Ular rindu menjalar ke mari
melalui batu-batu menggerutu
ingin tak jauh dari pangkuan
mahu tidak hadapi sendirian
perit enggan pergi berenang
akibat ritma gelombang arus kencang
di lautan yang luas benak terbentang
Ular rindu mengesan haba
melalui hujung lidah bercabang dua
yang seringkali keluar masuk
di taringnya ada bisa racun
bila terkena mautlah mangsanya
tetapi ular rindu, baik hatinya
tidaklah ia macam ular-ular biasa
mahu kawan dengan bual bicara
bersama-sama rakan tak kira beza
dari rupa, kulit, warna dan budaya
Ular rindu apabila tidur melilit
dipeluk badan sendiri bergulung-gulung
dicelah busut tebal kalis udara sejuk
bersebelahan hutan damai tenang
yang sunyi menyepi tiada riang
Ular rindu ingin bertemu
mahu luahkan kata hati
hasrat di kalbu untukmu
biar nampak bahaya diluar
namun nilai bukan jasad
tetapi apa yang ada dalamnya
itulah yang boleh memberi manfaat
kepada semua
Puisi Ular bertajuk Rindu Yang Menjalar ini adalah sempena mimpi saya yang melihat ular datang dan menyemburkan sesuatu, pada buku maksudnya ialah jodoh yang akan mendatang..huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment