Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 6 April 2014

Zamrud, Nilam dan Delima

Umur masih panjang, Alhamdulillah. Moga manfaat umur tidak terbuang begitu sahaja. Dalam kesempatan masa yang ada marilah kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang membawa rahmat kepada sekian alam. Salam sejahtera kepada para nabi-nabi, para sahabat Rasulullah SAW, para ulama, tabiin, taabi tabiin dan solehin dan solehat sekalian. Bersyukurlah dengan bersambungnya limpahan rahmat dari Allah kita dapat menikmati kelangsungan hidup yang sangat sedikit orang mengetahui akan rahsianya yang tersimpan. Yang menentukan itu hak Allah SWT dan kita hamba-Nya perlu mencari sebaik mungkin jalan yang benar ke arah redha-Nya dan membelakangi jalan-jalan yang mati tanpa pengakhiran yang sepatutnya bagi kita manusia yang berasal dari syurga.

Sebenar-benarnya manusia tidak menyangka bahawa nikmat yang mereka perolehi dari kurniaan menggunung daripada Allah SWT tidak mungkin akan dapat mereka rasai tanpa pengorbanan dari nabi-nabi, rasul-rasul dan ulama-ulama. ramai di antara mereka menanggap itu sebagai kekayaan bumi semata-mata. ini sesekali tidak benar. sesungguhnya kelangusngan rahmat itu lah satu-satunya faktor datangnya rezeki daripada Allah SWT kepada kita manusia yang hanya tahu erti menerima dan menikmatinya sahaja. Sudah tentu tanpa kelangsungan rahmat dari Allah SWT maka sudah tentu manusia akan menjadi susah ibarat keldai kelaparan yang melata di muka bumi ini. Percaturan dunia telah rapi tersusun kepada kita manusia. Hal ini jelas merupakan bukti bahawa Allah itu Maha Agung, Maha Bijaksana, Maha Adil.. Tetapi sayangnya hakikat manusia yang dikaburi pandangan mata hati mereka tidak mampu melihat perkara ini dengan terang dan jelas serta gagal memikirkan bukti kukuh dan benar yang dapat meguatkan persaksian terhadap islam.

Hinanya manusia itu bukan kerana dia jahil, lupa ataupun bernafsu. Hinanya manusia kerana sikapnya yang sentiasa memerlukan dan tidak putus-putus kebergantungannya. manusia sentiasa mahu bergantung pada yang boleh memberikan kepada mereka kelebihan dan kehebatan. Cuba kita perhatikan, sejak dari pembentukan manusia iaitu sewaktu sperma bercampur dengan telur, turut bergantung kepada tiupan nyawa dan pembentukan jasad yang sempurna yang juga datang daripada Allah SWT. Sejak dari Nabi Adam AS lagi Allah SWT telah tetapkan bahawa manusia itu mempunyai sikap kebergantungan yang tiada hadnya dan itulah kelemahan utama mereka. Sebab itulah Allah SWT menyuruh manusia untuk bergantung hanya kepada Allah SWT dan mengharamkan perbuatan syirik dan menduakan-Nya dengan yang lain. 

Kenapa kita diberikan tanggungjawab sedangkan kita mempunyai sikap kebergantungan yang tinggi? bagaimana mungkin untuk makhluk yang sentiasa mengharap dan bergantung padu boleh memikul amanah sebesar menjadi khalifah di muka bumi dan memperhambakan diri kepada Allah SWT pada masa yang sama? Kita sendiri lemah, apakah kita mampu? Untuk menjawab persoalan ini saya akan ulang kembali ayat saya pada perenggan lepas.

"Sejak dari Nabi Adam AS lagi Allah SWT telah tetapkan bahawa manusia itu mempunyai sikap kebergantungan yang tiada hadnya dan itulah kelemahan utama mereka. Sebab itulah Allah SWT menyuruh manusia untuk bergantung hanya kepada Allah SWT dan mengharamkan perbuatan syirik dan menduakan-Nya dengan yang lain." 

Allah SWT sudah tahu bahawa tidak mungkin akan mampu bagi makhluk-Nya untuk melaksanakan amanah itu tanpa Allah SWT itu sendiri membantu. Allah SWT telah mewujudkan hubungan manusia dengan-Nya melalui islam agar manusia mengerti bahawa inilah satu-satunya jalan keluar untuk menghampiri syurga. Jalan kembali yang benar itu hanya terletak pada islam. Banyak manusia salah faham tentang islam dan menamakannya sebagai agama yang pelik sedangkan bukan islam yang pelik tetapi penganutnya sahaja yang tidak mengamalkan islam sepenuhnya. Islam itu agama syumul, meliputi persaksian kalimah, solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, zakat dan menunaikan haji yang dibina sebagai dasarnya dan atasnya di dirikan bangunan akhlak, amalan, ibadah, sifat baik dan sebagainya. Jika kita tengok bangunan pencakar langit, bahagian dasarnya sentiasa perlu lebih tinggi dari bahagian bangunannya. Hal ini juga sama dengan islam, jika kita mahu mendirikan bangunan amalan ibadah maka hendaklah kita memastikan dasar kita itu dijaga rapi dahulu agar bangunan itu tidak runtuh mahupun sia-sia dan roboh. Allah SWT telah memperkenalkan kepada kita konsep iman dan ihsan di mana kedua-duanya berfungsi untuk tujuan memelihara dasar bangunan islam yang kita dirikan. Konsep iman di mana beriman kepada Allah, Para Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat dan Qada dan Qadar itu ialah asas untuk seorang yang mula-mula mahu mendirikan bangunan. mereka menggunakan iman untuk menjadikan bangunan mereka kukuh. iman memang mampu menguatkan dasar yang terbina dari islam.

Namun, iman sahaja belum cukup. Kerana halnya iman itu ada turun dan ada naiknya. mungkin akan sampai waktu kita di uji dengan kerunduman iman dan mungkin dengan serta-merta bangunan amal kita akan runtuh sekelip mata. Iman mempunyai lawan yang sangat sengit iaitu nafsu manusia yang juga punya kebergantungan yang sentiasa meninginkan kejahatan dan kepuasan semata-mata. Allah mengajar manusia melalui iman kerana manusia perlu berfikir bahawa arus dunia tidaklah senang. didikan ini penting untuk membina sikap konsisten dan istiqamah dalam diri manusia serta sabar dalam hadapi dugaan dan cabaran di samping mengukuhkan kebergantungan hidup kita manusia hanya satunya kepada Allah SWT yang Maha Esa. Maka di samping iman, Allah sediakan satu lagi konsep kepada mereka yang telah mencapai satu tahap darjat yang tinggi di sisi-Nya iaitu ihsan. Dimana ihsan ini wujud sebagai untuk menjaga orang-orang yang telah beriman sepenuhnya dan berjaya dalam mengamalkan islam daripada kemusnahan atas sebab keredhaan-Nya. Ihsan ini sungguh hanya boleh di dapati dalam hati mereka yang ikhlas hanya kerana Allah SWT. 

Jangan berhenti di situ sahaja, perjalanan masih belum berakhir lagi. Dimanakah kita sekarang? Adakah kita tergolong dalam orang islam? Adakah kita seorang mukmin? Adakah kita seorang Mukhsin? Jika kita tinggalkan solat adakah kita layak di gelar muslim? Janganlah sesekali kita biarkan hati kita berada dalam kalangan yang lebih rendah martabatnya dari seorang muslim kerana seseorang yang tiada islamnya maka dia tentu sekali akan jauh hubungannya dengan Allah SWT. Bergantung kepada Allah lah mungkin dengan hidayah mahupun taufiq akan mengubahnya ke jalan yang benar, Amin in shaa Allahu aminin. 

Manusia ada lima
yang jahil tanpa agama
yang beragama tapi berpaling
yang beragama dan sejahtera
yang beragama dan percaya
yang beragama seraya tenang jiwa
maka beruntunglah yang kelima


Ingatlah hidup ini cuma sementara. jangan mudah leka dan terpedaya dengan kancah yang melalaikan kita. jaga diri, iman, hati, saudara, tubuh badan. sentiasalah berdoa, banyakkan ikhtiar. lembutkan hati dengan Al Quran supaya hubungan kita dengan Allah SWT semakin rapat. jangan sombong dengan Allah SWT. kerana kita memerlukan-Nya dan bergantung sepenuhnya kepada-Nya. =)

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates