Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Friday 4 April 2014

Subuh sendirian

Hari ini bermulalah cuti midsem bagi pelajar-pelajar degree universiti malaya. berduyun-duyun penuntut universiti malaya kosongkan bilik untuk balik ke kampung dan rumah bandar masing-masing termasuklah sahabat saya. cuma ada sesetengah penuntut kena stay dalam kolej unuversiti untuk kerja-kerja projek kolej seperti saya ini. Namun bukanlah itu cerita yang saya mahu kongsikan hari ini kerana hari rabu yang menjelang tiba akan menjadi titik percutianku untuk balik ke rumah di kelantan darul naim.

Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang saya dengar dari tazkirah seorang saudara di universiti malaya. kisah ini merupakan pengalaman dari seorang ulama besar zaman ini iaitu Sheikh Yusuf Al Qaradawi. Cerita ini bermula saat beliau masih remaja. Sheikh Yusuf Al Qaradawi pada zaman muda pernah dipenjara oleh kerajaan jahiliyah mesir. Ketika itu merupakan kali keempat beliau dipenjara. 

Dalam penjara itu ada peraturan dimana semua penghuni akan dibekalkan sebuah bekas. penghuni lokap juga hanya dibenarkan untuk keluar pada pagi hari dan tidak dibenarkan keluar pada malam harinya. Di pagi harinya, semua boleh sahaja menggunakan bekas yang mereka perolehi untuk makan dan membuang najis di tandas penjara. Namun, di malam hari jika terpaksa mereka perlu buang najis di bekas yang sama.

Satu malam beliau sakit perut dan terpaksa menggunakan bekas untuk buang najis. walaupun begitu, beliau tidak boleh membuang najis dengan sempurna kerana ruangan bekas yang tidak cukup besarnya. melihat keadaan itu, seorang sahabat beliau yang juga penghuni penjara menawarkan bekasnya kepada yusuf untuknya membuang najis pada bekas itu. mulanya beliau menolak tetapi keadaan yang mendesak menyebabkan beliau terpaksa juga menggunakan bekas sahabatnya untuk membuang najis yang berbaki. Selepas itu, beliau bertekad mahu terus membasuh bekas sahabatnya itu dan bekasnya juga sebaik sahaja dia boleh keluar ke tandas pada esok pagi. 

Pada keesokan paginya, beliau terkejut apabila mendapati bekasnya telah dibasuh sahabatnya. begitu juga dengan bekas sahabatnya semalam turut dibasuh hingga suci bersih oleh tuan bekas itu sendiri. Di sini saya menghabiskan cerita ini. pengajaran yang sangat hebat di sini ialah nilai ukhwah seseorang sahabat itu tidak dapat dinilai walau seinfiniti angka kita mengiranya jika kita meletakkan hubungan itu kerana Allah SWT. cuba bayangkan jika kita berada di tempat sahabat itu, adakah kita akan membiarkan orang lain membuang najisnya pada bekas makanan kita? sudah tentu mereka yang tahu nilai iman dalam ukhwah akan lantas memberi bekas mereka kepada sahabatnya yang memerlukan.

Bukan nak kata di sini yang kita perlu memberikan semua perkara kepada sahabat kita. Di sini saya mahu jelaskan kepada saudara tentang kehadiran cahaya iman dalam ukhwah antara Yusuf Al Qaradawi dan sahabatnya. Yusuf Al Qaradawi cinta kepada sahabatnya kerana Allah SWT dan begitu juga dengan sahabatnya yang mencintai beliau kerana Allah SWT. mereka turut saling bersinergi ke jalan yang benar.


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates