Apakah sebenarnya kekuatan itu datang daripada kekuatan mental dan fizikal seseorang manusia?
Adakah kamu memuja orang yang boleh mengalahkan orang lain yang lebih lemah daripadanya dengan pergaduhan hanya kerana orang yang kamu puja itu mempunyai kekuatan?
Ketahuilah bahawa tiada kuasa mahupun kekuatan melainkan dengan izin Allah!!!! Sesungguhnya manusia tidak sedar bahawa mereka sedang berada dalam kekuasaan Allah... Bukankah Allah merupakan Tuhan Yang Maha Bijaksana?
Hakikatnya orang yang menggunakan kekuatan untuk menundukkan orang yang lebih lemah daripadanya dan menyebabkan orang lain mengkaguminya merupakan golongan manusia yang paling lemah di sisi Allah SWT.
9. | أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ ۖ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ | |
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. |
Ar-Room [30:9]
7 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1715. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Orang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah." |
Orang yang kuat di sisi Allah SWT ialah golongan manusia yang mampu menundukkan nafsu mereka serta sabar dalam usaha untuk menundukkan nafsu. Sabar dalam konteks ini ialah berusaha, tawakkal, istiqamah, tidak putus asa dan bukan sekadar angan-angan sahaja (bersungguh-sungguh / bermujahadah). Kekuatan yang sebenar datang daripada daya ketahanan seseorang manusia untuk menahan dan mengalahkan kekuatan hawa nafsu diri sendiri. Ibaratnya kamu sedang bergusti dengan nafsumu sendiri. Adapun manusia yang mengikuti kehendak hawa nafsu itu merupakan si kalah yang tewas dalam pertarungan gusti dengan hawa nafsu mereka sendiri... Betapa lemahnya mereka ini!!!!
Sepertimana cara untuk kita menguatkan badan, ada cara untuk menguatkan diri supaya kita boleh mengalahkan nafsu syahwat kita. Kita boleh menguatkan keperibadian diri kita dengan pergi ke masjid untuk mendirikan solat dan melebihkan ibadah... Itulah cara kita untuk membina kekuatan diri melawan nafsu. Cuba kita lihat ahli gusti dunia, mereka hidup dalam gym, mereka menghabiskan sisa hidup mereka di dalam gym untuk membina badan supaya mereka boleh mengalahkan musuh mereka. Mereka tidak putus-putus bersenam dan mengangkat berat untuk membina otot-otot yang fleksibel agar kekuatan mereka mampu menandingi musuh mereka.
Justeru itu kita bayangkanlah bahawa kita akan bergusti dengan nafsu kita. Gym kita ialah masjid... Senaman kita ialah ibadah... Maka perbanyakkanlah masa lapangmu di masjid sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam bukan sekadar untuk solat fardu, malah untuk menunaikan ibadah sunat sebanyak-banyaknya yang kita mampu. Maka hati kita akan beransur kuat dan mantap dengan kekuatan iman yang tinggi yang sentiasa bersedia untuk menentang nafsu.
Sentiasalah berserah kepada Allah dan janganlah berserah kepada nafsu... Janganlah kita sesekali mencuba untuk melayan nafsu serakah walau sekalipun kerana ia hanya membawa kita kepada jalan penyesalan yang abadi... Moga-moga Allah memberi kepada kita kekuatan untuk mengalahkan nafsu yang menyesatkan manusia daripada jalan-jalan yang benar... =)
112. | بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ | |
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. |
Al-Baqara [2:112]
0 comments:
Post a Comment