Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Sunday 17 November 2013

BONGKAH UJIAN

Bongkah jatuh dibahu
Sentapkan serakah asyikkan kalbu
Henti sekejap biar ia berlalu namun tak apa terjadi
Tidak selesai hilang  jua resah di hati
Terketar-ketar mahu dekati, tak kisah implikasi
Fikiran terputus litar tak menjadi terhapus janaan kebaikan dalam hati
Gerimis syahwat yang dahaga tak putus asa tuk dapat habuannya







Bongkah kedua jatuh dibahu
Bebannya bagai mengangkatku kaki jadi kaku
Mahu jatuhkan biar ia pecah namun ia melekat
Beratnya aku tak dapat berjalan jadi aku duduk di tepian
Tetapi aku tak ke mana sedangkan orang lain sedang berjalan
Aku diberitahu untuk bangun sahabatku memanggil
Tetapi aku masih tak berupaya kerna putus asa
Renyahnya perasaan menguasai diri habis iman dibelasah syaitan
Sayembara hasutan yang menarik semua kepada kerugian

Bongkah ketiga jatuh dibahu
Kenapa masih ada lagi belum cukupkah?
Mahu aku berjalan biar semua ini berakhir namun terbeban
Jika tak habiskan akan mati tersempit dalam masalah sendiri
Biarlah semua hilang asal dugaan jadi kurang hidup senang
Sebenar niat sudah liat hanya kuat kerana semangat nak keluar dari gawat
Bukan hijrah bukan tadhiyyah bukan barakah
Perjalanan itu hanya ditanggung sendiri
Kerana tak sedar diri itu perlu pertolongan
Masih buta dalam sendirian

Bongkah keempat, kelima dan seterusnya jatuh
Mustahil nak teruskan
Barulah aku bersuara minta tolong
Barulah aku melambai-lambai mengharapkan ihsan
Barulah aku berkedip-kedip menunggu simpati
Itulah manusia
Tanpa dugaan
Akan bongkak
Tak kenal yang diri itu milik illahi


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates