Ads 468x60px

Labels

agama (26) akhir (1) akhlak (17) Aku (38) baru (2) ibadah (7) idea (1) perkongsian (40) puisi (5) tafsir (8) Zikr (31)

Tuesday 3 April 2012

Hati Yang Satu

Hati itu satu bahagian daripada bahagian-bahagian manusia. Tanpa hati maka manusia itu tidak layak bergelar manusia. Ibarat kata hati itu umpama raja segala bahagian-bahagian dalam diri manusia. Hati mempunyai sifat-sifat yang tersendiri dan mereka seringkali menjadi tumpuan kepada musuh-musuh manusia kerana hati boleh mengubah personaliti manusia itu sendiri.

Jika manusia mengabaikan hati, maka hati akan memberontak dengan meminta bantuan daripada musuh yang bersembunyi dalam selimut. Tanpa kekuatan dan kecekalan, kita mungkin akan tersesar daripada jalan yang benar dan lurus.

Untuk memperincikan lagi tentang hati ini imam ghazali pernah menyebut bahawa manusia itu ialah umpama sebuah kerajaan yang ditadbir oleh seketul raja yang bergelar hati. Anggota-anggota badan lain merupakan hambanya yang menurut perintah hati. Nafsu, iman dan akal pula ialah penasihat raja. . Nafsu ialah penasihat yang jahat dan pembelot kekal pada kerajaan manusia. Nafsu akan melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk merosakkan raja dan manusia itu. Manakala Iman pula ialah penasihat yang taat dan patuh kepada raja. Iman juga akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kesejahteraan raja dan menyelamatkan manusia itu daripada tersasar daripada jalan yang benar.

Manakala Akal pula ialah penasihat yang mudah terikut-ikut dan ketaatannya berbelah-bahagi. Ada ketika jika penasihat nafsu itu kuat maka dia (Akal) akan berpihak kepada nafsu. Ada ketika jika penasihat iman itu kuat maka dia (Akal) akan berpihak kepada iman. Maka disinilah bermainnya peranan kekuatan iman dan nafsu seseorang itu. Apabila kuat imannya maka lemahlah nafsu dan Apabila lemah imannya maka kuatlah nafsu. Jika Raja hati mengikut nasihat iman maka sejahteralah manusia itu. Namun, jika Raja hati mengikut nasihat nafsu maka binasalah manusia itu.





23. 
 أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
  Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
AL-JATHIYA 45:23


Ketinggian darjat dan kemuliaan seseorang manusia yang membezakannya dari seluruh makhluk adalah terletak pada kesediaannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh perbuatannya manakala jika rosak hatinya, maka buruklah segala perbuatannya.

Sebagai seorang mukmin kita hendaklah meningkatkan iman kita untuk memperbetulkan hati supaya kita mampu untuk menuju kepada keredhaan Allah SWT. Apalah gunanya kita sebagai hamba jika Allah tidak meredhai kewujudan kita di dunia ini... Hati yang baik mempermudahkan kita untuk melahirkan rasa khusyuk, tawadhuk, ikhlas dan dahagakan rahmat dalam ibadah. Hati yang baik juga boleh mempermudahkan tarbiah seseorang individu itu. Namun, musuh-musuh manusia tidak akan pernah berputus asa untuk menyuntikkan racun dan bisa yang boleh memberi penyakit kepada hati kita.

Banyak jenis suntikan daripada musuh-musuh Allah ini contohnya suntikan munafik, fasik, kufur, panjang angan-angan, sum'ah, riya' , takabur dan lain-lain lagi. Setiap kali hati kita menghidap penyakit-penyakit kronik ini maka kita hendaklah bertindak segera sebelum hati kita mati akibat penyakit itu. Penawar yang mujarab tidak lain tidak bukan ialah mengingati Allah SWT dan mengingati mati.

When you feel sad Allah give you pleasure,
When you feel depressed Allah give you calmness,
when you feel despair Allah give you good friends and families,
When you feel weak Allah give you strength,
When you feel guilty Allah give you forgiveness,
When you feel pain Allah give you medicine,
When you feel glory Allah give you pride,
When you feel loss Allah provide you a way,

So, is it so hard for us to buy more time to praise Allah???
Remember Allah Always...
La Tansaa Abadan Zikrullah =)


Maka perbanyakkanlah Zikrullah dan Zikrulmaut untuk kesejahteraan hati serta jangan lupa mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan tuntutan kita sebagai seorang manusia...

Moga2 kita sentiasa dalam rahmat-Nya... InsyaAllah Amin =)

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates