“ Janganlah
seorang pun daripada kamu menjadi orang yang tak berpendirian, beliau
mengatakan : “Aku bersama orang ramai, jika mereka berbuat baik aku akan
berbuat baik, sekirannya mereka berbuat jahat aku akan berbuat jahat (pula),”
tetapi kamu mestilah menetapkan diri kamu apabila orang berbuat baik kamu
mestilah berbuat baik, sekirannya mereka berbuat jahat, kamu mestilah
menjauhkan diri daripada kejahatan mereka” RIWAYAT TARMIZI
Pendirian itu
penting untuk menetapkan iman. Ada manusia yang pendiriannya kuat / lemah untuk
melakukan kebaikan dan ada juga yang kuat / lemah pendiriannya untuk melakukan
kejahatan. Sedangkan pendirian seseorang manusia itu merupakan perkara asas
dalam membina iman yang benar.
27. | يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ | |
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. |
Allah berfirman dalam Surah Al A’raf ayat 27
“Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu
tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibu
bapakmu dari syurga dengan menanggalkan pakaian keduannya untuk memperlihatkan
aurat kedua-duanya. Sesungguhnya dia dan
tenteranya dapat melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak bias melihat
mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi
orang yang tidak beriman”.
Pendirian yang betul itu boleh mengelakkan kita daripada tertipu dengan
hasutan dan tipu daya syaitan. Sedangkan
pendirian yang salah mampu menarik seseorang itu menjadi seorang yang ketagih
melakukan dosa serta maksiat.
Sebagai seorang islam kita mestilah yakin dengan segala janji yang telah
Allah SWT nyatakan dalam Al Quran dengan iman yang kukuh. Sebagai seorang islam
juga kita perlu menetapkan iman kita untuk menjauhi segala perkara yang buruk,
keji dan mungkar supaya iman kita terpelihara daripada syaitan-syaitan yang
selalu mencari jalan untuk merosakkan iman seseorang manusia.
Walaubagaimanapun, Iman yang sekata itu milik malaikat. Iman manusia ada
naik turunnya. Kadang-kadang iman mereka mengatasi hawa nafsu dan kadang-kadang
hawa nafsu mengatasi imannya. Ada juga tahap dimana iman dan hawa nafsu mereka
berada pada level yang sama. Bagi mereka yang mempunyai pendirian yang benar,
sudah tentunya mereka akan menjauhi benda2 yang mendatangkan keburukan dan
mengusahakan supaya iman mereka dapat meningkat dengan berzikir, melakukan
ibadah dan sebagainya. Lawan kepada pendirian yang benar ialah lemah semangat.
Lemah semangat itu satu fitrah daripada fitrah-fitrah manusia. Jangan
berputus asa jika kita dilanda perasaan ingin melepaskan stress dengan
melakukan keburukan kerana dosa akan menimpa kita.
Maka kita kena jaga hati kita dengan baik supaya kita sentiasa dalam
rahmat-Nya… in sya Allah
0 comments:
Post a Comment