Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 22 December 2013

ini ceritaku..huhu

Semalam aku bermimpi diriku berada di satu sudut sedang menunggang motorsikal bersama sahabatku untuk pergi ke satu tempat. Tempat untuk bersantai-santai dan berehat. Aku membonceng motosikal baru, dan sahabatku menjadi penumpangnya. Tak sabar rasanya mahu sampai ke tempat itu walaupun tidak ku tahu dimana letaknya. Aku hanya mengikuti mimpi itu, menaiki motorsikal seolah-olah telah mengetahui dimana tempat itu berada. Keluar dari university Malaya, melalui stesyen university dan ke jalan yang tidak aku kenali. Aku mendapati di tengah jalan ada banyak kenderaan-kenderaan yang lain, ada yang menaiki kereta, ada yang membonceng sepertiku dan ada yang berbasikal. Seperti biasalah macam tu di jalan raya. Tiada peliknya kan. Tetapi yang hairannya aku tak berhenti menaiki motorsikal, seolah-olah macam tempat itu lebih jauh dari perjalanan di bumi, seolah-olah satu perjalanan ke tempat yang jika pergi, tak dapat kembali semula. Aku bangun. Azan subuh berkumandang..

Time tu tak terfikir apa-apa, jadi aku sambung tidur semula.. pagi ni aku bersarapan di kfc. Pergi singgah lepas hantar assignment. Sebab lama mengidam nak makan..huhu.. lepas habis sarapan aku terus balik ke kolej kediaman, buka laptop kononnya nak study di study week ni. Rupa-rupanya mata masih kuyu lagi dan hasrat nak tidur tu wujud lagi dalam hati. Jadi teruslah berehat hinggalah tertidur. Bangun dari tidur, azan zuhur pulak berkumandang sama seperti waktu subuh tadi. Tetapi sekali lagi aku tidak menyertai jemaah dan terus sembahyang sendiri di dalam bilik.

Aku terfikir, kenapa tidak aku menyertai solat berjemaah di masjid? Adakah aku sengajakan keuzuran pada diriku? Sebenarnya aku sudah terbangun dari tidur dua kali kerana mendengar azan dan aku rasa macam dipanggil untuk solat bersama-sama dengan yang lain di surau kolej. Tetapi aku tetap tak pergi. Di hati macam ada timbul persoalan di situ.

Disitulah terdetik rasa terkesan dalam hati. Rupa-rupanya Allah telah menegurku dalam mimpi. Tetapi aku tetap melakukan kesalahan yang sama tiap-tiap hari

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates