Sunday, 20 April 2014
Pantun
Thursday, 17 April 2014
Membina n mendirikan
Assalamualaikum n selamat pagi semua..macam mana hari ini? Adakah lebih baik dari hari kelmarin? Moga saudara semua dlm limpahan rahmat dan redha-Nya.. Lebih banyak kita membaiki hari-hari yg di tempuhi dgn membina dan mendirikan tuntutan agama maka itu menandakan hari saudara-saudara sekalian penuh dgn limpahan rahmat dan redha Allah SWT sekalipun saudara di ancam dgn kerunduman perasaan, masalah kesihatan mahupun musuh yg sentiasa mahu menjatuhkan..di dapati dalam kita mengerjakan amal, kita selalunya akan membina n mendirikan amal..membina amal di sini ialah kita menegakkan tiang2 asas islam atau dgn kata lain kerjakan yg wajib dan tinggalkan yg haram..sebagai seorang muslim, kita di anugerahkan dgn kewajipan untuk bersaksi bahawa tiada tuhan yg berhak di sembah melainkan Allah SWT dan Muhammad Rasulullah SAW, mengerjakan solat, menunaikan zakat, berpuasa ramadhan n mengerjakan haji bagi yg mampu..kita juga wajib beriman, walau iman itu sekecil biji sawi maka biji sawi itu sahajalah yg akan menjadi penyebab saudara masuk syurga..tp jika mereka tidak mengerjakan tanggungjawab yang lima seperti mana termaktubnya dalam rukun islam maka iman boleh terbatal..maka mereka dpt di selamatkan lagi dgn hidayah daripada Allah SWT..in shaa Allah..
Kita wajib utk memelihara aib sebagai seorang muslim. Bkn aib kita sahaja malah aib saudara kita yg lain tak kira mereka muslim atau bkn muslim..namun kewajipan yg awal yg mana perlu di lindung jika terdapat kemusykilan itu perlu dirujuk dgn org yg punya ilmu n faham hal permasalahan dalam agama.. Contohnya kita perlu menutup aurat kita..aurat itu perlu di tutup kerana Allah SWT bukan kerana manusia..lelaki auratnya adalah semua yg berada pada paras bahagian pusat ke lutut..perempuan pula auratnya ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan.. Kita juga perlu menegur saudara semuslim mahupun muslimah sahaja utk menutup aurat mereka sekiranya aurat mereka terdedah secara sengaja ataupun tidak sengaja mendedahkannya.. Wajib juga bagi seorang muslim utk memelihara kebersihan..kebersihan itu meliputi wudhu, mandi, mandi wajib, beristinjak n menguruskan hal haid, nifas dgn lain-lain yg sewaktu dengannya..kita perlu belajar ilmu kebersihan ini untuk memastikan tuntutan yg kita laksanakan di terima oleh Allah SWT sebagai yg sahih dan betul serta menghampirkan kita pada hati yg bersih dan jalan yg benar..kepentingan kebersihan mengatasi kepentingan untuk menutup aurat jika keadaan memaksa untuk memilih antara dua.. Seperti mana seorang sheikh sewaktu beliau di penjara oleh kerajaan mesir..beliau di paksa untuk berada dalam ruangan penjara yang sempit..sebelum itu penjara tersebut di huni oleh seorang yg tidak menjaga kebersihan..maka najis di dapati ada di dlm penjara itu..beliau lantas menanggalkan baju dan mengalasi najis itu dgnnya kerana ketiadaan ruang lain utk bersolat..
Kita perlu tahu yg kita juga wajib tinggalkan yang haram..tinggalkan yg haram di sini ialah bermaksud menjauhi n jgn beramal dgn perbuatan yg menyebabkan dosa besar..mungkin kita sesekali terlanjur namun ketahuilah pintu taubat masih lagi terbuka luas bagi kamu yg selayaknya boleh menghuni syurga dgn usaha yg di redhai Allah SWT..ingatlah syurga milik Allah, walau apa usaha sekalipun yg kita lakukan, tanpa mendapat izin dari-Nya kita tidak akan beroleh kebahagiaan hakiki di syurga menanti..Beralih pula kepada halnya mendirikan..untuk mendirikan kita memerlukan sesuatu yg terbina..ibarat seorang engineer yg mahu mendirikan bangunan, dia hendaklah membina bangunan itu dahulu baru mendirikannya, barulah bangunan itu akan menjadi..mendirikan di sini ialah kita mengukuhkan kedudukan binaan asal..contohnya kita solat sambil menghayati makna bacaan dalam solat..kita bersolat untuk membina dan kita cuba memahami serta menghayati maksud di sebalik bacaan dlm solat itu adalah mendirikan solat..banyak lagi perbuatan mendirikan solat contohnya membaca ayat al quran yg dihafal dlm solat serta memahami isi kandungan di sebalik ayat itu, mempraktikkan hukum dan hikmah solat dalam kehidupan seharian, memperbaiki solat dgn memperbanyakkan amalan sunat dan lain-lain..
Seorang alim ulama di puji kerana dia belajar, memahami sepenuhnya dan beramal sepenuhnya dgn ilmu yg ada dlm dada..seorang ahli tafsir di puji kerana mereka memahami dan mempraktikkan Al Quran serta pada masa yg sama memelihara tulisan n makna di sebalik ayat-ayat Allah SWT ini..seorang yg beriman pula di puji kerana berjaya membina dan mendirikan agama..
Moga perkongsian ini bermanfaat utk kita bersama =)
Tuesday, 15 April 2014
Walau kakiku di ikat rantaian besi
Kakiku dibelenggu rantaian besi
saat ketakutan di tebing laut
melihat kawan-kawan
masuk melayari nahkoda perjalanan
ke arah angin kejayaan
ada yang jatuh ke lubuknya
ada jua yang berjaya
ada jua yang turut sama mengikat diri
kerana takut ditelan arus deras ini
Namun paras laut semakin meninggi
menelan yang ada seberang gigi
naik tak berhenti-henti
akhirnya daku tenggelam
walau kakiku di ikat rantaian besi
Rantaian besi yang aku ikat dulu
bukan kerana tak mahu berjaya
sedangkan diri hendak saja pergi menyeberang
tetapi yakin itu masih kelam
dalam benak hati lubuk dalam
belum terbit bersinar menyinari
insaniah diri bergelar manusia yang lupa
Kini harus aku menonjah sekuatnya
rantaian besi itu agar putus ikatannya
dan mencari daratan di mana permulaannya
untuk aku membaiki semuanya
moga turut sama ke arah pengakhirannya
yang kekal bahagia selama-lamanya
Rantaian besi yang aku ikat dahulu
di anggap penyelamat
dari pukulan ombak laut dunia
sedangkan tinggi pukulannya
boleh saja menghanyutkanku
ke dalam pusaran lautan
yang gelap tiada jalan keluar padanya
Aku berharap
perjalananku nanti selamat
sampai berjumpa sahabat-sahabat
berkongsi kisah bahagia
saat berjaya melintasi lautan dunia
Sunday, 6 April 2014
Zamrud, Nilam dan Delima
Saturday, 5 April 2014
Self Annihilation
Friday, 4 April 2014
Subuh sendirian
Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang saya dengar dari tazkirah seorang saudara di universiti malaya. kisah ini merupakan pengalaman dari seorang ulama besar zaman ini iaitu Sheikh Yusuf Al Qaradawi. Cerita ini bermula saat beliau masih remaja. Sheikh Yusuf Al Qaradawi pada zaman muda pernah dipenjara oleh kerajaan jahiliyah mesir. Ketika itu merupakan kali keempat beliau dipenjara.
Dalam penjara itu ada peraturan dimana semua penghuni akan dibekalkan sebuah bekas. penghuni lokap juga hanya dibenarkan untuk keluar pada pagi hari dan tidak dibenarkan keluar pada malam harinya. Di pagi harinya, semua boleh sahaja menggunakan bekas yang mereka perolehi untuk makan dan membuang najis di tandas penjara. Namun, di malam hari jika terpaksa mereka perlu buang najis di bekas yang sama.
Satu malam beliau sakit perut dan terpaksa menggunakan bekas untuk buang najis. walaupun begitu, beliau tidak boleh membuang najis dengan sempurna kerana ruangan bekas yang tidak cukup besarnya. melihat keadaan itu, seorang sahabat beliau yang juga penghuni penjara menawarkan bekasnya kepada yusuf untuknya membuang najis pada bekas itu. mulanya beliau menolak tetapi keadaan yang mendesak menyebabkan beliau terpaksa juga menggunakan bekas sahabatnya untuk membuang najis yang berbaki. Selepas itu, beliau bertekad mahu terus membasuh bekas sahabatnya itu dan bekasnya juga sebaik sahaja dia boleh keluar ke tandas pada esok pagi.
Pada keesokan paginya, beliau terkejut apabila mendapati bekasnya telah dibasuh sahabatnya. begitu juga dengan bekas sahabatnya semalam turut dibasuh hingga suci bersih oleh tuan bekas itu sendiri. Di sini saya menghabiskan cerita ini. pengajaran yang sangat hebat di sini ialah nilai ukhwah seseorang sahabat itu tidak dapat dinilai walau seinfiniti angka kita mengiranya jika kita meletakkan hubungan itu kerana Allah SWT. cuba bayangkan jika kita berada di tempat sahabat itu, adakah kita akan membiarkan orang lain membuang najisnya pada bekas makanan kita? sudah tentu mereka yang tahu nilai iman dalam ukhwah akan lantas memberi bekas mereka kepada sahabatnya yang memerlukan.
Bukan nak kata di sini yang kita perlu memberikan semua perkara kepada sahabat kita. Di sini saya mahu jelaskan kepada saudara tentang kehadiran cahaya iman dalam ukhwah antara Yusuf Al Qaradawi dan sahabatnya. Yusuf Al Qaradawi cinta kepada sahabatnya kerana Allah SWT dan begitu juga dengan sahabatnya yang mencintai beliau kerana Allah SWT. mereka turut saling bersinergi ke jalan yang benar.
Aku yang sering berubah
Sudah sekian lama aku berada di istana dunia, mengapa masih ada lagi perasaan suka pada maksiat. mengapa masih ada lagi perasaan ingin kepada yang haram. mengapa masih ada lagi niat untuk melangkah ke jalan dosa berkekalan. sedangkan yang baik, halal dan kesenangan berterusan ada tersimpan dalam hikmah. aku terpinga dengan persoalanku sendiri, apakah aku tidak mengetahui namun aku yang menyebut kalimah itu. apakah aku curiga namun aku sendiri yang menekankan kepentingannya. apakah aku syak wasangka namun aku yang mengingati orang lain tentang kebenarannya.
Rintik hujan ibarat mutiara-mutiara embun berterbangan di angkasa bertebaran merata-rata membasahi segenap pelusuk lautan langit. aku biarkan kesejukan menyelimutiku kala dingin bertiup di pipi. rasa rindu menonjah di hati mahu berada dalam kepanasan ukhuwah dari kesejukan dosa yang abadi. mahu senyum bersama ahli saudara bukan terketar-ketar dalam keseorangan. mahu merasa dijaga bukan melalak sendiri mencari tempat selesa untuk bersendirian. Jika hati mudah berbolak-balik, kenapa masih ada rasa tetap untuk melakukan dosa. kenapa rasa ragu tadi tiba-tiba hilang lesap menzahirkan perbuatan yang tiada penghalangnya.
Sudah 20 tahun rupanya aku bernafas, sudah 20 tahun rupanya aku melihat dengan mata, sudah 20 tahun rupanya aku mendengar dengan telinga, sudah 20 tahun rupanya aku bisa berfikir dengan akal sihat sejahtera, sudah 20 tahun rupanya aku bertutur kata berbual bicara menyusun kalimah dengan lidah, sudah 20 tahun rupanya aku boleh memasang niatku dalam hati, sudah 20 tahun rupanya aku boleh memendamkan rasa syahdu dalam jiwa saat gembira, terkilan, sedih, duka, lara dan ceria. sudah 20 tahun rupanya aku menikmati rezeki-rezeki yang halal dan sihat. sudah 20 tahun rupanya izrail memerhatikanku dari jauh. sudah 20 tahun rupanya aku hidup. sudah 20 tahun rupanya aku mengenali dunia. sudah 20 tahun rupanya aku lebih dekat dengan akhirat.
Aku gelisah memikirkan seribu alasan, jika saat ini aku meninggalkan nafasku apakah jawapanku terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan? mana mungkin ada jawapan kepada perbuatan jelas dosa pada hukumnya. dengan ketentuan yang pasti, aku pasti akan dihumban ke api neraka kerana dosaku jika Allah SWT tidak mengampuni-Nya. Bagaimana pula dengan dosaku terhadap sahabat-sahabat? jika ada antara mereka yang memendamkan sekelumit duka di lubuk hati. tanpa diketahui mereka menonjah ke arah kita menunjukkan kesalahan lalu, pasti aku akan diminta untuk bertanggungjawab atasnya. siapalah aku ini mahu menanggung semua dosa tidak zahir di mata sedangkan batu yang zahir di mata pun belum tentu dapat diangkat.
Aku berfikir akan diriku, bukanlah simpati mahu diraih dari perasaan. bukanlah juga keinginan untuk layanan istimewa dari rakan. bahkan juga bukan mahukan ganjaran berbentuk pujian, cacian dan makian hamun nusta karat belaka. Itu semua diketepikan, perlu dilempar jauh-jauh dari sisi. supaya tidak kelihatan lagi dan cabutlah jika masih ada sisa berbaki. tetapi biarpun itu dan ini boleh dicabut, satu sahaja yang tertinggal menjadi parasit dalam diri penyebab utama tumbuhnya keinginan jahat yang baru. Nafsu syahwat. Biarpun gigih kita mencabut rumput perasaan jahat dalam diri, namun kesuburan nafsu turut menumbuhkannya kembali. ditambah lagi dengan syaitan sebagai penabur biji benih rumput kejahatan itu, aku sudah tentu tidak boleh berehat dari mencabutnya lagi dan lagi. saat aku letih, rumput kejahatan menjalar-jalar dalam hati yang dicipta dari tanah yang hina. aku mendapati sungguh sukar untuk melepaskan diri melainkan dengan membakar hutan rumput itu dengan api iman dan doa.
Sesungguhnya aku sungguh mahu menjadi makhluk yang taat dan patuh kepada perintah penciptaku. aku sangat mahu menghampiri penciptaku. cuma tidaklah dalam pengetahuanku tentang destinasiku selepas puas berjalan dalam rimba duniawi ini. Sembilu duri, lahar mendidih, gas beracun dan lubang graviti ialah suatu yang biasa untuk di tempuhi dalam perjalanan dunia. di akhirat sana jika tidak mahu tempuhi api hitam yang panas membara maka tempuhilah dunia dengan rasa sakit yang sementara itu. maka syurga menanti ahlinya yang mengharungi dunia kerana Allah SWT.
Wednesday, 2 April 2014
Bunga mawar merah yang disiram kelmarin
Bunga mawar merah yang disiram kelmarin mengajar seribu erti tentang kehidupan, menyelongkar makna dalam bait-bait cabaran dunia dan menanam benih-benih semangat untuk bangun keesokannya. Hidup kita umpama mawar merah yang disiram tiap-tiap hari. kita diberi rezeki di dunia yang dilihat pada pandangan kita sebagai sumber yang tiada hentinya. kita dibekalkan dengan kenikmatan alam yang sentiasa menyelimuti dengan kehijauannya, keindahannya dan keasyikan mata memandang akan persekitarannya. kita di mahkotakan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT di dunia di mana kita boleh melebihi hidupan di dunia sesuka hati.
Bunga mawar merah yang disiram pokoknya mulai tumbuh dengan nikmat yang dibekalkan tuan yang ditanamnya menzahirkan cirinya yang sentiasa melawan graviti mahu naik ke tempat teratas biarpun tanah jua tempat ia tumbuh. Manusia mahu sahaja merangkul semua nikmat-nikmat dunia tanpa sedar yang ada di hadapan mata mereka itu hanyalah ketentuan bagi semua makhluk. ketentuan ada had. jika kita mahu menentukan jumlah maka mestilah akan ada takat yang mengehadkan jumlah itu. nikmat di dunia memang di lihat mencurah-curah bagai tiada hujungnya namun yang mengehadkan ialah ketentuan kita sendiri di mana setiap makhluk akan dikembalikan kepada Penciptanya. Dunia juga ada ketentuannya sendiri sebagai makhluk. Dunia itu sendiri menunggu gilirannya untuk menghadap Penciptanya nanti di satu masa yang tidak diketahui dan di luar jangkaan akal manusia.
Bunga mawar merah yang disiram kelmarin menumbuhkan kuncup bunga yang mekar dengan masa. Begitu juga dengan manusia yang membesar dan mahu berkeluarga. mereka sudah diciptakan di dunia untuk berpasangan dan melahirkan zuriat mereka sendiri. Itulah fitrah manusia. Ada manusia yang melahirkan zuriat kerana tidak mahu dikatakan sebagai tidak subur ataupun mandul sedangkan pemberi rezeki cahaya mata ialah Allah SWT. Ada manusia yang turut memakan pil-pil mengelakkan kesuburan supaya mereka boleh kawal bilangan cahaya mata sedangkan bukanlah kekuatan manusia untuk menentukan berapa cahaya mata yang mereka boleh timang.
Bunga mawar merah kembang besar kuntumnya, semakin hari semakin bersinar menyerlah warna mengagumkan setiap yang melihatnya. Begitulah rentak irama kehidupan manusia, dipenuhi dengan anekdot drama-drama dunia. manusia saling mengejar antara satu sama lain mahu mengecapi tempat terbaik supaya orang lain boleh mengagumi dirinya. berpakaian mewah dengan perhiasan-perhiasan mahal supaya golongan yang berada di bawahan melihat mereka sebagai yang punya darjat. Namun kuntuman bunga mawar merah tidaklah kekal selamanya merah. bahkan pokoknya juga tidaklah selamanya tegap menonjah bumi.