Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 25 March 2014

Konklusi jiwa

Hari yang nyaman dan indah tidak boleh dibazirkan dengan begitu sahaja tanpa berbuat perkara yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada kita bersama. Masa yang belum sempit inilah harus kita jadikan sebagai ruang yang diberikan kepada kita untuk sama-sama memperingati antara satu sama lain tentang islam dan seterusnya menyebarkan kebenaran dengan cara menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta bertakwa kepada Allah SWT. Hari ini saya dikejutkan dengan satu isu yang didapati padanya beberapa kesedihan. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang lebih mengetahui akan hikmah disebalik kejadian ini dimana umat islam di mesir dilontarkan dengan pertuduhan dan mereka berhadapan dengan hukuman bunuh dari musuh Allah SWT.

Sedarlah hakikat ini bukan sekadar tulisan melalui rangkaian laman sosial malah ia adalah satu isu yang sangat menyentuh hati muslimin dan muslimat yang sangat sayang dan kasih kepada saudaranya yang turut sama bersaksi dengan persaksian dan memikul tanggungjawab yang sama. Hidup dan mati di tangan Allah SWT bukan di tangan musuh-musuh ciptaan Allah SWT. Perlu ingat kita milik Allah SWT dan kepada-Nya jua lah kita akan dikembalikan nanti pada hari persaksian. Melihat pada keadaan ini, umat islam perlu faham apakah peristiwa ini datangnya dengan tujuan bersahaja ataupun ia merupakan bukti dari Allah bahawa umat islam sekarang semakin dekat dengan fasa yang bergelar zaman ke-5 ataupun lebih popular dengan akhir zaman.

Sesuatu peristiwa haruslah kita tempuhi tanpa rasa yang boleh mengugat iman seperti kemarahan yang bukan kerana Allah SWT, sabar yang bukan kerana Allah SWT, doa yang bukan kerana Allah SWT dan lain-lainnya yang bukan kerana Allah SWT. kembali kepada Allah SWT dan ingatlah tujuan utama kita di muka bumi ini. Sesungguhnya kita wajib untuk memelihara bumi dan penduduknya daripada kerosakan yang dibawa oleh mereka yang melakukan banyak pertumpahan darah dalam kalangan syaitan (jin mahupun manusia). Iman dalam hati haruslah mencari nur untuk berjalan agar dapat menghampiri kemakbulan hajat dari hati yang telah lembut dengan pukulan istighfar yang sentiasa dilaungkan melalui lisan yang tidak berdusta dan keji serta mungkar. Tanpa lidah yang jauh dari kemaksiatannya maka hati turut tidak mampu untuk mencari jalan yang lurus bahkan imannya juga akan turut lemah dan letih dalam pencariannya.

Jika sahabat kamu terpijak paku sudah tentu kamu akan cuba menolongnya kerana melihat reaksi sahabat yang sedang sakit. Apakah kamu tidak menyayangi saudara sedangkan mukmin itu bersaudara, saudara di sini bermaksud perhubungan yang melebihi sahabat. perhubungan ini ada diterangkan dengan lebih terperinci oleh rasulullah dimana mereka saling mencintai hanya kerana Allah SWT tujuan mereka. kerana mereka berkongsi kecintaan persaksian bahwa TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.

Kuantiti bukan tanda soalnya, tetapi tanggungjawabnya dimana perlu ia di sandarkan? apakah hujjah kita atas tugas mereka, hujjah dimana jika mereka menyatakan yang kita tidak memperdulikan mereka dalam urusan menyebarkan kalimah syahadah yang agung ini di akhirat nanti. Sedangkan mereka telah mendapat tempat di sisi Allah SWT bagi yang mengerjakan segala tanggungjawab itu dan syahid. kita yang tidak punya apa-apa dan turut didakwa kerana sikap acuh tidak acuh yang membelenggu pemikiran manusia zaman ini.

Moga doa kamu sentiasa mengalir kepada saudara-saudara kita yang dalam kesusahan, dan dengan keberkatan doa itu kita juga dapat menyertai syurga bersama-sama dengan mereka. moga kita sentiasa dalam limpah dan rahmat Allah SWT in shaa Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates