Thursday, 19 April 2012
Huraian Surah Al Waaqiah Ayat 11-16
Ayat 11 : Perkataan أُولَٰئِكَ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang mempunyai sifat mulia yang telah diceritakan dalam ayat sebelumnya iaitu as-sabiqun. Perkataan itu di gunakan untuk menunjukkan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah SWT
Ayat 12 : Golongan as-sabiqun akan menetap dalam syurga yang dengan kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata manusia, tidak pernah didengar oleh telinga dan di luar khayalan manusia.
Ayat 13 - Ayat 14 : Golongan as-sabiqun banyak jumlahnya dari kalangan umat yang terdahulu, Dikisahkan tatkala turun ayat ini, para sahabat merasa risau dan susah hati, lantas Rasulullah SAW bersabda : "Aku berharap kalian menjadi seperempat penghuni syurga, sepertiga, bahkan sepenuhnya atau sebahagian ahli syurga." Ertinya kamu memenuhi separuh dan umat lain memenuhi separuh.
Kesimpulannya, Bilangan umat Nabi Muhammad SAW yang akan masuk syurga lebih ramai berbanding umat silam. Namun, Golongan As- Sabiqun umat terdahulu ramai kerana ia dicampurkan dengan bersama mereka umat para nabi silam. Jadi, logiklah mengapa kuantiti mereka jauh lebih ramai berbanding umat Nabi Muhammad SAW yang tidak dicampurkan kaum nabi lain.
Ayat 15 - Ayat 16 : Ayat ini menyatakan tentang nikmat-nikmat penghuni syurga dalam kalangan As-Sabiqun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment