Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 4 November 2014

Langkah seribu

Dalam usia muda, hati masih sihat menghembus udara kerana penyakit masih belum ada. sentiasa merasa ingin membuat perkara yang boleh memuaskan hati jiwa dan raga. tidak berhenti merenung hiasan dunia kerana terdapat tujahan nikmat dari kalbu yang ingin merasa. dahaganya jiwa melangkah mencari kemanisan dalam usia yang bakal lanjut tua. Hati berkehendak anggota yang melangkah. 

Langkah seribu ke jalan tarbiah
menuju cahaya hidayah
biar jauh beberapa marhalah
sebagai penggembara kita berhijrah

Memang melangkah menyebabkan kita merasa perubahan. Malah dengan langkah dari anggota jasad kita boleh membuat perkara yang mendatangkan manfaat pada diri dan juga orang lain. dengan kata lain tindakan yang dilakukan merupakan pencetus kepada jalan berlakunya sesuatu konklusi. sepertimana ulat yang bertindak menggali lubang dalam tanah agar tidak boleh disambar burung. namun ia tidak menghalang tikus mondok untuk mencarinya dalam timbunan bumi. tindak-tanduk adalah sesuatu komponen yang perlu diberi pemerhatian terutamanya dalam proses mentarbiahkan diri.

Tindakan diperlukan untuk mengasimilasikan tarbiah. jika tiada persetujuan dalam hati untuk mencerna tarbiah, maka ia tidak boleh meresap sebagai zat yang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain. tarbiah memerlukan niat kesanggupan untuk berubah bukan sekadar langkah yang kosong. langkah tarbiah adalah bermula dari niat untuk berubah. Setiap usaha yang baik adalah pintu untuk mendapat kesenagan hidup. Usaha yang tidak mempunyai kualiti akan menyebabkan keputusan yang didapati adalah tidak memuaskan. Jika dibuat dengan salah maka keputusan akan tiba tidak seperti yang dikehendaki. Kenapa berlaku kesalahan? kerana diri yang tidak cenderung untuk melakukan perubahan. Memulakan perkara tanpa aturan yang sepatutnya. 

Ada yang mahu memulakan usaha tarbiah. Tetapi tewas dengan diri sendiri akibat kesempitan ruang yang ada dalam hati. Dia merasa dunia sempit baginya sehinggakan terlupa bahawa akhirat akan lebih sempit lagi bagi mereka yang rugi. Sempit di sini saya bermaksud adalah peluang yang sempit. Jika kita menyempitkan peluang. Maka kita sebenarnya penyebab proses tarbiah itu berjalan perlahan. Lebih teruk lagi hubungan tarbiah antara manusia putus sehingga tiada lagi yang mengenal apa itu tarbiah. Sekarang ini, sudah jarang ada orang yang suka pada suasana yang baik dan tenang bebas dari kesempitan dunia. biarpun begitu ada segelintir juga yang membina suasana yang baik dan tenang itu disebalik kesempitan supaya terbuka ikatan yang membelenggu diri mereka.

Ilmu itu penting. Sebagai pengembara yang melangkah kaki ke dunia untuk mencari jalan pulang ke akhirat. tanpa ilmu maka pengertian tentang jalan yang kita lalui tidak dapat difahami. maka tujuan kita akan kabur kerana tidak mampu untuk yakin kepada apa yang ada disebalik pintu tarbiah. Memegang ilmu sahaja tidak cukup. Ilmu perlu diteliti hikmahnya. Ilmu juga perlu diiringi dengan amalan yang sahih. Ilmu biasa boleh dipelajari dengan akal fikiran, namun ada ilmu yang perlu dituntut dari mereka yang mengetahui. kerana akal menafsir ilmu dengan cara sendiri dan selalunya akan melihat jalan yang pendek dari jalan yang panjang. kerana melihat pada jalan yang pendek, sedikit sahajalah pemandangan indah yang dapat diteroka, sedangkan mereka yang dapat ilmu dari sanad (sumber atau guru) yang sahih maka banyaklah pemandangan indah dan lebih faham akan jalan yang dilalui tersebut.

Niat 
Tindakan
Usaha 
Tindakan lebih
Semak Pencapaian
Muhasabah
Usaha 
Ilmu
Menelaah ilmu
Mencari ilmu
Jangan putus
Selagi masih bernyawa

Mereka yang merasa puas sekadar dunia adalah golongan yang berputus asa pada nikmat Allah. Mereka mengira dunia itu kekal dan tidak memerlukan kebahagiaan akhirat yang sebenarnya kekal abadi selamanya. Mereka tidak mahu melangkahkan kaki melihat cahaya Allah yang bersinar di dunia bagi mereka yang mengharapkan pintu hidayah. 

Jangan Sesal
Jangan Kesal
Dengan siapa sebenarnya
Dan terbang tinggi
Di langit yang luas

Mencari Keredhaan Allah

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates