Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 10 November 2013

T.A.R.B.I.Y.A.H

Dalam islam, ada tiangnya dan setiap tiang mengimbangi tiang yang lain. Tiang terbesar dalam islam ialah naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan naik saksi bahawa Nabi Muhammad Habibullah Rasulullah SAW pesuruh Allah SWT. Kedua terbesar ialah solat dan seterusnya. Kita tahu yang para sahabat, salafus solih, tabiin, taabi tabiin dan ke atas yang sama waktu dengannya mempunyai persaksian yang sangat kukuh terhadap syahadah mereka. Para sahabat mendapat tarbiyyah terus daripada Rasulullah SAW yang mengeluarkan mereka daripada sejarah hitam jahiliyyah mereka dan seterusnya membina iman yang kukuh dengan landasan kesejahteraan islam yang utuh. Para salafus solih, tabiin, taabi tabiin ke atas yang sewaktu dengannya pula mendapat tarbiyyah yang bersanad, bermatan dan siqah. Mereka juga mempunyai jiwa mujtahidin yang memberikan kemampuan untuk mereka memahami apa itu erti islam sebagai landasan yang utuh. Bukan bermaksud yang kita tidak berjiwa mujtahidin tetapi jiwa mujtahidin ini dilahirkan apabila lahirnya tarbiyyah dalam diri seseorang.

Kita lahir ke dunia sudah serba lengkap dengan keistimewaan nikmat. Allah telah berikan kepada kita nikmat yang utama sejak lahir lagi iaitu nikmat islam. Kerana terputus sanad, matan dan siqah, tarbiyyah yang sepatutnya diturunkan kepada kita terhenti. Tarbiyyah itu diasingkan. Sikit saja manusia mengenal tarbiyyah, mahu tak mahu mereka yang mahukan tarbiyyah terpaksa memburunya. Tetapi pemburuan tarbiyyah itu umpama memburu sekumpulan singa-singa liar.











Al kisahnya bermula dengan sebiji telur yang diletakkan dalam bekas yang mengandungi mentol. Telur itu mendapat haba daripada mentol. Apabila telur itu meletas, keluarlah seekor burung yang kerdil. Burung itu merasa haba mentol dan menanggap mentol itu sebagai ibunya. Burung itu makan daripada makanan dan minuman yang telah disediakan. Burung itu tumbuh bulu sayap tetapi tak dapat terbang. Burung itu punya suara merdu tetapi tak dapat menyanyi sebab dia melihat dunia yang keadaannya bisu. Kerana anak burung itu tidak terdidik.

Tarbiyyah..adalah didikan
Yang lembut..teliti
Cukup utk melahirkan
Muslim yang lengkap
Segalanya
Sejahtera selamanya
Tarbiyyah tak membebankan. Ia bermula dengan terbentuknya seorang individu yang mendapat tarbiyyah yang baik dan dia ikhlas menyebarkannya sehingga mereka yang berada di sekelilingnya turut dapat merasai keindahan tarbiyyah. Tidaklah tarbiyyah itu seperti sangkar yang mengurung bahkan ia ialah sendi kepada tulang-tulang hati.





                                                 

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates