Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 18 August 2014

Kata yang tidak berkunjung tiba

Tetiba aku ingin menulis
tentang diriku
yg tiada siapa tahu
yg terisi di jiwa
dalam raga sejisim jasad bernyawa
tanganku tidak kekok
memegang sambil meluah isi pena
kerana hati masih terluka
belum lagi sembuh sempurna

Hatiku satu bahagian kecil
Sangat berharga selagi kebaikan bersama
Jika sakit tubuh terus lemah
Jika terkilan berderangan tidak tertahan
Jika sunyi ingin saja diketahui
Lama kata-kata tidak menyapa
Bila terpalit tentu aku jatuh
tanpa dihulur bantuan ihsan

Aku bukan pengemis
Yang meminta dari dukun berkulit hitam
Yang beri ubat berbentuk racun
Yang jahil tidak mengenal dunia
sesekalipun tiada mengharapkan
pada tanah tercipta
daripada debu yang tergumpal
kerana pahitnya berpanjangan
manisnya sentiasa berkurangan
cubalah rasa jika tidak percaya

Lama sungguh
Kata-kata tidak menyapa
Sedekad lebih bertahun lalu
Di sana dapat bersama alim
Di sana dapat bersama mualim
Di sana dapat bersama zamil\
Berbunga harum hati zaman itu
Kini aku membaja
Agar tidak layu
Taman muhasabah ilmu

ZAKIRAN AB RAZAK 18/8/2014

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates