati kerana dahaga. Pokok yg menanam akar jauh mencari air dalam bumi akan subur dan tumbuh sihat sejahtera. Pokok berdiri ke arah matahari demi mendapatkan bekalan makanan. Biar panas matahari mampu membakar kehijauan bertukar jadi debu arang. Bergitulah juga dgn kehidupan. Dunia ini berupa permainan sembunyi dan cari. Manusia selalu menjadi subjek yg tercari-cari. Nikmat yg sementara boleh dicari dimana-mana namun nikmat kekal abadi itu tidak boleh digapai tanpa pengorbanan jitu dari hati seorang manusia yg bergelar mujahidin. Syurga tidak pernah menunggu orang yg merugikan diri sendiri. Syurga hanya menyambut golongan yg mendapat untung. Iaitu golongan mujahid yg mengorbankan kehidupannya utk mendapat keredhaan Allah SWT. Kerana syurga hanya sanggup berada di bawah tapak seorang mujahidin.
Pepohon cintaku
Kian bercambah
Semakin dicantas
Semakin bertunas
Tidak mampu
Mendustai hatiku
Kerna cinta
Fitrah manusia....
Siapalah aku
Menolak cinta
Yg hadir di jiwa.....
Siapalah aku? Mahu menolak cinta ilahi..
Siapalah aku? Mahu menolak cinta dari rasulullah SAW..
Siapalah aku? Mahu menolak cinta dari ibu bapa kepada anaknya
Siapalah aku? Mahu menolak cinta seorang suami kpd isteri dan sebaliknya..
Demi mengapai cinta kita perlu mempunyai matlamat. Dan matlamat itu tidak boleh digapai tanpa pengorbanan yg konsisten. Adakah satu saat pengorbanan itu boleh membeli syurga yg mengalir padanya nikmat tanpa batasan masa? Kita hendaklah sentiasa mekar dengan cita-cita untuk melaksanakan pengorbanan demi mendapat keredhaan ilahi..
Al jannatu tahta tadhiyyatul mujahidin.. =)
Monday, 18 August 2014
Kata yang tidak berkunjung tiba
tentang diriku
yg tiada siapa tahu
yg terisi di jiwa
dalam raga sejisim jasad bernyawa
tanganku tidak kekok
memegang sambil meluah isi pena
kerana hati masih terluka
belum lagi sembuh sempurna
Hatiku satu bahagian kecil
Sangat berharga selagi kebaikan bersama
Jika sakit tubuh terus lemah
Jika terkilan berderangan tidak tertahan
Jika sunyi ingin saja diketahui
Lama kata-kata tidak menyapa
Bila terpalit tentu aku jatuh
tanpa dihulur bantuan ihsan
Aku bukan pengemis
Yang meminta dari dukun berkulit hitam
Yang beri ubat berbentuk racun
Yang jahil tidak mengenal dunia
sesekalipun tiada mengharapkan
pada tanah tercipta
daripada debu yang tergumpal
kerana pahitnya berpanjangan
manisnya sentiasa berkurangan
cubalah rasa jika tidak percaya
Lama sungguh
Kata-kata tidak menyapa
Sedekad lebih bertahun lalu
Di sana dapat bersama alim
Di sana dapat bersama mualim
Di sana dapat bersama zamil\
Berbunga harum hati zaman itu
Kini aku membaja
Agar tidak layu
Taman muhasabah ilmu
ZAKIRAN AB RAZAK 18/8/2014
Friday, 15 August 2014
Kunjungan mata
Sunday, 3 August 2014
Diari buat nota diri
Berjalan di satu sudut bumi. setiap waktu tertulis suratan takdir tanpa henti. di saat ini melangkah ke kiri dan saat itu melangkah ke kanan. di bahu kiri dan kanan tidak lekang memerhati kudrat seorang khalifah dalam mencari isi kehidupan di dunia. agar isi itu jadi bekalan di akhirat yang sangat seram dek hati yang takut pada kemurkaan, yang sentiasa mengharap dari-Nya bukan dari insan. khalifah yang berkehendak pada manusia dan berhajat pada Allah. khalifah yang berkehendak pada manusia adalah dia mencari ukhwah merapati sama-sama khalifah agar mereka dapat memakmurkan bumi Allah dengan zikr yakni peringatan. merapati manusia dengan tujuan kasih terhadap mereka kerana semua khalifah bakal di hisab. berkehendak kepada manusia itulah yang sebaik-baiknya. sebagai seorang suami berkehendak pada isteri dan anak, untuk menjaga mereka dari azab pedih kerana kemurkaan-Nya. sebagai seorang sahabat berkehendak agar dapat berjalan dengan ikwah saudara dan taulan menuju keredhaan-Nya. sebagai seorang guru yang berkehendak agar muridnya peroleh ilmu bermanfaat dan berkat agar berkongsi kelebihan orang alim ulama. sebagai seorang ibu dan bapa yang berkehendak agar anaknya mengasihi hati dan mendoakan mereka. sebagai seorang anak yang menghendaki agar dirinya menjadi individu yang baik disenangi oleh mereka yang disayangi.
khalifah perlu pada tempat pergantungan. kerana tiada di alam sesuatu tanpa pergantungan. semua makhluk dicipta berpasangan, bergantung hidup untuk meneruskan kelangsungan zuriat. bumi ada matahari dan bulan mengimbangi suhu dan keseimbangan peredaran. angin perlu berlanggar sesama sendiri untuk bergerak menongkah lautan. di situ terbit satu pengharapan, iaitu perharapan seorang manusia kepada kuasa yang haq. kerana Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. seorang khalifah perlu meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah dan bukan pada insan. kerana Allah jualah yang mengisi hati insan-insan untuk membantu sesama sendiri di atas jalan yang diredhai-Nya. siapa sahaja tidak mampu untuk menyentuh hati orang lain kecuali dengan izin Allah SWT. Dia lah yang mengeluarkan manusia dari kegelapan pada nur. dan dialah juga yang memasukkan manusia dari nur kepada kegelapan.
Kehilangan tempat pergantungan menyebabkan khalifah menjadi seorang yang rugi. tiada merasa ada kuasa dan kusut pengetahuannya terhadap diri sendiri. bahkan mereka mencari sedangkan mata mereka tidak mampu melihat nur Allah yang begitu terang pada penglihatan para mukmin yang bertaqwa.
Dalam hadis sahih muslim, dari anas bin malik ra, Rasulullah SAW pernah bersabda: Tiga golongan jika ada padanya maka mereka memperoleh kemanisan iman.
1) Barangsiapa yang mencintai seseorang individu tiada sebab kecuali kerana Allah SWT
2) Barangsiapa yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya
3) Barangsiapa yang lebih sanggup untuk kembali ke neraka tiada sebab kecuali kerana benci untuk kembali kepada kekufuran
siapakah khalifah? kitalah khalifah
KITALAH KHALIFAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KITA MENGHUNI DI BUMI ALLAH SWT
SEBAGAI KHALIFAH
Friday, 1 August 2014
Tidak berhajat pada manusia
Saturday, 19 July 2014
Setitis air..segarap api...seorang manusia
Menghadap bumi titisannya
Menyerap jauh
Jauh entah ke mana
Mungkin diambil akar
Mungkin dikitar batu-batu
Mungkin disitu selama-lamanya
Jika tambah setitik lagi
Tiada bezanya
Tetap semua sama
Segarap api menyala
Membaham-baham bara
Percikan haba
Demi percikan haba
Dilepaskannya
Namun bara dibiar mereput
Sehingga padam merahnya
Tinggal kelabu asap sahaja
Jika tambah bara lagi
Tiada bezanya
Tetap semua sama
Tetapi manusia
Kitarannya berbeza
Hidupnya berbeza
Bukan seperti tetesan air
Bukan seperti bara panas
Saat membesar semua
Janganlah lupa
Siapa kita sebenarnya
Friday, 18 July 2014
Yg sering meminta
Kita manusia wajib melakukan solat. Kita juga disuruh untuk membaca al quran. Solat itu adalah ibadah. Solat itu doa dan senjata. Solat itu adalah penghubung manusia pada Allah SWT. Al quran itu nasihat. sepertimana islam itu sendiri merupakan agama yg menasihati. Krn itulah islam menuntut kita utk mengamalkan isi kandungan dalam al quran. Hal ini kerana setelah kita meminta dari Allah akan sesuatu kudrat, Allah mahu kita mengikuti prosedure nya iaitu dgn melakukan sepertimana yg diperintah oleh-Nya dlm al quran demi kebaikan kita jua.
Al quran itu adalah panduan utk hidup. Manusia umpama mayat tanpa al quran. Sedangkan dalam solat kita membaca ayat al quran. Cukuplah al quran itu sebagai tempat terjawabnya persoalan.
Jika kita teliti, kehebatan al quran berbanding kitab lain adalah begitu banyak. Al quran adalah kitab yg mudah dihafal. Sy ambil contoh di sini. tiada seorangpun dari ketua mahupun penganut agama kristian menghafal bible. Sedangkan seorang budak berumur 5 tahun dan tidak tahu langsung tentang bahasa arab mampu menghafal sebanyak 29 juzu dari al quran. Ramai para hafiz dilahirkan dari semasa ke semasa. dan kebanyakan darinya juga adalah mereka yg bkn berbangsa arab. Mereka tidak mampu bertutur dlm bahasa arab namun masih dpt mempelajari al quran serta menghafaznya. Di sini kita dpt lihat bahawa al quran itu bukan sahaja hadiah kpd bangsa yg pandai bertutur dlm bahasa arab malah ia adalah hadiah bagi seluruh umat yakni umat Rasulullah SAW.
Al quran tidak mampu diubah sepertimana kitab lain yg telah diubah. Hal ini kerana Allah SWT telah berfirman dlm al quran bahawa "inna nahnu nazzalna zikra, wa inna lahu lahaafizun". Yg brmaksud " sesungguhnya kami kami kami yg menurunkan al quran dan kami jugalah yg menjaganya". Cuba kita lihat ayat ni. Didapati kami diulang dengan tiga kali sebutan. Ini melambangkan lafaz ta'kid iaitu satu penegasan yg mutlak. Sy ambil contoh. Jika seseorang mahu kejut orang yg tidur dgn bersungguh-sungguh mesti akan berulang kali mengejutkan orang yg sedang tidur. Jika seorang ayah mahu melarang anaknya dari melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh tentu dia akan mengulangi larangan supaya anaknya betul2 tidak melakukan perbuatan itu. Di sini ditegaskan bahawa al quran itu diturunkn dan dijaga dgn begitu tegasnya masya Allah.
Al quran itu nur. Jika kita tidak sedar maka rugilah kita.
Al quran itu pembersih hati. Jika kita biarkan hati berkarat maka hati tidak mampu untuk menerima kebaikan dan rugilah kita
Al quran itu tempat rujukan pada persoalan hidup. Jika kita mengabaikannya maka kita tidak akan ditunjuk jalan yg betul dan rugilah kita
Al quran itu adalah pelembut jiwa. Jika kita tidak bertadabbur dgnnya hati jadi kusut dan kering maka rugilah kita
Allah SWT tidak rugi. Yg rugi adalah manusia. Kita manusia yg hina memang tidak boleh tidak adalah makhluk yg dhaif serba kekurangan. Dan kita perlu pada pergantungan dengan yg mempunyai segala-galanya.
Ingatlah jaga hati dengan al quran
Jaga iman dengan kelakuan
Jaga diri dari nodaan
Moga berjaya sentiasa aman
=)
Thursday, 17 July 2014
Minda yg melangkau pergerakan kaki
Minda setiap insan ada minat yg tersendiri. Tiada insan yg punya minda tanpa minat. Apabila minat tercetus minda umpama memecut dalam kegirangan kerana kesungguhan dan minat lantas tercetusnya idea kegeniusan seseorang dlm sesuatu perkara. Genius itu terjadi akibat dari minda yg tercetus sihat. Ada manusia yg genius dalam bagi ceramah, ada yg genius dlm melukis, ada yg genius dalam menetapkan konklusi secara spontan, ada yg genius dalam belajar, ada yg genius dlm memasak, ada yg genius dlm menghiasi diri waktu diam dan lain macam lagi jenis kegeniusan seseorang individu.
Di rumah. Kebanyakan orang akan mengalami satu keinginan untuk melakukan sesuatu waktu bersahaja. Itulah tanda minda kita masih aktif dan menuntut kita utk giat melakukan sesuatu supaya ia dapat kekal aktif. Minda yg sihat datang dari akal yg cerdas. Akal yg cerdas pula datang dari badan yg sihat.
Minda yg sihat itu penting dlm kehidupan kita terutamanya dlm bab keikhlasan berakhlak. Hal ini demikian kerana, akhlak itu boleh diamalkan tp kita tidak dapat hikmahnya jika emosi kita terganggu atau tidak ikhlas melakukan tindakan berakhlak itu sendiri. Emosi yg stabil memerlukan minda yg dapat membezakn antara yg baik dan yg buruk. Minda itu lebih dispesifikasikn sebagai tanggapan atau idea cetusan. Kerana minda itu cepat bertindak, ia merupakan perkara yg banyak menyumbangkan kpd tahap moral seseorang itu. Ada yg mempunyai minda yg sihat dan berfikiran positive, ada yg mempunyai minda yg sihat tapi selalu berfikiran negative. Tanpa sifat sabar dalam diri atau pengunaan akal utk berfikir tanpa melulu mungkin akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim antara seorang saudara dengan saudara semuslim yg lainnya. Hal ini boleh memberi impak yg lagi negatif jika kedua-dua pihak enggan berbaik semula krn org mukmin itu bersaudara. Tanpa ikatan persaudaraan, mukmin itu hanya tinggal nama.
Bercakap tentang minda, macam mana cara paling effective agar kita boleh membezakn antara yg hak dan yg batil telah terjawab dalam al quran. Rasulullah SAW sentiasa menyuruh kita untuk menjaga minda dari membuat tanggapan buruk tentang sesuatu secara melulu dan menukar benda yg buruk itu nenjadi baik dengan membaca al quran. Sedangkan al quran itu sendiri dinamakn sebagai al furqan iaitu pembeza antara yg hak dan yg batil. Itu memang tidak boleh disangkal lagi. Bilakah lagi kita mahu mengamalkan isi kandungan al quran jika bukan waktu sekarang. Maut itu boleh datang menerpa bila-bila masa. Keuzuran juga boleh menarik semua nikmat kita dlm menghayati sesuatu. Jangan tunggu lanjut usia takut tertutup pintu hati sepertimana tertutupnya pintu hati orang yg tidak mengendahkan perintah Allah sepertimana disebut dalam al quran.
Baca al quran. Jangan tidak baca. Baca terjemahannya. Jangan setakat itu sahaja. Bertadabburlah. Jika perlu untuk beruzlah maka beruzlahlah. Jika perlu tadabbur alam maka tiada yg menghalang. Sudah menjadi hak diri kita untuk menjaga diri berdasarkan yg terkandung dlm isi al quranul karim. Kita perlu menghargainya. Jangan sesekali mendustakan.
Kita kena ingat yg al quran itu diturunkan utk kita. Untuk umat ini. Supaya kita beroleh redha Allah SWT. Jagalah. Supaya kelak kamu menjadi golongan yg berjaya.
Saturday, 12 July 2014
Puisi dariku-puisi kerikil batu
Pada tiang api
Semasa diriku kekeliruan
Sedikit tersinggung pada ujian
Aku melihat aral rintangan
gelombang arus yg tinggi
Lagi menakutkan
Tak rasional dapat dilawan
Oleh fulan bernama insan
Kerikil batu yg dilontar
Pada kolam air
Semasa hatiku dilanda trauma
kronik dengan cereka kehidupan
Bayangan pada air tampak
Terusik dek arus kecil
Mengusir air muka yg ketat
lagi muram
Sedangkn kesempurnaan
Hanya wujud pada tuhan
Kerikil batu masih dilontar
Jauh ke selatan sungai belantara
tika jiwa panas kecewa
Kesal selalu dgn komitmen dosa
Jiwa mengepalai aksi noda
Hanya kerana larat merindui
Kegelapan yang penuh terisi
Lubang lahar dan racun duri
Lagi aneh
Akal mampu berfikir
Namun nafsu terlalu mencemburui
Kerikil batu tiada berbaki
Penyesalan dulu tidak guna lagi
Yang hadapan ini
Perlu pasti
Perkara sama tak berulang
Pisang mekar
Tak berbuah dua kali