Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani,sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah"
Alam keremajaan menuntut manusia untuk mencari keperibadian yang dirasa sesuai sebagai tautan hati. Hal ini demikian kerana, kebanyakan remaja akan merasai kekosongan dalam hati mereka akibat proses tumbesaran yang berlaku. Mereka lebih cenderung untuk mencari hala tuju hidup dan teman persejuangan abadi untuk menemaninya dalam menghadap hala tuju hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Umur baru setahun jagung, darah baru pinang... Remaja menghadapi pelbagai masalah dan ada juga remaja yang buntu dalam menyelesaikan masalahnya.. Bertitik tolak daripada itu, remaja haruslah mempercambahkan minda dengan kekuatan iman dan mencari teman yang boleh menjadi tempat kepada kita untuk berteduh daripada hujan masalah yang membasahkan serta merimaskan kebanyakan golongan remaja.
Berbekalkan dengan ilmu yang berada dalam dada, remaja sentiasa memikirkan jalan keluar yang cepat dan mudah supaya mereka dapat keluar dan terselamat daripada ancaman masalah yang mendesak mereka ke jalan buntu.. Maka di sinilah bermulanya perjuangan seorang muslim iaitu remaja muslim...
16 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1815. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: Tujuh golongan dilindungi Allah di bawah lindunganNya, waktu tidak ada lindungan selain lindungan-Nya: 1. Imam (Kepala Pemerintahan) yang adil. 2. Pemuda yang dalam masa mudanya beribadat kepada Allah. 3. Orang yang menyebut (mengingati) Allah ketika sendirian, lalu menitis air matanya. 4. Laki-laki yang tergantung hatinya di masjid (beribadat). 5. Orang yang berkasih sayang kerana Allah semata-mata. 6. Laki-laki yang dirayu oleh seorang perempuan bangsawan cantik, tetapi dia mengatakan (menolak): "Sesunguhnya saya takut kepada Allah." 7. Orang yang bersedekah dan disembunyikannya, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat (diberikan) oleh tangan kanannya. |
Engkau Habiskan untuk Apa Masa Mudamu?
Pertanyaan inilah yang akan diajukan kepada setiap hamba Allah subhanahu wata’ala pada hari kiamat nanti. Sebagaimana yang diberitakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam salah satu hadisnya:
لاَ تَزُوْلُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَهُ وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ
“Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Tuhannya sehingga dia ditanya tentang lima perkara: umurnya ke mana dia habiskan, masa mudanya ke mana dia pergunakan, hartanya dari mana dia perolehi dan ke mana harta tersebut dibelanjakan, dan sudahkah dia beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya.” (HR. At Tirmidzi no. 2340)
Sekarang cubalah periksa diri kamu sendiri, sudahkah kamu mengisi masa mudamu untuk hal-hal yang bermanfaat dan yang mendatangkan keredhaan Allah subhanahu wata’ala? Ataukah kamu mengisi masa muda kamu dengan perbuatan maksiat yang mendatangkan kemurkaan-Nya?
Kalau kamu masih lagi mengisi waktu muda kamu untuk bersenang-senang dan lupa kepada Allah subhanahu wata’ala, maka apakah jawapan yang akan kamu ucapkan di hadapan Allah subhanahu wata’ala Yang Maha Menguasa di Hari Pembalasan? Tidakkah kamu takut akan ancaman Allah subhanahu wata’ala terhadap orang yang banyak berbuat dosa dan maksiat? Padahal Allah subhanahu wata’ala telah mengancam pelaku kejahatan dalam firman-Nya:
مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا يُجْزَ بِهِ وَلَا يَجِدْ لَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi balasan setimpal dengan kejahatan itu dan dia tidak akan mendapati pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.” (An Nisa’: 123)
Bukanlah masa tua yang akan ditanyakan oleh Allah subhanahu wata’ala. Oleh kerana itu, pergunakanlah kesempatan di masa muda kamu ini untuk kebaikan.
Ibadah yang Benar Dibangun di atas Ilmu
Wahai para pemuda, setelah kamu mengetahui bahawa tugas utama kamu hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala semata, maka sekarang ketahuilah bahawa Allah subhanahu wata’ala hanya menerima amalan ibadah yang dikerjakan dengan benar. Untuk itulah wajib bagi kamu untuk belajar dan menuntut ilmu agama, mengenal Allah subhanahu wata’ala, mengenal Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam, dan mengenal agama Islam ini, mengenal mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq (benar) dan mana yang batil (salah), serta mana yang sunnah dan mana yang bid’ah.
Dengan ilmu agama, kamu akan terbimbing dalam beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala, sehingga ibadah yang kamu lakukan benar-benar diterima di sisi Allah subhanahu wata’ala. Betapa banyak orang yang beramal kebajikan tetapi ternyata amalannya tidak diterima di sisi Allah subhanahu wata’ala, kerana amalannya tidak ditegakkan di atas ilmu agama yang benar.
Oleh kerana itu, wahai para pemuda muslim, pada kesempatan ini, kami juga menasihatkan kepada kamu sekalian agar banyak mempelajari ilmu agama, duduk di majlis-majlis ilmu, mendengarkan Al-Qur’an dan hadis serta nasihat dan penjelasan para ulama. Jangan sibukkan diri kamu dengan hal-hal yang kurang bermanfaat bagi diri kamu, lebih-lebih lagi hal-hal yang mendatangkan kemurkaan Allah subhanahu wata’ala.
Ketahuilah, menuntut ilmu agama merupakan kewajiban bagi setiap muslim, maka barangsiapa yang meninggalkannya dia akan mendapatkan dosa, dan setiap dosa pasti akan menyebabkan kecelakaan bagi pelakunya.
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut ilmu agama itu merupakan kewajiban bagi setiap muslim.” (HR. Ibnu Majah no.224)
0 comments:
Post a Comment