Menulis dalam malam yang sejuk, sunyi dan sepi selalu mengingatkan
nostalgia yang di alami masa remaja dulu. Sekarang belum tua lagi, masih 20
tetapi zaman remaja dulu sungguh banyak benda yang berlaku cuma tidak semua dapat
digapai dengan sebaik mungkin. Setiap kali saya menyelimutkan diri untuk
memecahkan kesunyian dan menaip kata-kata sebagai teman perbualan (bermonolog)
akan terimbas dalam hati kenangan-kenangan yang merisik kalbu mengoyahkan rasa
ingin kembali kea lam fantasi muda dulu. Mungkin kerana ada yang mahu diubah
dan perlu dibaiki kerana kekurangan yang wujud hasil kesedaran akal yang
semakin tua ini.
Namun, biarpun masa berdetik tiada henti, menambahkan angka dalam
umur hari demi hari kata tekad hidup perlu sama seperti masa yang tak kenal
erti penat lelah sejak turunnya Nabi Adam AS hingga sekarang masih belum
berhenti. Taatnya masa kepada Allah tidak berbelah bahagi sentiasa menzahirkan
kepentingannya supaya manusia berlumba-lumba dalam jangka singkat yang berbekal
hanya sedikit lagi.
Bukan tentang masa yang ingin diceritakan tetapi tentang kenangannya.
Tetapi dalam masa jugalah menyebabkan
kita menceritakan benda ini. Ketika saudara membaca cerita saya masa telah
memakan masa saudara/saudari dan jika kalimah saya memberi kesedaran dan
kebaikan kepada saudara/ saudari maka apa yang di ambil masa itu akan
dipulangkan kembali kepada kita dalam bentuk pahala oleh Allah SWT. Jadi saya
memohon agar saudara/saudari membuka hati masing-masing untuk meneliti kebaikan
mahupun pengajaran walaupun secebis mana sekalipun agar masa yang diluangkan
tidak terbuang umpama terbuangnya roti-roti berkulat dan makanan yang expired. Semoga
tidak sia-sia investment saudara/saudari dalam perjalanan mencari kebaikan dan
menjauhi keburukan dan juga bertakwa kepada Allah SWT.
Berbalik kepada cerita, saya dulu bersekolah di sekolah menengah
kebangsaan agama melor di padang raja, melor, Kelantan darul naim dari
tingkatan satu hingga tingkatan lima. Mula-mulanya saya tidak dapat pun masuk
sekolah ini dan duduk di sekolah menengah kebangsaan long gafar, tetapi dengan
izin Allah SWT bapa saudara saya menolong saya untuk masuk ke sana. Tempat itu
adalah juga salah satu institusi yang saya minati dan amatlah suka sewaktu
masuk. Saya juga punya abang di sana, menyebabkan saya mudah dikenali
senior-senior.
Saya seorang yang suka diam, suka berbual tentang topic yang tak
punya faedah dan banyak luangkan masa bersendirian dan kurang bersosial. Di sana
saya rasa bebas dan jauh dari halangan keluarga menyebabkan rasa bebas
bergelumang dalam dada. Saya mula rasa mahu lakukan ikut perasaan sendiri tanpa
menghiraukan orang disekeliling. Saya ada satu tabiat yang pelik, apabila rasa
sangat sendiri dan sepi saya akan berjalan-jalan bersendirian dan mencari
benda-benda yang menarik untuk dilihat terutamanya pada waktu malam masa tak
boleh tidur. Saya selalu berjalan di tempat yang gelap dan sunyi dan bersembunyi
jika ada orang lalu kerana khawatir akan dicop oleh orang sebagai seorang yang
pelik. Walaupun banyak kali tersempak dengan kawan, saya tetap berusaha agar
tidak perlu berkata-kata dengannya kerana tidak mahu cakap yang saya keluar
hanya untuk ambil angin sahaja.
Walaupun hakikatnya saya segan dan malu untuk menceritakan perkara
ini tetapi saya tetap akan menceritakannya supaya saudara/saudari tidak
melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah saya lakukan. Pada satu malam,
saya bangun dari tidur awal, time tu pukul 12.45 macam tu laa, tak laa tepat
sangat Cuma itu anggaran waktunya sahaja. Saya rasa sangat bertenaga malam tu
dan hilang rasa mengantuk seolah-olah macam sudah mandi. Jadi saya rasa mahu
berjalan-jalan seperti biasa. Malam itu sangat sejuk, saya luangkan masa
berfikir di beranda meratap asrama yang belum siap ketika itu. Hajatnya mahu ke
sana tetapi tidak berani. Saya berjalan di beranda aras, sampai ke satu bilik
iaitu bilik 1B. sebenarnya dekat je dengan bilik saya iaitu bilik 1A. dan
berlakulah beberapa peristiwa dalam bilik itu (yang saya tidak boleh
ceritakan).
Sejak peristiwa itu berlaku saya terkena pelbagai penyakit. Buasir,
masalah pernafasan, sakit belakang, mimpi buruk dan peristiwa sama yang berulang-ulang.
saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, orang-orang di sekeliling
terutamanya yang sama umur dengan saya tiba-tiba menjadi semakin rapat dengan
saya. Kadang-kadang mereka mengatakan yang rupa saya amat garang sedangkan saya
tidak merasa marah pun ketika itu. Dan masa berlalu, ketika saya tingkatan lima
masalah itu belum selesai lagi. saya ada buat satu hajat untuk menutup apa yang
berlaku pada diri saya dengan menyandarkan ia kepada benda yang salah. Itulah kesilapan
yang saya rasa memang jelas saya lakukan menyebabkan penyakit itu melarat.
Konklusinya, saya tidak boleh bercerita panjang, maka janganlah
terlalu senyap. Jangan biarkan benda yang salah berlaku depan mata dibiarkan
begitu sahaja tanpa membaikinya dengan cara yang betul. Haruslah waspada dengan
pekerjaan kita agar tidak bercampur yang hak dan yang batil. Saya mohon maaf
kerana cerita saya kurang jelas sebab memang tak boleh nak cerita
sebahagiannya..huhu
Ni gambar masa form 5 kalau tak silap,huhu
0 comments:
Post a Comment