Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Friday 4 April 2014

Aku yang sering berubah

Malam silih berganti dengan sinaran mentari pada awalnya. Siang pula didatangi tetamu rembulan menjemput pada akhirnya. Tiadalah malam tanpa siang dan tiadalah siang tanpa malam. Aku memikirkan tentang diriku sambil memerhatikan gerak-geri matahari dan bulan, bilakah waktunya aku akan tetap pada jalan kebenaran. Di satu sudut tanah aku memaut kakiku menogkat dagu seraya berfikir sedalam kalbu merisik jiwa yang kering kontang ingin diisi dengan lautan ilmu. bertapa jahilnya rasa diri ini, biarpun sudah 20 tahun di bumi namun tanggungjawab sebagai khalifah belum terlaksana sedangkan maut boleh menerpa bila-bila masa sahaja.

Sudah sekian lama aku berada di istana dunia, mengapa masih ada lagi perasaan suka pada maksiat. mengapa masih ada lagi perasaan ingin kepada yang haram. mengapa masih ada lagi niat untuk melangkah ke jalan dosa berkekalan. sedangkan yang baik, halal dan kesenangan berterusan ada tersimpan dalam hikmah. aku terpinga dengan persoalanku sendiri, apakah aku tidak mengetahui namun aku yang menyebut kalimah itu. apakah aku curiga namun aku sendiri yang menekankan kepentingannya. apakah aku syak wasangka namun aku yang mengingati orang lain tentang kebenarannya.

Rintik hujan ibarat mutiara-mutiara embun berterbangan di angkasa bertebaran merata-rata membasahi segenap pelusuk lautan langit. aku biarkan kesejukan menyelimutiku kala dingin bertiup di pipi. rasa rindu menonjah di hati mahu berada dalam kepanasan ukhuwah dari kesejukan dosa yang abadi. mahu senyum bersama ahli saudara bukan terketar-ketar dalam keseorangan. mahu merasa dijaga bukan melalak sendiri mencari tempat selesa untuk bersendirian. Jika hati mudah berbolak-balik, kenapa masih ada rasa tetap untuk melakukan dosa. kenapa rasa ragu tadi tiba-tiba hilang lesap menzahirkan perbuatan yang tiada penghalangnya.

Sudah 20 tahun rupanya aku bernafas, sudah 20 tahun rupanya aku melihat dengan mata, sudah 20 tahun rupanya aku mendengar dengan telinga, sudah 20 tahun rupanya aku bisa berfikir dengan akal sihat sejahtera, sudah 20 tahun rupanya aku bertutur kata berbual bicara menyusun kalimah dengan lidah, sudah 20 tahun rupanya aku boleh memasang niatku dalam hati, sudah 20 tahun rupanya aku boleh memendamkan rasa syahdu dalam jiwa saat gembira, terkilan, sedih, duka, lara dan ceria. sudah 20 tahun rupanya aku menikmati rezeki-rezeki yang halal dan sihat. sudah 20 tahun rupanya izrail memerhatikanku dari jauh. sudah 20 tahun rupanya aku hidup. sudah 20 tahun rupanya aku mengenali dunia. sudah 20 tahun rupanya aku lebih dekat dengan akhirat.

Aku gelisah memikirkan seribu alasan, jika saat ini aku meninggalkan nafasku apakah jawapanku terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan? mana mungkin ada jawapan kepada perbuatan jelas dosa pada hukumnya. dengan ketentuan yang pasti, aku pasti akan dihumban ke api neraka kerana dosaku jika Allah SWT tidak mengampuni-Nya. Bagaimana pula dengan dosaku terhadap sahabat-sahabat? jika ada antara mereka yang memendamkan sekelumit duka di lubuk hati. tanpa diketahui mereka menonjah ke arah kita menunjukkan kesalahan lalu, pasti aku akan diminta untuk bertanggungjawab atasnya. siapalah aku ini mahu menanggung semua dosa tidak zahir di mata sedangkan batu yang zahir di mata pun belum tentu dapat diangkat.

Aku berfikir akan diriku, bukanlah simpati mahu diraih dari perasaan. bukanlah juga keinginan untuk layanan istimewa dari rakan. bahkan juga bukan mahukan ganjaran berbentuk pujian, cacian dan makian hamun nusta karat belaka. Itu semua diketepikan, perlu dilempar jauh-jauh dari sisi. supaya tidak kelihatan lagi dan cabutlah jika masih ada sisa berbaki. tetapi biarpun itu dan ini boleh dicabut, satu sahaja yang tertinggal menjadi parasit dalam diri penyebab utama tumbuhnya keinginan jahat yang baru. Nafsu syahwat. Biarpun gigih kita mencabut rumput perasaan jahat dalam diri, namun kesuburan nafsu turut menumbuhkannya kembali. ditambah lagi dengan syaitan sebagai penabur biji benih rumput kejahatan itu, aku sudah tentu tidak boleh berehat dari mencabutnya lagi dan lagi. saat aku letih, rumput kejahatan menjalar-jalar dalam hati yang dicipta dari tanah yang hina. aku mendapati sungguh sukar untuk melepaskan diri melainkan dengan membakar hutan rumput itu dengan api iman dan doa.

Sesungguhnya aku sungguh mahu menjadi makhluk yang taat dan patuh kepada perintah penciptaku. aku sangat mahu menghampiri penciptaku. cuma tidaklah dalam pengetahuanku tentang destinasiku selepas puas berjalan dalam rimba duniawi ini. Sembilu duri, lahar mendidih, gas beracun dan lubang graviti ialah suatu yang biasa untuk di tempuhi dalam perjalanan dunia. di akhirat sana jika tidak mahu tempuhi api hitam yang panas membara maka tempuhilah dunia dengan rasa sakit yang sementara itu. maka syurga menanti ahlinya yang mengharungi dunia kerana Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates