Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Friday 20 December 2013

cerita kehidupan

Hidup ni pelik..anehnya peredaran hayat seseorang manusia yang menonton rentetan cerita tentang kisah hidupnya sendiri. Semua lahir dalam islam, dan di akhil baligh ditentukan sama ada dia islam atau tidak berdasarkan tarbiyyah yang dia dapati. Ada yang kafir dulu, kemudian masuk islam kerana hidayah dan ada yang islam dulu, kemudian masuk kafir kerana tidak peroleh hidayah. Kita muslim meminta dari pencipta kisah hidup kita akan pengakhiran yang baik, iaitu syurga. Minta dalam doa agar dimulakan dengan permulaan yang baik, dan berakhir dengan pengakhiran yang baik. perjalanan demi perjalanan kita dituntut untuk beriman. Dimana iman itu adalah mempercayai dengan 6 rukun iman. Iman menyebabkan kita rasa terjamin untuk mendapat permulaan dan pengakhiran yang baik kerana hanya dengan iman kita dapat kenal akan Allah SWT.

Tetapi tanpa iman perjalanan hidup seakan tidak dapat dipercayai lagi. Berada di dalam keadaan yang was-was kerana kecundangan hasrat untuk meneruskan hidup dan tidak mengetahui apa yang patut diisi dalam hati. Sampaikan satu tahap, dicari satu pengisian yang boleh memuaskan perasaan dan jiwa. Sedangkan diri sendiri yang mewujudkan, dan diri-sendiri yang menjatuhkan hasrat untuk mendapat pengakhiran yang baik. entiti bergelar syaitan yang dianggap sebagai antagonist dalam cerita dipersalahkan. Sedangkan diri sendiri yang melakukan dan menurut apa yang dibisikkannya. Sedangkan diri sendirilah antagonist asal cerita kehidupan kita sebagai seorang manusia yang lemah. Seorang manusia yang bermusuh dengan watak sendiri yang memendam rasa ingin merosakkan diri sendiri.

Dalam cerita hidup kita seorang manusia Al Quran, Solat, Puasa, Zakat dan lain-lain memainkan peranan sebagai watak sokongan yang menyokong padu perjalanan perjuangan jihad ke arah kebahagiaan hidup di pengakhiran cerita. Tetapi diri manusia sendiri jugalah yang menghalang hasrat untuk mendekati watak sokongan kerana terlalu tebal sifat antagonist dalam diri.

Di dalam hidup, kita menjalani episode-episod masa dimana setiap saat kita berjalan atasnya didapati ada masa yang terluang dan ada masa yang terbuang. Episode masa tidak menunggu watak-watak malah watak yang mati tetap ditinggalkan, sehinggalah semua episode setiap watak habis. Mungkin di episode satu kehidupan, kita dapati yang diri kita punya iman yang tinggi dan beribadah sepanjang malam tetapi itu tidak menjanjikan perkara yang sama akan berlaku di sambungannya iaitu episode kedua kehidupan.

Kita yang memainkan dua watak dalam masa yang sama iaitu protagonist dan antagonist mempunyai pilihan jalan untuk mencorakkan hidup kita sendiri. Kefahaman yang kotor dan keji tidak lain tidak bukan hanya pemikiran yang diikuti daripada watak antagonist sampingan seperti syaitan, iblis, kawan dan sebagainya. Sesetengah watak suka menarik watak lain untuk bersama-sama menulusuri kehidupan dengan pengakhiran yang sama, sama ada pengakhiran yang baik mahupun pengakhiran yang buruk. Sesetengah watak yang lain suka mengetepikan watak lain dengan sengaja tidak menegur perbuatan salah yang boleh mengundang kemudharatan kepada kedua-duanya.

Kita makhluk yang punya cerita jalan hidup yang pelik. Jangan mempersoalkannya kerana itulah yang terbaik. Itulah sahaja jalan yang sesuai untuk diterokai oleh kita makhluk yang bergelar manusia. Kerana jalan itu mengubah kita untuk menyedari yang masih ada harapan untuk mendapat pengakhiran kisah hidup yang bahagia selamanya.


Doakan saya dapat pengakhiran yang baik..Moga Allah SWT memberkati kita semua..In shaa Allah..

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates