Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Monday 30 April 2012

Sedikit perkongsian

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

Jadi....Alhamdulillahi Rabbil A'lamin..... Wassolatu wassalamu a'la sayyidil anbiya wal mursalin nabiyyil umiyyil habib....


1. إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Para Sahabat-sahabat yang saya kasihi Allah SWT sekalian... 

Sekadar perkongsian...

Kata ibrahim : "Manusia yang meninggi diri itu umpama tanah yang berada di atas bukit, Walaupun tinggi tempatnya namun sedikit sekali tumbuhan yang boleh hidup kerana tanahnya yang tidak subur. Manusia yang merendah diri pula seperti tanah di hilir bukit, Walaupun kedudukannya di bawah bukit, namun begitu banyak sekali tumbuhan yg boleh hidup kerana tanahnya yang subur."

Sebagai seorang manusia kita semestinya mengukir rasa rendah diri dalam hati sanubari supaya kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Dengan rahmat Allah SWT sahajalah kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki daripada-Nya..

Maka jauhilah daripada sifat meninggi diri kerana ia boleh menjadi sebab kepada terputusnya rahmat Allah SWT kepada kita, Yang boleh menyebabkan Kemurkaan dan kehilangan keberkatan rezeki daripada-Nya...

Ana ingin ambil satu contoh sifat meninggi diri yang sering manusia sekarang terlepas pandang...

Iaitu seorang yang yakin bahawa dirinya dekat dengan Allah SWT, percaya bahawa Allah menerima segala rayuannya dan mendengar luahan perasaan daripada hati nuraninya, sedangkan dia tidak menatijahkan keyakinannya dengan amalan-amalan soleh..

Hal ini seperti seorang yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak melaksanakan tuntutan kalimah tersebut dan kalimah itu hanyalah menjadi permainan di mulutnya sahaja.

Ketahuilah bahawa keyakinan tidak akan membawa kita untuk menjadi seorang yang kuat iman. Keyakinan yang dinatijahkan dengan amalan-amalan yang soleh sahaja yang dapat menguatkan iman kita. Apa gunanya kita setia jika kita tidak membuktikan kesetiaan kita??

Contohnya, mereka yang tidak istiqamah dalam solat malam dan tidak melazimkan diri dengan puasa dan Al Quran...

Kesimpulannya, Janganlah persia-siakan peluang yang Allah SWT berikan kepada kita dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya..


0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates