Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 31 March 2014

Merah di badan bumi

Di badan bumi tempatku memijak
ada merah pekat mengalir penuh likat
tak terhenti walau sedetik, sesaat mahupun sedekat
saga merahnya buatkan dagu terangkat
saat menoleh busuknya bau mayat-mayat
bergelimpangan biarpun masih hidup di darat

Aku berjalan di atas bumi ini
dimana tanahnya lembut bercampur darah
yang tertumpah tanpa bukan pada pengabdian
yang terbazir kerana menjauhi ubudiyyah
yang menumbuhkan benih-benih jahil pada anak muda
yang menyebabkan mereka turut sama
mengotori bumi dengan niat yang sia-sia

Aku terduduk di atas bumi ini
dimana semuanya nampak indah dek mata
namun terselindungnya kerosakan dek hati
jika diteliti ia tidak sama dengan apa yang dijanji
tentang kebahagiaan yang ditempa oleh orang terpuji
merekalah yang beruntung di atas muka bumi ini

Aku menunggu di atas bumi ini
saat aku ditelan dalam perutnya
adakah masih wujud lagi orang yang beriman
yang akan mengurusku dengan baik
mengemaskanku sebelum bertemu malaikat-malaikat
wujud lagikah manusia yang cintakan saudaranya
kerana Allah dan Rasul-Nya
atau kehidupan kini hanya meraung
pada yang terbujur kaku dalam keranda tertutup
Apakah nasibku siapa yang bisa menjawabnya?

Aku menghampiri satu sudut atas bumi ini
dimana aku mendapati sekelompok kaum
yang saling memperingatkan kebaikan
yang saling mencegah kemungkaran
yang saling bertakwa
malah mereka sentiasa berhijrah ke jalan-Nya
menyebarkan risalah ayat hikmah dari-Nya
kerana takut kepada kasih Allah SWT
akan hilang di benak dada
takut mati hati
sebelum mati jiwa

Aku ingin sekali menghampiri tempat itu
di atas muka bumi ini
lebih dari segala-galanya


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates